‘Wonderwoman Saya, Ibu Saya’. Syed Saddiq Percaya Tanpa Restu Mama & Abuyah, Tak Mampu Jadi Hebat

Share

Di pilih menjadi Ahli Parlimen Muar selepas PRU-14, nama Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kini makin dikenali dari pelbagai lapisan masyarakat. Berikutan kehebatannya berhujah sekaligus hebat dalam berpolitik kini dia juga dianggap ikon belia kerana keintelektualan dalam bidang akademik.

Menarik mengenai Syed Saddiq ini, setiap apa yang dilakukannya mesti akan mendapat restu ibu bapanya. Anak bongsu dari 4 beradik ini juga turut menyatakan tanpa ibu tak mungkin dia mampu meraih kejayaan hari ini.

Dia juga cukup mengagumi ibunya, Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz kerana telah banyak berkorban dan memahami minatnya.

Dunia kanak-kanak saya banyak cabaran dan dugaan. Bukan kepada saya, tapi ibu saya. Lagi-lagi sebagai anak cikgu, semua gelagat nakal saya akan menarik perhatian yang tidak enak.

Tanpa ibu saya, mungkin saya hanyut penuh khayalan. Tanpa ibu saya, sukar untuk saya kembali bangun dan terus berjuang. Tanpa ibu saya, saya tiada apa-apa.

Syed Saddiq sewaktu kecil.

Wonderwoman saya, ibu saya.

Kadang-kala, saya terlepas pandang penat lelah ibu menjaga saya. Mujur Tuhan masih berikan masa saya membalas budi wanita istimewa ini.

Saya percaya ramai wanita di luar sana juga adalah superhero. Menabur bakti kepada keluarga, bangsa dan negara. Tanpa kenal erti putus asa.

Mama & Abuyah Merestui Perjuangan

Sementara itu, menurut kedua ibu bapa Syed Saddiq semasa ditemuramah Sinar Harian, sebagai ibu bapa, kami akan mendoakan yang terbaik untuknya kerana kita tidak boleh paksa dia, kami juga memahami dia yang sentiasa berusaha mendapatkan apa yang diinginkan.

Sebenarnya sejak kecil Syed Saddiq dah mempunyai semangat patriotik yang tinggi, malah dia sentiasa mengikuti perkembangan semasa dari dalam dan luar negara.

Dia juga seorang yang sangat berdikari sejak kecil sehinggalah kemasukan dia ke Maktab Tentera Diraja diuruskan sendiri olehnya tanpa pengetahuan kami sehingga dia memberitahu kami dia diterima masuk.

Bermula dari situlah sikap kepimpinannya mula menonjol malah dia sangat berfikiran terbuka dan bergaul dengan rakan-rakan pelbagai bangsa tanpa rasa prejudis.

Sokongan dan kepercayaan keluarga amat penting, walau apa pun yang dia lakukan kami sentiasa ingatkan dia agar menjaga solat dan mendoakan yang terbaik untuknya setiap hari.

Sumber: Instagram Syed Saddiq

 

 

 

Published by
Wan Amy