Tahun lalu Wawa Zainal ada berkongsikan masalah gigi anak sulungnya, Ahmad Fakharuddin Attar yang perlu dicabut atas nasihat doktor kerana semuanya rosak teruk.

Kini dalam perkongsian terbarunya di instagram, Wawa juga turut menyatakan masalah sama apabila anak keduanya, Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa pun mempunyai masalah gigi reput.

Katanya walaupun gigi Hayla digosok setiap hari dan dijaga tapi ia tetap reput. Risau dengan keadaan tersebut, Wawa minta peminatnya yang ada anak masalah seperti ini untuk berkongsikan tip dengannya.

Wawa juga turut menulis caption lucu dengan menyatakan kalau la ada gigi palsu untuk budak.
p/s mak cik bawang jangan kecam i tak gosok dan tak jaga gigi anak. Tiap hari gosok tapi reput juga hahaha siapa ade anak gigi reput mcm hayla juga?

Rata-rata peminat memberi komen dan nasihat yang positif pada Wawa dengan memintanya rujuk kepada doktor gigi.

IKLAN

Wawa Risau Gigi Anak Keduanya Hayla Pula Reput Walaupun Tiap Hari Gosok

Malah ada juga yang berkongsikan salah satu punca mungkin dari menyusu botol yang buatkan gigi jadi macam tu dan menyarankan Wawa untuk kawal penggunaan susu botol terutama masa anak nak tidur.

Wawa Risau Gigi Anak Keduanya Hayla Pula Reput Walaupun Tiap Hari Gosok

Komen paling ramai yang buatkan kecoh di wall instagram Wawa, ramai yang tetap memuji kecantikan Hayla walaupun tiada gigi di bahagian depan (atas).

IKLAN

Sumber: instagram Wawa Zainal

 

 

IKLAN

 

 

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI