Buat kali yang keempat, Pa&Ma akan menganjurkan webinar penyusuan terbesar Syoknya Susukan Anak yang bakal berlangsung Sabtu, 3 Ogos ini.
Webinar penyusuan terbesar ini sememangnya sudah sebati dengan Pa&Ma, khusus untuk memberi ilmu dan pendedahan secara menyeluruh baik kepada bakal ibu, ibu hamil dan juga ibu-ibu yang sedang menyusu.
Sama seperti tahun-tahun sebelum ini, Webinar Penyusuan, Syoknya Susukan Anak juga turut mengumpulkan lebih daripada 1000 prang peserta pada 3 Ogos 2024 nanti.
Tambah menarik, webinar ini juga akan menampilkan barisan panel hebat dan berkredibiliti dan pakar dalam penyusuan.
Berbeza dari webinar sebelum ini, kali ini Pa&Ma menampilkan Kaunselor Laktasi bertauliah yang cukup dikenali ramai, Pn Nad Masrom sebagai moderator bagi membincang dan mengupas pelbagai isi mengenai penyusuan susu ibu.
Ads
Kepakaran beliau dalam bidang ini sudah pastinya merancakkan lagi perjalanan majlis dengan pelbagai ilmu bermanfaat.
Para panel yang akan memeriahkan webinar terbesar tahun ini adalah seperti Dr Maiza Tusimin (Pakar Perunding Perbidanan, Sakit Puan & Ferteliti Pusat Perubatan Prince Court) yang akan membincangkan topik Tiada Halangan Menyusukan Anak Selepas Bersalin.
Manakala Dr Tengku Puteri Zainab (Pakar Perunding Pediatrik) pula akan membawakan tajuk, Susu Ibu Bagus Untuk Imuniti Bayi. Puan Sharfiza Abd Aziz (Senior Psychotherapist Pediatrik pun adakan membawakan tajuk, Penyusuan Susu Ibu & Perkembangan Bayi.
Kemunculan personaliti dan Coach Che Man serta En Syed Hussein pula masing-masing dengan tajuk cukup menarik iaitu Peranan Suami Ketika Isteri Berpantang dan Kenal Karakter Pembelajaran Anak.
Ads
Menariknya webinar kali ini turut menampilkan penyanyi, Wany Hasrita yang baru sahaja menimang cahaya mata. Pasti ramai yang ingin mengetahui bagaimana selebriti kesayangan ramai ini membahagikan masa antara kesibukan karier serta tanggungjawab untuk menyusukan anak.
Oleh itu, jangan lepaskan peluang untuk menyertai webinar ini kerana banyak perkongsian bermanfaat yang dapat membantu perjalanan penyusuan susu ibu.
Selain perkongsian ilmu penyusuan, para peserta juga berpeluang untuk memenangi hadiah istimewa cabutan bertuah sepanjang webinar ini berlangsung.
Webinar ini bukan hanya terhad kepada ibu menyusu sahaja bahkan bakal ibu ayah yang mahu menuntut ilmu penyusuan. Bagi yang ingin membuat pendaftaran, anda boleh klik SINI.
Ads
Wow best giler! Inilah peluang untuk semua followers Pa&Ma dan Pn Nad Masrom bersama rakan-rakan menyambut MINGGU PENYUSUAN SEDUNIA bersama-sama di WEBINAR PENYUSUAN – SYOKNYA SUSUKAN ANAK!
Tunjukkan kuasa ibu menyusu mampu gegarkan webinar ini dengan kehadiran seramai yang boleh. Sambil-sambil itu kita tambah lagi ilmu penyusuan.
Bukan itu sahaja ya, ada banyak hadiah cabutan menarik kita sediakan. Antaranya, baucar penginapan 2H 1M di hotel best, pam susu elektrik serta banyak lagi.
Pengalaman pertama kali menyusukan anak tidak mudah. Susu yang sedikit terasa amat berharga ketika itu. Biarpun payah, namun ibu berusaha sebaiknya untuk memperolehi susu malah menyiapkan stok demi memberikan khasiat untuk anak.
Bagi Tasha Manshahar, sebolehnya biarpun sibuk dengan tanggungjawab yang digalasnya dalam mendidik anak bangsa, dia sebolehnya mahu terus kekal menyusukan anak.
Malah kata Tasha lagi biarpun jadualnya di sekolah padat, paling tidak dua kali, dia akan cuba sebaiknya mengepam. Semuanya demi memastikan anak keduanya, Mateen terus dibekalkan dengan susu ibu sepanjang dia ke sekolah.
“As a breast feeding working mom, I akan pam atleast 2 kali (gap dalam 3 jam) sebab I balik pukul 2 lebih gitu. Kalau ada meeting/koku balik lambat macam harini, I akan pam 3x dekat workplace/masa driving home.
“Kena juga cari time sebab nak maintain demand – supply. Remember, demand & supply adalah rule no 1 kalau tekad nak susukan anak.
“Walaupun l kadang terkejar-kejar juga. Tapi demi menuai hikmah dan kebaikan susu ibu, mommy cekalkan hati. Alhamdulillah atas rezeki masih boleh menyusukan Mateen,” tulisnya berkongsi.
Berkongsi produk mengepam susu yang digunakannya, akui Tasha dia pernah berdepan detik sukar ketika menyusukan anak pertamanya dahulu.
“Berharganyalah setiap titisan susu ibu ni. Tiada tandingan subhanAllah. I pernah terpaksa buang beberapa bag, sedih dia sampai pilu betul rasanya. Menangis terduduk ya!
“Apatah lagi kalau mommies yang terpaksa buang berpuluh/beratus oz tu. Kalau I mungkin pengsan lahhh ya Allah tak dapat bayangkan.
“Kalau nak fikirkan apa nak sedih, benda ada, bukan kena beli pun, tapi hakikatnya tidak semudah itu. Haihh sedih dia yakmat la.
“Ibu-ibu mesti faham kan? Ada pengalaman tak?,” kongsinya lagi yang terpaksa membuang beberapa bag susunya atas beberapa alasan yang tidak dapat dielakkan.
Semahal mana pun susu formula, memang tak dinafikan bahawa susu ibu adalah yang terbaik untuk bayi. Memang tiada tandingannya. Sebab itu penting bagi ibu yang merancang penyusuan susu ibu perlu ada ilmu.
Di antara perkara utama yang perlu diketahui terutama ibu bekerja adalah susu ibu yang dibuat stok boleh tahan berapa lama? Bagaimanakah cara untuk menyimpan susu ibu dengan betul agar tidak mudah rosak?
TEMPOH SUSU PERAHAN
Berikut adalah beberapa istilah melibatkan susu perahan:
1. EBM – expressed breast milk (susu ibu yang diperah)
2. FRESH EBM – (susu ibu yang baru diperah)
3. FROZEN EBM – (susu ibu yang dibekukan)
4. CHILLED EBM – chilled expressed breast milk (susu yang disimpan di chiller dan tidak dibekukan).
Tempoh hayat susu perahan:
1. FRESH EBM :
Tahan 4 jam di dalam suhu bilik, 8 jam dalam (bilik beraircond) serta tahan 1 jam selepas dipanaskan.
2. CHILLED EBM :
Tahan 5 hari dalam chiller. Lepas 5 hari boleh naikkan ke freezer dan boleh bertahan 3 bulan.
Tahan 1 jam selepas dipanaskan.
3. FROZEN EBM :
Tahan 2 minggu utk peti ais 1 pintu,
Tahan 3 bulan untuk peti ais 2 pintu,
Tahan 6 bulan untuk deep freezer.
Tahan 1 jam selepas dipanaskan dan perlu dibuang selepas 1 jam sama ada sudah diminum atau tidak.
➡️ Pastikan kuantiti frozen EBM disukat mengikut keperluan anak untuk mengelakkan pembaziran susu dibuang.
JIKA bayi dah minum susu perahan (walaupun sedikit), PERLU habiskan susu perahan dalam tempoh 1 jam kerana air liur telah bercampur dengan susu.
**(Nota penting: ‘cleanliness of milk expression technique’ atau langkah-langkah kebersihan yang ibu lakukan selepas sesi perahan seperti;
(i) mencuci tangan dengan bersih sebelum mengepam,
(ii) mencuci corong selepas setiap sesi perahan dengan menggunakan air sabun suam,
(iii) meletakkan EBM dengan segera ke dalam chiller,
(iv) memastikan suhu dalam cooler bag sentiasa sejuk). – Sumber: Academy of Breastfeeding Medicine’s Clinical Protocol
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Berapa oz sebenarnya yang ibu bekerja perlu dapatkan untuk memastikan penyusuan dapat berjalan dengan baik dan lancar hingga cukup tempoh 2 tahun?
Persoalan ini sentiasa buatkan ramai ibu yang bekerja dalam dilema lagi-lagi yang sedang berpantang dan akan mula masuk kerja tak lama lagi.
Menurut Kaunselor Laktasi, Noorfazila Binti Abdul Rahman, bab penyusuan susu ibu, ibu-ibu tak boleh nak selalu bandingkan susu kita dengan susu ibu lain. Ini bagi mengelakkan ibu itu sendiri rasa stres. Selagi cukup untuk anak, kira berjayalah walaupun tak penuh peti simpan stok.
Jadi nak tahu berapa banyak ibu perlu dapat, ini sepatutnya semua ibu perlu faham dulu.
Adakah ibu mesti dapat 20oz ke atas baru boleh berjaya dalam penyusuan?
Adakah dengan hanya dapat 12-15oz sehari ibu tak mampu berjaya menyusukan anaknya dengan susu ibu hingga cukup 2 tahun?
Adakah ibu yang mampu hasilkan lebih dari 40oz sehari confirm boleh berjaya menyusukan anak hingga 2 tahun?
Adakah dengan sekali perah hanya dpt 3oz ibu tak mampu melengkapkan penyusuan untuk anak mereka?
Saya yakin ramai ibu yang keliru untuk memberi jawapan BETUL atau SALAH pada persoalan di atas..kerana tiada satu jumlah oz pun yang mampu menjanjikan kejayaan dalam penyusuan.
Semuanya bergantung pada KEPERLUAN ANAK.. Ya dengan mengetahui berapa oz yang anak perlukan setiap hari di rumah pengasuh barulah ibu boleh merancang perjalanan penyusuannya agar lebih lancar dan sempurna.
Sebab itulah saya katakan tiada satu jumlah oz pun yang WAJIB atau MESTI ibu perolehi kerana setiap orang keperluan anaknya berbeza..ada ibu yang anaknya cuma perlukan 12oz saja sehari tapi ada ibu seperti saya pernah perlukan 32oz untuk anak lelaki saya dalam sehari.
Jadi anda tidak perlu atau jangan sesekali BANDINGkan hasil kita dengan orang lain, jangan pernah persoalkan kenapa ibu lain boleh dapat lebih sedangkan dengan hasil yang anda perolehi mampu cukupkan keperluan anak anda hari ini.
Saya ambil contoh :-
1. Anak anda perlukan 3oz x 6 botol sehari..ada masa kesemua 6 botol habis, ada masa ada balance 1 botol..jangan kira yang minimum tapi ambil kira jumlah maksimum 18oz..
2. Jadi, jumlah hasil yang anda perlu dapat MESTILAH sekurang2nya 18oz..jika lebih alhamdulillah tp jika tidak cukup usahakan untuk mencukupkan keperluan itu sebaiknya..hasil yang dimaksudkan bukan hanya jumlah hasil di pejabat sahaja tapi termasuk hasil perahan waktu subuh dan sebelum tidur.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tindakan yang boleh kita buat apabila dipukul, dikasari dan dicederakan. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.