Menabung memang menyeronokkan, berbunga hati terutama sekali bila tengok hasilnya. Puasnya hati melihat jumlah yang terkumpul. Apa yang dilakukan wanita ini dan suaminya sungguh menginspirasikan, dapat kumpul RM1,000 dalam masa 3 bulan.
Dengan hanya mengumpul not wang RM5 Puan Nurul Farhanah Mohd Zolkapli menyatakan dia boleh mengumpulkan sejumlah wang dalam amaun yang besar. Katanya ketika melancong ke Maldives pada April lalu, teknik inilah yang digunakannya untuk mengumpul wang perbelanjaan di sana. Sehari kadangkala boleh dapat hingga RM60! Syaratnya ialah kena buat betul-betul dengan disiplin.
Dulu kite pernah cakap kan nanti kite share camne kite simpan duit untuk travel.
RM 5 ni laaa yang kite simpan buat tambah-tambah duit untuk travel, yang betol2 saving lain laaa ehhh.
Kite & Acid (suami) memang akan ke tepi kan kalau dapat duit RM5.
MULA-MULA ‘PITAM’ JUGA TAPI LAMA-LAMA AKAN TERBIASA
Pitam gak laaa kalau sehari kekadang smpai RM40 dapat duit tukar tapi bile dah terbiase .. senang je korang dapat kumpul.
SETIAP 3 BULAN SEKALI AKAN KIRA & SIMPAN KE DALAM AKAUN
Biasa nya kite korek tabung ni setiap 3 bulan and masokkan dalam ASB & TABUNG HAJI ..
1,000 DALAM MASA 3 BULAN
Dapat gak laa dalam RM 1k untuk 3 bulan .. Jangan sesekali usik tabung tu tau
SELAIN NOT RM5, ADA JUGA DUIT SYILING
Selain dari duit RM 5 .. kiteorang kumpul duit syiling malaysia & syiling singapore .. dermawan untuk duit syiling and RM 5 biase nyaa dari @acidtools .. Kite tukang simpan and pakai je. kalau duit kite banyak habis kat makan ajooo
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI