Webinar Aku Tak Takut Beranak yang dianjurkan oleh Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari pada Ahad (27 Jun 2021) lepas dapat sambutan 3000 orang peserta yang berdaftar.
Webinar keibubapaan ini berjaya mencapai matlamatnya untuk menyebarkan ilmu keibubapaan kepada bakal papa mama dan mereka yang sudah pun mempuyai anak.
Webinar yang bermula seawal 8 pagi ini mengumpulkan peserta berdaftar untuk menonton live webinar dalam Facebook Close Group Aku Tak Takut Beranak.
Acara awal pagi dimulakan dengan hos Nazira Nazir, penulis buku 9 bulan 10 hari bercerita tentang perjalanan webinar ini serta cabutan bertuah pusingan pertama yang menawarkan sembilan hadiah daripada para penaja.
Sesi pagi dimulakan dengan Tazkirah Suami Isteri Bahagi, Kunci Anak-Anak Berjaya oleh penceramah bebas yang digemari ramai iaitu Dato’ Ustaz Kazim Elias.
Ternyata ceramah di awal pagi mendapat sambutan hangat daripada ramai ibu ayah yang menonton kerana ramai memberikan komen tanda seronok & berterima kasih dengan ilmu yang dikongsi.
Bagi mengelakkan kebosanan peserta yang menyaksikan live webinar dari rumah masing-masing, maka cabutan bertuah dilakukan pada setiap kali selesai panel berceramah.
Tajuk utama Aku Tak Takut Beranak yang dinanti-nantikan oleh peserta dalam kalangan ibu hamil disampaikan secara santai oleh Pakar Perbidanan & Sakit Puan, Dr Maiza Tusimin yang live dari kliniknya di Prince Court Medical Centre.
Sesi ini yang diacarakan oleh hos Pa&Ma iaitu Nik Nurul Fatin yang turut bertindak membacakan banyak soalan tentang topik kehamilan dan kelahiran yang ditanya oleh para peserta.
Ads
Selain itu pada hari webinar Pa&Ma membuat tawaran bagi yang mendaftar sebagai Moms To Be Vip Member di toko.ideaktiv.com akan berpeluang menyertai Virtual Doktor Online secara eksklusif dan tertutup bersama Pakar Perbidanan & Sakit Puan, Dr Maiza Tusimin.
Selesai sesi bersama Dr Maiza, ibu hamil sekali lagi berpeluang bertanyakan soalan mengenai persediaan ibu ketika hendak bersalin dan berpantang di bawah tajuk Labour To Pantang yang dikupas oleh Dr Afida Sohana, Pegawai Perubatan Perbidanan dan Sakit Puan di salah sebuah hospital swasta di Shah Alam.
Perkongsian daripada Broku iaitu salah seorang panel webinar mengenai pengalaman hidupnya membesarkan anak istimewa memberi inspirasi kepada para ibu bapa lain untuk sentiasa reda dan kuat demi menjadi ibu bapa terbaik untuk anak-anak.
Di sebelah petang, selesai para peserta webinar berehat dan bersolat, mereka berpeluang mendengar perkongsian daripada selebriti papa yang sentiasa memberi inspirasi dalam membesarkan anak-anaknya iaitu Dato’ Fazley Yaakob.
Positive Parenting yang dikongsi oleh beliau ternyata memberi motivasi kepada peserta untuk mencontohi cara Fazley membesarkan anak-anaknya.
Ads
Rata-rata peserta meninggalkan komen positif dan kekaguman mereka dengan cara papa selebriti ini melayan dan mendidik anak-anaknya secara lembut tetapi tegas.
Penceramah terkenal, Ustaz Don Daniyal menambahkan lagi keseronokan peserta mendengar perkongsian ilmu keibubapaan apabila beliau mengupas tajuk Peranan Suami Dari Awal Kahwin Sampai Mendidik Anak-Anak.
Ustaz Don yang terkenal dengan gaya penyampaian santai dan gemar membuat jenaka ternyata membuatkan ramai peserta rasa terhibur namun dalam masa yang sama mendapat ilmu bermanfaat.
Sebelum webinar berhenti berehat, Dr Rizal Abu Bakar, Presiden Neuroversiti yang terkenal di media sosial sering berkongsi ilmu mengenai otak manusia menyampaikan ceramah tajuk Rangsang Otak Anak Dari Dalam Kandungan.
Ads
Ternyata perkongsian Dr Rizal memberi manfaat kepada peserta yang sedang hamil kerana rata-rata mereka teruja belajar tentang jenis-jenis makanan yang elok diamalkan makan ketika hamil untuk membentuk otak anak bijak apabila lahir kelak.
Selesai solat maghrib, peserta webinar mendengar perkongsian ilmu lebih santai oleh Nazira Nazir yang berkongsi tentang tip penyusuan susu ibu, kepentingan ibu bapa membuat amalan-amalan baik supaya dipermudahkan mendidik anak.
Sesi sebelah malam lebih santai apabila Dr Deena daripada Dr Shah Hair Clinic mengupas tajuk Penjagaan Rambut Dan Kesihatan Selepas Bersalin. Ternyata topik ini mendapat sambutan daripada peserta wanita yang rata-rata mempunyai masalah keguguran rambut selepas bersalin.
Sesi yang paling dinanti-nantikan oleh peserta iaitu cabutan bertuah hadiah utama yang menawarkan sebuah handphone, tiket penginapan di hotel, pam susu, bantal zikir Moors & Co, Lazz Susu Kambing, Prenatal Set Tanamera dan hamper butik TATEH.
Lain-lain penaja hadiah cabutan bertuah termasuk Stretchmark soap & lotion FieGlow dan Set Anggun Setsuri.
Webinar keibubapaan terbesar ini melabuhkan tirai tepat jam 10 malam. Rata-rata peserta yang setia menanti dari pagi sampai malam berpuas hati dengan ilmu yang dikongsi oleh semua panel terlibat.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Aidilfitri kali ini bukan sahaja menggembirakan semua orang kerana sudah boleh pulang ke kampung halaman masing-masing selepas dua tahun tidak meraikannya bersama keluarga.
Tetapi ia turut meraikan kepulangan populasi haiwan terancam Tuntung ke Sunway Lagoon.
Sunway Lagoon dengan kerjasama PERHILITAN memperkenalkan tarikan baharu iaitu program ‘River Terrapin Conservation Awareness.’ Raya kali ini merupakan satu kepulangan sahabat Tuntung Sungai kami ke Sunway Lagoon.
Matlamat program ‘River Terrapin Conservation Awareness’ ini adalah untuk memperkembangkan populasi liar haiwan ini, kerana ia disenaraikan sebagai salah satu ‘Spesis Terancam yang Kritikal’ dalam Akta Pemuliharaan Hidupan Liar Malaysia 2010.
Sunway Theme Parks dengan kerjasama Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (PERHILITAN) mempromosikan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) khususnya Matlamat 17 – Kerjasama untuk capai matlamat menghidupkan semula usaha kerjasama bagi pembangunan lestari.
Spesis Tuntung Sungai ini boleh ditemui di Semenanjung Malaysia, Sumatera dan Selatan Thailand. Sebanyak empat ekor Tuntung Sungai yang ditempatkan di rumah baharu mereka di taman Sunway Lagoon Wild Life.
Aktiviti pemuliharaan ini bermula daripada pengumpulan telur, pengeraman, penjagaan selepas menetas dan pelepasan Tuntung muda ke habitat asal supaya ianya boleh dikawal selia dan dipantau rapi oleh pegawai PERHILITAN.
Semua langkah ini bertujuan untuk memperluaskan populasi mereka. Aktiviti kesedaran pemuliharaan lain juga akan dianjurkan dengan kerjasama PERHILITAN pada masa akan dating.
Bawa Keluarga Tengok Kijang Raya Nanti
Selain daripada Program Kesedaran Pemuliharaan Tuntung Sungai di Sunway Lagoon, rakan saudara kami Sunway Lost World Of Tambun akan mengalu-alukan sepasang Kijang ke Sunway Lost World Petting Zoo pada Hari Raya ini.
Ini adalah program pertukaran haiwan dengan rakan kongsi lama kami, Zoo Melaka dengan kelulusan pihak PERHILITAN. Para tetamu akan dapat melihat mereka bermain-main dengan Kijang kami hanya di Sunway Lost World Of Tambun.
Tahun ini lebih bermakna kerana kita dapat menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama-sama dengan orang tersayang dan bersatu semula bersama saudara yang dekat dan jauh. “Cahaya Aidilfitri” menjadi tema Raya kami pada tahun ini agar kita dapat meraikannya dengan penuh gemilang.
Kami mengalu-alukan semua tetamu untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri di Sunway Lagoon dan Sunway Lost World Of Tambun dari 18 April 2022 hingga 2 Jun 2022.
Bawa keluarga serta rakan-rakan anda ke Sunway Lagoon dan Sunway Lost World Of Tambun untuk merasai sambutan ‘Cahaya Aidilfitri’ Sunway Theme Parks.
Calvin Ho, Pengarah Eksekutif Sunway Theme Parks berkata, “Sunway Theme Parks sentiasa mencipta tarikan yang luar biasa untuk tetamu kami. Dengan kerjasama hebat bersama pihak PERHILITAN ini, kami dapat menyediakan aktiviti pembelajaran yang unik untuk tetamu bersempena sambutan Hari Raya kali ini’’
Setiap tetamu, sama ada tua atau muda yang berkunjung ke Sunway Lagoon atau Sunway Lost World Of Tambun akan dapat merasai pengalaman yang lebih mendalam dengan Tuntung Sungai dan Kijang kami”.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Perasaan seronok menjadi seorang ibu akan semakin bertambah apabila si manja mula belajar makan. Semua ibu teruja untuk sediakan pelbagai menu masakan untuk anak. Paling penting sebab nak pastikan hanya makanan yang sihat dan berkhasiat sahaja untuk si manja.
Tetapi kadangkala kekangan masa menyebabkan ibu tidak berjaya mencapai impian tersebut. Akibatnya ibu terpaksa membeli makanan sedia dimakan atau menyediakan menu yang sama setiap hari.
Ia bukan hanya membuatkan ibu rasa kecewa tetapi jika setiap hari dihidang menu yang sama, bayi juga akan jemu dan paling merisaukan jika kurang mendapat khasiat yang sepatutnya untuk tumbesaran mereka.
Kenapa perlu bersusah payah jika ada teknologi yang boleh membantu ibu menyediakan makanan anak dengan cara yang pantas dan tetap mengekalkan khasiat makanan.
Memahami keinginan dan keperluan para ibu milenial zaman sekarang, jenama terulung barangan bayi, Philips Avent mempunyai solusi hebat untuk para ibu dalam menyelesaikan masalah ketika menyediakan makanan si manja.
Penyediaan makanan sihat & mudah dalam satu masa
Semua ibu moden masa kini terutama yang ada bayi sering mengejar masa menguruskan anak, rumah tangga dan kerjaya. Jadinya anda memerlukan gajet di dapur yang mampu membantu memudahkan tugas memasak setiap hari.
Philips Avent 4-in-1 healthy baby food maker adalah peranti serba guna yang mesti ada di dapur anda. Ia mampu membuatkan masa memasak menjadi lebih singkat dan yang pasti makanan untuk si manja tetap kekal berkhasiat. Ibu pun boleh luangkan masa lebih lama dengan bayi.
Sebelum ibu berkira-kira sama ada perlu atau tidak memiliki 4-in-1 healthy baby food maker, fahami ciri-ciri menarik ini yang pasti membuatkan anda tak menyesal melabur wang membelinya.
1.Cara mengukus yang unik untuk memasak dengan sihat
Mengukus makanan salah satu cara memasak yang sihat. Teknologi Philips Avent membolehkan wap beredar ke atas dari bawah, memastikan semua bahan dimasak tanpa perlu mendidih.
2.Dari pengukus ke pengisar, semuanya dalam satu balang
Memudahkan tugas menyediakan makanan bayi yang berkhasiat dalam satu bekas sahaja.
3.Kukus, kisar, cair dan hangatkan masakan sendiri
Pembuat makanan bayi 4-in-1 yang sihat ini membolehkan anda menyediakan makanan buatan sendiri yang berkhasiat, semuanya dalam satu bekas yang sama. Anda boleh terus hidangkan makanan tersebut atau disimpan dalam bekas yang bertutup yang disediakan, dan dipanaskan kemudian dengan fungsi pemanasan semula atau pencairan yang mudah digunakan.
4.Daripada puri ke tekstur kepingan
Memudahkan tugas mengisar halus buah-buahan atau sayur-sayuran hinggalah menggabungkan bahan-bahan lain seperti daging, ikan dan kekacang yang menghasilkan tekstur kasar. Semuanya boleh dilakukan hanya menggunakan 4-in-1 healthy baby food maker.
5.Jimat masa penyediaan
Tiada lagi kerumitan dan masa lama yang diambil untuk memotong, mengukus dan mengisar jika menggunakan peranti ini. Bahkan ia juga menjimatkan masa memasak kerana balang bersaiz 1000ml ini membolehkan ibu memasak empat hidangan anak dalam satu masa. Hidangkan satu kali dan lagi tiga hidangan boleh disimpan dalam peti sejuk untuk kegunaan waktu makan seterusnya.
6.Mudah dicuci
Selepas memasak, proses membersih dan mencuci peralatan juga akan mengambil masa. Bila menggunakan 4-in-1 baby food maker tugas mencuci lebih praktikal. Balang dan pisaunya selamat dicuci dalam mesin cuci pinggan mangkuk, dan dengan reka bentuk terbuka, tangki airnya mudah dibersihkan dan diisi semula, membolehkan anda memasak dengan wap bersih setiap masa.
