Webinar Aku Tak Takut Beranak Dapat Sambutan 3000 Peserta!

Share

Webinar Aku Tak Takut Beranak yang dianjurkan oleh Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari pada Ahad (27 Jun 2021) lepas dapat sambutan 3000 orang peserta yang berdaftar.

Webinar keibubapaan ini berjaya mencapai matlamatnya untuk menyebarkan ilmu keibubapaan kepada bakal papa mama dan mereka yang sudah pun mempuyai anak.

Webinar yang bermula seawal 8 pagi ini mengumpulkan peserta berdaftar untuk menonton live webinar dalam Facebook Close Group Aku Tak Takut Beranak.

Acara awal pagi dimulakan dengan hos Nazira Nazir, penulis buku 9 bulan 10 hari bercerita tentang perjalanan webinar ini serta cabutan bertuah pusingan pertama yang menawarkan sembilan hadiah daripada para penaja.

Sesi pagi dimulakan dengan Tazkirah Suami Isteri Bahagi, Kunci Anak-Anak Berjaya oleh penceramah bebas yang digemari ramai iaitu Dato’ Ustaz Kazim Elias.

Ternyata ceramah di awal pagi mendapat sambutan hangat daripada ramai ibu ayah yang menonton kerana ramai memberikan komen tanda seronok & berterima kasih dengan ilmu yang dikongsi.

Bagi mengelakkan kebosanan peserta yang menyaksikan live webinar dari rumah masing-masing, maka cabutan bertuah dilakukan pada setiap kali selesai panel berceramah.

Tajuk utama Aku Tak Takut Beranak yang dinanti-nantikan oleh peserta dalam kalangan ibu hamil disampaikan secara santai oleh Pakar Perbidanan & Sakit Puan, Dr Maiza Tusimin yang live dari kliniknya di Prince Court Medical Centre.

Sesi ini yang diacarakan oleh hos Pa&Ma iaitu Nik Nurul Fatin yang turut bertindak membacakan banyak soalan tentang topik kehamilan dan kelahiran yang ditanya oleh para peserta.

 

Selain itu pada hari webinar Pa&Ma membuat tawaran bagi yang mendaftar sebagai Moms To Be Vip Member di toko.ideaktiv.com akan berpeluang menyertai Virtual Doktor Online secara eksklusif dan tertutup bersama Pakar Perbidanan & Sakit Puan, Dr Maiza Tusimin.

Selesai sesi bersama Dr Maiza, ibu hamil sekali lagi berpeluang bertanyakan soalan mengenai persediaan ibu ketika hendak bersalin dan berpantang di bawah tajuk Labour To Pantang yang dikupas oleh Dr Afida Sohana, Pegawai Perubatan Perbidanan dan Sakit Puan di salah sebuah hospital swasta di Shah Alam.

Perkongsian daripada Broku iaitu salah seorang panel webinar mengenai pengalaman hidupnya membesarkan anak istimewa memberi inspirasi kepada para ibu bapa lain untuk sentiasa reda dan kuat demi menjadi ibu bapa terbaik untuk anak-anak.

Di sebelah petang, selesai para peserta webinar berehat dan bersolat, mereka berpeluang mendengar perkongsian daripada selebriti papa yang sentiasa memberi inspirasi dalam membesarkan anak-anaknya iaitu Dato’ Fazley Yaakob.

Positive Parenting yang dikongsi oleh beliau ternyata memberi motivasi kepada peserta untuk mencontohi cara Fazley membesarkan anak-anaknya.

Rata-rata peserta meninggalkan komen positif dan kekaguman mereka dengan cara papa selebriti ini melayan dan mendidik anak-anaknya secara lembut tetapi tegas.

Penceramah terkenal, Ustaz Don Daniyal menambahkan lagi keseronokan peserta mendengar perkongsian ilmu keibubapaan apabila beliau mengupas tajuk Peranan Suami Dari Awal Kahwin Sampai Mendidik Anak-Anak.

 

Ustaz Don yang terkenal dengan gaya penyampaian santai dan gemar membuat jenaka ternyata membuatkan ramai peserta rasa terhibur namun dalam masa yang sama mendapat ilmu bermanfaat.

Sebelum webinar berhenti berehat, Dr Rizal Abu Bakar, Presiden Neuroversiti yang terkenal di media sosial sering berkongsi ilmu mengenai otak manusia menyampaikan ceramah tajuk Rangsang Otak Anak Dari Dalam Kandungan.

Ternyata perkongsian Dr Rizal memberi manfaat kepada peserta yang sedang hamil kerana rata-rata mereka teruja belajar tentang jenis-jenis makanan yang elok diamalkan makan ketika hamil untuk membentuk otak anak bijak apabila lahir kelak.

Selesai solat maghrib, peserta webinar mendengar perkongsian ilmu lebih santai oleh Nazira Nazir yang berkongsi tentang tip penyusuan susu ibu, kepentingan ibu bapa membuat amalan-amalan baik supaya dipermudahkan mendidik anak.

Sesi sebelah malam lebih santai apabila Dr Deena daripada Dr Shah Hair Clinic mengupas tajuk Penjagaan Rambut Dan Kesihatan Selepas Bersalin. Ternyata topik ini mendapat sambutan daripada peserta wanita yang rata-rata mempunyai masalah keguguran rambut selepas bersalin.

Sesi yang paling dinanti-nantikan oleh peserta iaitu cabutan bertuah hadiah utama yang menawarkan sebuah handphone, tiket penginapan di hotel, pam susu, bantal zikir Moors & Co, Lazz Susu Kambing, Prenatal Set Tanamera dan hamper butik TATEH.

Lain-lain penaja hadiah cabutan bertuah termasuk Stretchmark soap & lotion FieGlow dan Set Anggun Setsuri.

Webinar keibubapaan terbesar ini melabuhkan tirai tepat jam 10 malam. Rata-rata peserta yang setia menanti dari pagi sampai malam berpuas hati dengan ilmu yang dikongsi oleh semua panel terlibat.

 

 

 

Published by
Hasnita Sawal