Tercari-cari resipi kek terbaik untuk hari raya nanti? Cuba ubah kelainan dengan Kek Ogura Unikorn yang pastinya buat anak-anak teruja hendak makan. Menariknya kek yang satu ini bukan hanya cantik malah diperbuat daripada bahan-bahan istimewa antaranya penambahan santan yang membuatkan kek lebih lembut dan berlemak rasanya.
Resipi ringkas tetapi sedap yang dihasilkan oleh Noriza Jaja ini mama wajib cuba. Barulah anak-anak teruja di pagi raya. Senang, mudah dan sedap! Jom cuba.
Siapa suka unikorn? Ramai kan. Hari ni akak buat kek ogura bertemakan unikorn. First time buat tak berapa kemas dan cantik tapi akak share juga la ye.
KEK OGURA UNIKORN
BAHAN A:
5 kuning telur gred A
1 biji telur gred A
1/4 sudu garam halus
70 gram minyak jagung
95 gram santan pekat kotak
70 gram tepung kek (diayak)
BAHAN B:
5 putih telur
70 gram gula kastor
1/4 sudu jus lemon @cuka masakan
Pukul ringan telur kuning dan sebiji telur. Masuk minyak jagung, santan dan garam. Pukul sebati.
Masukkan tepung dan kacau. Kemudian tapiskan adunan. Ketepikan.
Pukul putih telur hingga berbuih dan masuk jus lemon dan gula kastor sikit-sikit hingga habis. Pukul hinggga jadi soft peak (kembang gebu bertanduk).
Masuk adunan meringue putih telur sikit-sikit ke dalam adunan kuning telur dan kaup balik dengan whisk hingga adunan jadi sebati.
Bahagi adunan kepada 4 bahagian dan masuk warna unikorn iaitu biru turquoise, kuning lemon, pink dan ungu.
Lapik loyang 7″@8″ dengan baking paper. Tak perlu lenser dengan butter.
Ads
Letak setiap adunan warna secara rawak bertindan-tindan hingga habis. Hentak loyang unttk keluarkan buih udara.
Bakar guna kaedah waterbath suhu 160°c selama 1 jam atau hingga masak ikut oven masing-masing ye. Keluarkan loyang waterbath dan bakar lagi kek dalam 10 minit untuk keringkan bawah dan tepi kek.
Lepas kek masak stay dalam oven sekejap. Renggangkn pintu oven skit lepas tu keluarkan dari oven dan keluarkan kek. Tunggu sejuk dan potong.
Selamat mencuba.
Resipi wajib cuba: Resipi Tat Cadburry Kulit Rapuh Inti Coklat Tak Cukup Makan Sebiji Dua!
Cuba Biskut Raya Unicorn Pula
Tak cukup dengan kek raya, apa kata kita buatkan anak yang cukup gemar dengan siri kartun My Little Pony ini dengan biskut unicorn pula. Barulah meriah dan gembira di pagi raya. Jom cuba resipi biskut ni pula.
Tak Payah Pakai Mixer, Kacau Dengan Senduk Pun Jadi, Comelnya Samperit Cheese Unicorn Ni!
Jika dulu ibu menunggu waktu hujung minggu untuk menyiapkan kek dan biskut untuk anak, kini tidak lagi. Tempoh PKP yang panjang ini membolehkan ibu mencuba segala jenis resipi yang sebelum ini tersimpan kemas.
Tak perlu tunggu menjelang raya, biskut samperit comel ini boleh mama cuba sepanjang tempoh PKP ini dengan tenang. Anak-anak boleh jadi pembantu setia. Jom cuba resipi comel yang dikongsikan oleh Puan Aisyah Zulayka ini.
Ads
Salam semua, terima kasih semua yang kata samperit ibu comei. Sebagai tanda terima kasih hari ni ibu share lagi sekali resepi berserta cara buat samperit ni ye.
Ni bahan-bahannya…
400gm tepung jagung (sepeket)
1 ketul butter
50gm Cream cheese
4 sudu besar tepung custard
1/2 tin susu pekat
1 tutup esen vanilla
Choc chip
Ni kejadian lepas letak butter, cream cheese, esen vanilla dan susu. Tak payah pakai mixer, kacau je dengan senduk. Kacau manja-manja je. JANGAN KACAU SAMPAI KEMBANG.
Dah agak-agak sebati, masukkan tepung custard. Banyak macam tu tau, 4 sudu makan.
Dah jadi doh yang lembut, licin dan tak lekat kat tangan macam kat gambar tu. Bahagikan 3 bahagian, 2 kecil dan 1 besar.
