Bayi yang menangis tanpa henti biasanya diredakan dengan bantuan bunyi-bunyian ‘white noise’. Selain bunyi-bunyian alam, air terjun, hujan, ombak dan sebagainya, white noise yang dipasang daripada telefon bimbit sebenanrnya banyak membantu bayi untuk reda. Malah tidur lebih lena.
Menurut Puan Uswatun Hasanah Mohd Habib, Konsultan Tangisan Bayi Malaysia, bayi menangis yang gagal diredakan dengan hayunan, bunyi shhh dan sebagainya boleh disokong menggunakan white noise daripada telefon bimbit. Pun begitu katanya, ibu bapa tidak perlu merasa gusar penggunaan telefon ini yang boleh membahayakan bayi baru lahir.
‘White noise’ merupakan salah satu elemen terpenting dalam pendekatan saya ketika membantu ibubapa memperbaiki isu tidur bayi mereka. Sedikit ‘masalah’nya, oleh kerana ilmu tangisan bayi masih sangat asing di Malaysia, maka secara tak langsung penggunaan ‘white noise’ di Malaysia tidak serancak seperti sebahagian negara lain. Hasilnya, kita kekurangan pilihan sumber ‘white noise’. Ini menjadikan ‘white noise apps’ di telifon pintar adalah pilihan paling popular ibubapa Malaysia.
Hal ini menimbulkan sedikit keraguan iaitu; “Adakah penggunaan telefon pintar ini mempunyai kesan buruk kepada bayi?” . Soalan ini agak kerap di tanya kepada saya berikutan alat elektronik ini memancarkan radiasi.
Ads
Perkataan ‘radiasi’ memang menakutkan namun hakikatnya semua alat yang memancarkan gelombang elektromagnetik, adalah ber radiasi. Ianya seperti sinar X-Ray , sinar inframerah mikrowave, signal radio, signal wifi, cahaya UV (dari sinaran matahari) dan cahaya lampu.
Namun, spektrum gelombang elektromagnetik terbahagi kepada 2: radiasi pengionan dan radiasi bukan pengionan.
Gelombang radiasi dari telifon pintar adalah dari jenis radiasi BUKAN pengionan sama seperti microwave di rumah. Telefon memancarkan tenaga radiasi yang sangat rendah (malah lebih rendah dari sebahagian cahaya lampu) dan tidak akan membahayakan DNA, otak dan saraf seperti yang ditakuti sebahagian orang. Maka, sebab itu kita boleh ‘mengguna terus’ sumber-sumber ini tanpa masalah.
Ads
Ia berbeza bila kita harus berdepan dengan radiasi dari jenis pengionan seperti sinar Xray dan cahaya matahari. Untuk meminimumkan risiko pendedahan, maka kita memakai baju khas bila perlu di Xray dan memakai ‘sun block’ bila mahu berjemur di pantai.
Nampak bezanya? Jelas, tidak timbul gelombang atau isyarat dari telifon pintar akan membahayakan manusia. Setakat hari ini, belum ada satu pun kajian yang dapat mengesahkan jika telefon pintar boleh membahayakan kesihatan dari sudut ancaman gelombangnya. Satu-satunya kesan biologi radiasi telifon pintar (dan semua yang dari jenis bukan pengionan) adalah kepanasan (heating) pada bahagian badan yang di sentuh misalnya, telinga akibat pelekapan telefon.
Ads
Namun, satu hal saja yang amat perlu di titik beratkan dalam penggunaan ‘white noise’ ini ialah kekuatan bunyi. Kekuatan bunyi yang disaran adalah tidak melebihi 60db yang mana 60db ini adalah menyamai bunyi bising perbualan manusia. 60db ini teraplikasi bagi apa-apa sumber ‘white noise’ dan bukan terhad kepada telifon pintar sahaja.
Sebarang bunyi melebihi 85db (menyamai bunyi penghembus daun majlis perbandaran) bakal meningkatkan risiko kerosakkan pendengaran.
Masih ragu-ragu nak guna ‘white noise’ di telefon? Beli sahajalah mesin ‘white noise’ secara online. Selesai masalah!.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon Fauzi Nawawi memberi ucapan sweet kepada isterinya, Lisdawati sempena anniversary ke-11 pada 9 September lalu.
Menerusi Instagramnya, Fauzi telah memuat naik foto bersama isterinya di salah sebuah restoran sempena menyambut ulang tahun perkahwinan mereka kelmarin.
Baru 3 tahun tapi 11 buah negara Ameer Fareeq dah lawati. Mungkin ramai yang anggap buat apa bawa anak kecil bercuti bukannya faham apa-apa. Sebenarnya cara inilah buat anak belajar sesuatu yang baru berdasarkan pengalaman dan pangamatannya di negara orang.
Bagi Nurul Khalisah Ahmad Nazri, minatnya dan suami travel sebelum kahwin kini diturunkan pula kepada Ameer Fareeq supaya dia dapat belajar secara lebih meluas. Pembelajaran untuk anak bukan sekadar membaca, menulis dan bermain tapi melancong juga salah satu darinya.
“Seawal usianya 1 tahun 3 bulan saya dah bawa Ameer Fareeq bercuti ke mana sahaja kami pergi. Alhamdulillah sepanjang percutian, tiada apa-apa masalah dan semuanya berjalan lancar.
“Nak tahu anak selesa atau tak masa bercuti, saya mula biasakannya dengan bercuti dalam negara dulu. Bila nampak anak dah boleh berdikari dan ikut jadual saya dan suami baru mula terbang ke negara luar.
“Ramai juga yang tanya macam mana kami urus bila anak mengamuk atau tak selesa. Caranya mudah je, bawa siap-siap mainan kesukaannya dan kena tahu cuaca di tempat kita nak bercuti.
“Lagi satu sebelum nak pergi bercuti saya dan suami akan bercerita dengan anak apa yang menarik ditempat yang kami nak pergi. Contoh bila kami nak ke Australia, kami akan cakap nanti masa di sana dapat tengok kangaru, dolphin, penguin dan dari situ anak jadi teruja,” katanya semasa berkongsi pengalamannya di rancangan Pa&Ma di Astro Prima dan Maya HD.
Khalisah juga menyatakan, sepanjang percutian gajet tak akan diberikan pada anak walaupun masa tu dia mengamuk. Kami anggap masa cutilah waktu emas untuk kami sekeluarga dan sebolehnya nak anak teroka apa sahaja selagi tak membahayakan dirinya.
“Dari sudut positif bawa anak bercuti ni, saya lihat Ameer Fareeq tak takut orang, mudah mesra, suka explore sesuatu yang baru dan jadi lebih berani,” jelasnya.
Nak dapatkan tip yang lebih banyak lagi mengenai apa kebaikan bawa si kecil bercuti, boleh tengok rancangan Pa&Ma jam 9 malam ini di Astro Prima & Maya HD.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seorang bayi perempuan berusia 10 bulan disahkan meninggal dunia dalam kebakaran di sebuah rumah di Kampung Bangkahulu, Gemas di sini, kira-kira jam 11.30 pagi semalam (Rabu).
Timbalan Ketua Polis Daerah Tampin, Deputi Superintendan Ahmad Pilus Zainal, berkata Siti Nur Aini Zulimi dikatakan ditinggalkan sendirian dalam buai elektrik oleh ibunya yang keluar ke Pejabat Pos Gemas terletak kira-kira enam kilometer (km) dari rumah pada jam 10.30 pagi.
Minta tolong jiran lihat anak jika menangis
Katanya, ibu mangsa dikatakan ada berpesan kepada jiran untuk tolong melihat jika anak bongsunya itu menangis manakala lima anaknya yang lain dipercayai berada di sekolah.
“Tidak lama selepas itu, wanita terbabit menerima panggilan daripada jiran yang memberitahu rumahnya terbakar.
“Wanita terbabit bergegas pulang dan cuba memasuki rumah untuk mendapatkan anaknya namun dihalang oleh orang ramai berikutan api yang marak,” katanya ketika dihubungi.
Ahmad Pilus berkata, suami wanita itu berada di tempat kerjanya di Kem Tentera Syed Sirajuddin, Gemas ketika kejadian.
Katanya, kes disiasat oleh pihak bomba dan diklasifikasi sebagai mati mengejut.
Melecur 30 peratus
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gemas, Mohd Farid Abu Bakar, berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 11.38 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian.
Katanya, mangsa didapati melecur 30 peratus manakala rumah mangsa terbakar 60 peratus.
“Punca kejadian masih disiasat dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Tampin,” katanya.