7.Aplikasi memudahkan tugasan
Anda boleh memuat turun aplikasi untuk peranti ini tentang cara pemakanan si manja. Anda turut boleh mencari resipi berkhasiat dan mudah disediakan untuk bayi sepanjang mereka membesar. Baca panduan memasak langkah demi langkah, tonton video yang menyeronokkan dan bermaklumat dan dapatkan pelbagai petua dan trik berguna untuk menjadikan perjalanan pemakanan bayi selancar mungkin.
Menariknya juga 4-in-1 baby food maker ini mempunyai reka bentuk hebat dan moden menjadikan kesemua barangnya KLIK di tempatnya, selain tombol putar untuk tetapan yang mudah dipusing mengikut tetapan yang anda inginkan.
Sementara menunggu proses mengukus bahan masakan, anda boleh bermain bersama si manja dan hanya menanti bunyi BEEP sebagai petanda makanan selesai dikukus. Kemudian anda hanya perlu membalikkan balang untuk dikisar dan siap hidangan puri berkhasiat untuk si manja yang sudah tersenyum menanti disuap.
Sebagai jenama pilihan ibu bapa nombor 1 di Malaysia, Pa&Ma kini rasminya menyambut ulang tahun yang ke-20 pada Oktober 2020 ini.
Pa&Ma yang selama ini menjadi rujukan ramai ibu bapa dalam membesarkan anak menyediakan pelbagai tip perkembangan anak, kesihatan anak serta keibubapaan menerbitkan edisi pertamanya pada Oktober 2000 dan terus menjadi pilihan ramai ibu bapa era milenial masa kini. Ini membuktikan Pa&Ma sentiasa dekat di hati kebanyakan ibu bapa di Malaysia.
Mengorak langkah ke hadapan dan sejajar dengan perubahan semasa, Pa&Ma turut berkembang dalam medium digital supaya terus relevan menjadi rakan akrab para ibu bapa.
Pelbagai info yang tepat daripada sumber yang diiktiraf boleh diperolehi di hujung jari sahaja melalui laman web Pa&Ma di www.majalahpama.my, Facebook (majalahpama), Instagram (@majalahpama) dan Twitter (majalahpama_).
Bahkan pengikut Pa&Ma turut boleh menonton pelbagai video berinformasi mengenai penjagaan anak dan tip keibubapaan menerusi channel Youtube (Majalah Pa&Ma).
Kini Pa&Ma terus mengukuhkan lagi jenamanya di medium program TV yang sudah pun masuk musim ke-8 yang kini sedang bersiaran di Astro Ria setiap hari Rabu iaitu Pa&Ma Journey Bersama Jovianina. Pa&Ma juga telah menubuhkan kelab komunitinya dikenali sebagai Pa&Ma Club yang mempunyai tiga kategori iaitu Pa&Ma Moms To Be, Pa&Ma Support BF dan Pa&Ma D’Parents.
Sebagai tanda penghargaan kepada semua ibu bapa dan pihak yang sentiasa memberi sokongan, sempena ulang tahun ke-20, Pa&Ma menyenaraikan 40 jenama pilihan dalam edisi istimewa Oktober.
Jenama Pilihan Pa&Ma ini telah bermula sejak ulang tahun Pa&Ma ke-19 pada tahun lalu dan tahun ini merupakan tahun keduanya. Jenama pilihan diharap menjadi satu usaha kerjasama yang baik dengan para klien yang selama ini menyokong Pa&Ma selain menjadi platform untuk membantu ibu bapa mendapat info tepat dan dipercayai sebelum membeli sebarang produk ibu dan anak atau perkhidmatan berkaitan keibubapaan.
Pengiktirafan ini dipilih berdasarkan jenama diyakini, kualiti produk, perkhidmatan dan servis yang dipercayai.
Memasuki tahun kedua Jenama Pilihan Pa&Ma, pemilihan Jenama Pilihan diberikan mengikut empat kategori iaitu Kategori Ibu, Kategori Anak, Kategori Hospital/ Perubatan dan Kategori Rekreasi.
Diharapkan dengan anugerah Jenama Pilihan Pa&Ma ini boleh menjadi rujukan kepada ibu bapa membuat pilihan tepat dan terbaik untuk seisi keluarga.
Sokongan anda, kekuatan kami. Tahniah!
#ulangtahun20pama
#jenamapilihan2020
Jawab soalan di bawah ini dan anda berpeluang menang hadiah telefon pintar realme C11.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Cuti sekolah ini pasti ada yang mengambil kesempatan nak khatankan anak. Memang tak dinafikan kaedah sekarang buatkan luka pada tempat khatan sembuh dengan cepat, tapi untuk ibu yang pertama kali nak jaga anak berkhatan, tentu ada gusarnya.