Susu ibu dihasilkan mengikut konsep Demand and Supply, selagi penyusuan kerap dari anak mahupun rangsangan kerap akan dapat menggalakkan penghasilan susu. Bukan sahaja perlu cukup rehat, ibu yang menyusukan anak harus mengikut jadual pemakanan yang betul dan perlu berada dalam persekitaran positif untuk merangsang penghasilan susu.

‘We Time’ Ibu Yang Bf Anak Ni Bila Dapat Pam Susu Ramai-Ramai Dengan Kawan

Salah satu cara untuk membuatkan ibu tenang adalah dengan menyusukan anak terus dari badan. Jika terbeban dengan tekanan melampau, eloklah ibu mengambil inisiatif untuk berehat dan bertenang kembali. Minta bantuan dari suami atau keluarga untuk menguruskan anak sementara anda ambil masa untuk diri sendiri. Ikuti perkongsian tentang isu ini oleh kaunselor penyusuan bertauliah, Nur Azafirah Binti Azrani.

Artikel Menarik: [Hamil Lagi, Patut Ke Bercerai Susu? Ikuti Tip Penyusuan Ketika Hamil]

Faktor Yang Membuatkan Ibu Stres

Banyak faktor yang menyebabkan ibu menyusu stres. Di awal kelahiran biasanya ibu rasa kekok dengan kelahiran baru. Bayi yang baru dilahirkan biasanya akan menyusu sekurang-kurangnya lapan ke 12 kali atau lebih dalam sehari. Berikut faktor yang membuatkan ibu stres:

Ads

Letih membuatkan ibu rasa tertekan kerana di awal kelahiran digalakkan untuk menyusukan anak di payudara setiap 1 jam. Ibu yang baru melahirkan perlu tenang dan menganggap proses ini adalah fitrah semulajadi seorang bayi, hisapan membuatkan bayi lebih tenang.

Tiada sokongan dari suami atau keluarga. Faktor ini selalu membuatkan ibu rasa keseorangan dalam memperjuangkan susu ibu. Kajian menunjukkan jika seorang ibu dapat sokongan dari suami dalam penyusuan susu ibu, tinggi peluang untuk ibu terbabit berjaya dalam penyusuannya.

‘We Time’ Ibu Yang Bf Anak Ni Bila Dapat Pam Susu Ramai-Ramai Dengan Kawan

Luka di payudara juga membuatkan ibu rasa tertekan untuk meneruskan penyusuan. Luka akibat penyusuan selalunya terjadi apabila lekapan pada payudara tidak betul seterusnya membuatkan ibu trauma untuk menyusukan anak. Ada juga yang disebabkan penggunaan pam yang salah ataupun infeksi pada payudara. Tongue tie pada bayi juga adakala menyebabkan lekapan tidak baik dan luka pada puting payudara.

Ketika ibu mengepam pada awal kelahiran, susu tidak akan memancut kerana kolestrum sifat semulajadinya memang pekat dan likat. Kolestrum ini akan terbazir kerana ia melekat pada corong semasa ibu mengepam. Keadaan ini membuatkan ibu tertekan kerana menyangka dia tiada susu kerana susu tidak memancut atau keluar banyak.

‘We Time’ Ibu Yang Bf Anak Ni Bila Dapat Pam Susu Ramai-Ramai Dengan Kawan

Tangisan bayi turut membuatkan ibu tertekan kerana tidak faham dengan maksudnya. Ramai yang menyangka tiap kali bayi menangis ianya tanda bayi tidak cukup susu. Ibu boleh belajar cara menangani tangisan bayi yang baru melahirkan. Tangisan adalah komunikasi bayi.  Lapar, sejuk, takut dengan dunia baru, panas, tak selesa, kembung dan bermacam lagi punca bayi menangis.

Ads

Artikel Menarik: [Demam Kuning Disebabkan Susu Ibu? Teruskan Penyusuan Seperti Biasa Walaupun Lambat Turun]

Apa Boleh Buat Untuk Kurangkan Stres?

Ibu yang mengalami tekanan boleh berkongsi dengan suami, keluarga atau rakan-rakan tentang masalah yang anda hadapi. Jika boleh, berkongsi ilmu dan pengalaman bersama rakan yang turut memperjuangkan usaha menyusukan anak serta boleh memberi nasihat secara positif. Lebih mudah jika anda menyertai grup penyusuan. Oleh itu anda akan dapat belajar dan mendapatkan nasihat daripada para ibu yang berjaya menyusukan anak mereka.

Ads

‘We Time’ Ibu Yang Bf Anak Ni Bila Dapat Pam Susu Ramai-Ramai Dengan Kawan

 

Selain itu, anda boleh menghubungi kaunselor penyusuan atau bertanyakan kepada jururawat tentang ilmu penyusuan. Pilihlah untuk menghadiri konsultasi secara berdepan kerana masalah penyusuan tidak boleh selesai dengan hanya pembacaan atas talian. Ajak suami untuk sama-sama ke kelas penyusuan agar dia tahu peranannya untuk membantu usaha anda.

Artikel Menarik: [Banyakkan Susu Ibu, Lepas Bersalin Terus Biar Anak ‘Mengempeng’. Meriah Terus!]

Ibu yang stres juga boleh mencuba untuk kekal positif dengan berada dalam persekitaran positif. Anda boleh mencuba teknik tarik nafas dalam sebanyak 3 kali sebelum menyusukan atau mengepam. Kemudian, minumlah segelas air suam.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI