Warna putih dan warna kuning kekuningan itu mungkin sudah biasa kita dengar. Namun rupa-rupanya susu ibu mempunyai beberapa jenis warna lain yang sudah semestinya berbeza sedikit rasanya pada si comel kita. Nak tahu apa jenis warna ini?
Berikut merupakan jenis-jenis warna susu ibu yang dikongsikan oleh Dietition Fizah Sobri. Kesemua ini anda perlu tahu. Memang menarik.
ADA BANYAK WARNA SUSU IBU
Warna biru/clear: Ini adalah foremilk. Foremilk adalah susu yang dikeluarkan waktu awal pump/menyusu dan ia lebih cair serta rendah kemak berbanding dengan hindmilk. Foremilk adalah untuk melegakan dahaga baby.
Ads
Kuning: Jangan risau ini mungkin adalah colustrum. Susu pertama yang dihasilkan oleh badan dan sangat berkhasiat kerana ia mengandungi banyak antibodi untuk baby waktu selepas bersalin. Atau anda telah mengambil makanan yang tinggi beta carotene seperti lobak merah, labu. Ada juga susu ibu yang tukar kepada warna kuning setelah dibekukan.
Hijau : Kemungkinan anda makan terlalu banyak sayur yang mengandungi warna hijai seperti bayam, seaweed, kailan dan juga makanan/minuman yang mengandungi warna hijau (food colouring).
Ads
Merah/pink: Atau ada yang panggil sirap bandung pun ada. Mungkin anda makan minum sesuatu yang mengandungi warna merah seperti ubi ubian, atau mengandunhi pewarna merah. Selain itu ia juga boleh disebabkan oleh luka di puting ibu yang menyebabkan darah masuk dalam susu waktu sesi pump/menyusu.
Hitam/coklat:Hasil dari darah yang lama ataupun ubat ubat tertentu.
Ads
Ada ke mommies pernah mengalami warna susu yang semacam ini?
Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara, setiap Rabu jam 9 malam di Astro Ria saluran 104/124 dan ulangannya setiap Ahad jam 9.30 pagi.
Selepas melahirkan anak sulung, Raja Urhan pada 8 September yang kini menginjak usia 2 bulan, Uyaina Arshad nampaknya dah kembali aktif bekerja semula.
Terbaru pelakon dan pengacara ini telah membuka sesi soal jawab bersama pengikutnya di ruangan ‘Ask Me Question’ di instagram.
Antara soalan yang diterima oleh Uyaina adalah mengenai perubahan bentuk badannya selepas bersalin anak pertama.
Menurut Uyaina, dia juga sedar tentang perubahan tersebut dan ia juga membuatkan dirinya berasa agak sedih.
“SEdih tapi inilah hakikatnya. Lepas bersalin, bila tengok badan dekat cermin, rasa macam tengah mengandung empat bulan. Sebab perut buncit sangat selepas bersalin,” kongsinya.
Jelas pengacara program Wanita Hari Ini, dia kini sedang berusaha untuk kembali mendapatkan tubuh badan yang ideal.
Bagaimanapun, dia juga faham mengenai kesan-kesan yang akan berlaku selepas bersalin secara pembedahan.
“Sekarang dah dua bulan selepas bersalin. Seksa juga nak turunkan berat badan. Nak kecilkan inci badan balik agak sukar walaupun jaga makan.
“Tapi perlahan-lahan lah terutama sekali sebab saya bersalin secara pembedahan. Beza dengan lahir normal. Tapi tak mengapa. Slowly but surey,” tulisnya.
Sebelum ini Uyaina telah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi Raja Syahiran pada 21 Disember tahun lalu.
“Malam tadi bila lihat perjuangan, pergelutan, pengorbanan isteri yang melahirkan zuriat terasa keinsafan dalam diri, rasa nak bagi dunia pada dia, tak nak lukakan hati dia, tak nak dia kecewa dengan sikap kita.
“Tetapi itulah kita ini iman senipis kulit bawang. Sekejap sahaja keinsafan, lama sikit lupalah.
“Apa pun Faz akan buat yang terbaik untuk isteri dan keluarga.
“Jauhkan la daku dari godaan-godaan yang ada di luar, yang paling penting, Faz akan sentiasa ingat dan hargai segala pengorbanan mu isteri. Balik nanti saya ada kejutan untuk awak,” coretnya sambil berseloroh di akaun Instagram miliknya.
Pada 2021, Fazreen, 38, memaklumkan isterinya mengalami keguguran ketika usia kandungan 10 minggu.
Sebelum itu, pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 2011 itu pernah diuji dengan dua kali keguguran sebelum membuat keputusan mengambil anak angkat, Mohd Rizqin Qayyum, 11 tahun.
Selain itu, mereka turut dikurniakan tiga lagi cahaya mata iaitu Mohd Rizqin Quwais, 9; Rizqeen Humaira, 8; dan Mohd Rizqin Haqq, 5.
Pengalaman pertama menjadi ibu sememangnya mencemaskan. Selain masalah bayi menangis, kembung perut, bayi yang acapkali muntah juga menjadi kerisauan bagi ibu-ibu. Lebih-lebih lagi bagi ibu muda yang kurang ilmu dan pengalaman.
Menurut kaunselor laktasi, Siti Asma Moin daripada Global Trade Sdn Bhd, dari segi saintifiknya, perut bayi mengalami proses tumbesaran setiap hari dan ia juga merupakan penanda aras keperluan makanan bayi untuk proses kehidupannya agar ia selaras dengan keperluan nutrisi sebenar.
Namun begitu, terdapat juga fenomena ini berlaku kepada bayi yang mana susu yang di minum akan termuntah keluar semula. Persoalan demi persoalan akan timbul di benak pemikiran seorang ibu jika situasi tersebut berlaku tanpa sedar. Tambahan pula dengan tiada persediaan langsung untuk menghadapi cabaran tersebut.
Antara situasi sebenar yang biasa berlaku ketika bayi memuntahkan susu yang diminumnya adalah seperti berikut:
1. Jeluak
Dimana keadaan susu yang di minumnya terkeluar semula dalam tempoh tertentu selepas menyusu susu ibu. Situasi tersebut boleh berlaku dengan adanya tindak balas pada otot perut. Ia tidak membahayakan bayi kerana situasi ini merupakan proses bayi menyesuaikan diri. Keadaan ini kebiasaannya akan mengambil masa sehingga bayi berusia 1 atau 2 tahun, sehingga tempoh otot perut bayi melalui proses kematangan.
Tips: Tinggikan sedikit kepala bayi agar kurang memberi tekanan kepada perut dalam kadar waktu yang singkat.
2. Minum Terlalu Banyak
Semasa proses penyusuan berlaku, bayi menyusu dalam situasi sedikit gelojoh dan melakukan hisapan dengan laju. Secara tidak langsung susu yang masuk juga serentak dan tidak dihadam dengan betul. Situasi ini kebiasaannya akan berlaku apabila bayi terlalu lapar dan seterusnya menyusu dengan sedikit gelojoh. Tambahan pula apabila sel sel otak anak sedang berhubung dan masa untuk bermain itu tinggi.
Tip: Apabila bayi menyusu kita boleh mengawalnya dengan kadar kita melakukan kaedah scissors hold sementara.
3. Posisi Menyusu Kurang Tepat
Cara posisi penyusuan susu ibu kurang tepat juga mengundang susu yang di minum akan terkeluar semula. Anak kecil yang semakin aktif sememangnya akalnya bijak untuk melakukan sesuatu, maka dengan itu kedudukan posisi dalam menyusu tidak tepat serta susu yang masuk ke dalam perut akan dimuntahkan semula. Ada ketika semua sekali akan di muntahkan dan ada waktunya hanya sebahagian darinya.
Tips: Pastikan cara posisi ketika menyusu diperbetulkan, cara pelekapan dan perut menghadap perut. Ia mampu membantu bayi menyusu dalam situasi tenang.
4. Aliran Susu Keluar Laju
Aliran susu yang keluar sangat laju menyebabkan bayi tidak sempat untuk mengawalnya. Lantaran dengan itu secara automatik susu akan keluar dari mulut tanpa sempat untuk proses penghadaman.
Tips : Ibu disarankan untuk melakukan perahan tangan agar susu dapat dikeluarkan sebelum bayi meneruskan penyusuan tanpa gangguan.
5. Alahan Pemakanan Ibu
Pemakanan yang sihat untuk ibu yang menyusukan anak sangat penting dipilih sebaliknya. Mana mungkin makanan yang kurang bagus menjadikan sesuatu makanan sihat untuk di ambil. Dalam menyusukan bayi sangat dititikberatkan mengambil makanan yang sihat agar bayi yang menyusui susu ibu tidak mempunyai alahan daripada susu ibu. Dari sudut kajian pengambilan kafien yang berlebihan sedikit sebanyak menyumbang kepada alahan kepada bayi yang menyusu susu ibu. Apabila bayi alah dan kurang selesa, bayi akan mula menangis, ataupun dari segi bahasa bayi mengalami ketidakselesaan pada bahagian perutnya.
Tips: Ibu perlu mengambil makanan yang berkhasiat dan sihat untuk menghasilkan susu yang baik. Protein, vitamin, karbohidrat yang lengkap agar nutrisi sembang.
6. Batuk Dan Berkahak
Cuaca pada hari ini tidak menentu serta persekitaran yang kurang sihat boleh menyebabkan bayi mudah dijangkiti batuk berkahak. Oleh itu, akan mengakibatkan paru-paru dan jantung berkerja keras dalam memainkan peranan untuk mengepam jantung. Apabila susu yang di minum masuk, disusuli dengan batuk berkahak maka susu yang di minum biasa akan termuntah bersama kahak apabila batuk menyerang tubuh bayi. Jika ia terlalu serius, ibu bapa perlu mendapatkan rawatan lanjut daripada doctor.
Tips : Ibu bapa perlu mengambil berat mengenai persekitaran dan menjaga kebersihan dengan teliti untuk mencegah dari dijangkiti batuk.
7. Terlampau Aktif Selepas Menyusu
Rangsangan minda bayi laju dan aktif. Mereka mula belajar dengan setiap apa yang mereka lalui. Itulah proses kepintaran untuk hidup. Bagusnya ialah mereka akan sentiasa sihat dan cergas. Namun bergerak aktif tanpa kawalan sehingga menyebabkan perut yang penuh dengan susu akan bergoncang.
Tips : Didik bayi kita sentiasa untuk bertenang. Lakukan dengan selalu berinteraksi dengan mereka agar wujud sifat tenang. Mereka juga boleh aktif pada tempat dan waktu yang tepat.
Dengan adanya situasi tersebut ia akan membuatkan ibu bapa belajar tentang bayi mereka. Sesungguhnya setiap bayi yang di anugerahkan adalah berbeza caranya serta sifatnya.
Sebagai ibubapa kita bukan sahaja menjaga malah seluruh aspek kehidupan anak kita dalam membantu pembentukkan awal dalam hidupnya dipertanggungjawabkan oleh kita.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bayi yang sering meragam atau sukar tidur mungkin sedang mengalami ketidakselesaan seperti kembung perut, ketegangan otot, atau gangguan emosi ringan. Salah satu cara semula...