1 bahagian kecil letak warna biru atau warna apa-apa yang korang suka. 1 bahagian lagi letak warna merah atau warna apa-apa yang korang suka juga.
Lepas tu korang cubit-cubit doh tu dan uli macam kat atas tu. Ibu syorkan korang gunakan warna-warna lembut dan kurangkan penggunaan warna untuk hasilkan biskut yang cantik.
Lepas tu satukan doh yang korang cubit tadi tu then uli dia jadi macam dalam gambar tu. Dah tu, korang ambil sikit.
Letak dalam acuan macam kat atas tu, lepas tu tekan la. Jangan letak penuh acuaan, buat sikit-sikit dulu. Masa ni korangg terap siap-siap adunan samperit ni sampai siap sebab masa ni adunan sangat senang & mudah cantik untuk di terap. Ni ibu pakai acuan tembaga bunga pecah 12.
Sementara korang nak letak choc chip atas dia, panaskan oven 10 minit. Dah siap semua, bakar suhu 170°c selama 40 minit atau sampai masak, ikut oven masing-masing. Api atas bawah ye.
Tip: Nak tau dia atau belum, korang tolak sikit dia meluncur laju. Kalau agak-agak kesat tu, belum masak lagi lah tu.
Selamat mencuba.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Resipi bihun memang mudah disediakan. Senang kata resipi paling selamat nak disediakan kalau mama dah terlambat nak siapkan makanan. Kalau nak tahu macam mana cara penyediaan bihun goreng singapore, ikut langkah-langkah ini.
Resipi Bihun Goreng Singapore
Bahan-bahan:
Bahan utama:
Sebungkus bihun direndam lembut.
Bahan A:
-3-4 ulas bawang merah
-5-6 ulas bawang putih
-1 sudu kecil lada hitam
-2 sudu makan udang kering
-2 inci halia
Nota: Kisar kesemua bahan A
Bahan rencah:
Udang kecil 250g (kopek kulit udang)
Seikat kucai dipotong dalm 4cm panjang.
Lobak sebatang dihiris halus memanjang,
Cara–cara memasak:
-Tumis bahan kisaran hingga halus sehingga naik bau.
-Perasakan dengan gula, garam dan serbuk perasa secukupnya.
-Kemudian masukkan isi udang.
-Selepas itu masukkan bihun yang telah direndam lembut.
Akhir sekali masukkan sayur-sayuran dan potongan cili merah sebagai hiasan.
Siap dan sedia untuk dimakan!
Sumber: Senangnya Masak
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Menu nasi, telur dan kicap antara makanan wajib anak-anak ketika membesar. Tak sah jika tidak ada telur. Telur sememangnya cukup baik malah banyak khasiatnya kepada anak kecil kita. Telur juga merupakan makanan yang kaya dengan protein penting dan berkualiti. Ia membekalkan asid amino yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh.
Malah telur juga membekalkan beberapa vitamin dan mineral terutama Vitamin A yang bagus untuk mata, Vitamin D yang diperlukan untuk tumbesaran dan menguatkan tulang anak, tinggi Choline yang membantu meningkatkan kecerdikan minda anak-anak kita dan menguatkan jantungnya. Begitu banyak khasiat telur, jadi cubanya sedianya sajian berasaskan telur.
Salah satu menu yang cukup ringkas adalah Sup Telur. Sup Telur yang disediakan ibu Nora Azni ini cukup ringkas tapi nampak cukup menyelerakan. Jom cuba resipi paling sedap ini.
“Mama, sup telur mama paling sedap dekat dunia ni tau tak? Ibu mana tak seronok kalau anak puji kann. Sempena kita kena duduk rumah ni, saya nak share resepi sup telur mudah.
Resepi sup telur #mamaohsem
Bahan-bahan :
4 biji telur ayam
7 biji fishball (belah dua)
Setengah biji carrot ( belah dua dan potong biasa)
3 ulas bawang putih(dicincang)
Kiub pati ayam(guna separuh je)
Lada sulah
Garam
2 gelas air putih (kalau guna banyak telur lebih kan air untuk kuah)
Minyak masak
Panaskan 1 sudu besar minyak masak, tumiskan bawang putih. Tumis sehingga bawang nampak kuning dan garing sikit ye. Lepas tu masukkan carrot.
Tambahkan 2 gelas air putih. Perasakan dengan kiub pati ayam, garam dan sedikit lada sulah. Bila kuah dah mendidih. Kecilkan sedikit api dapur.
Pecahkan telur sebijik ke dalam mangkuk dan dituang ke dalam periuk. Ulang sampai habis telur. (biar je sekejap sampai telur masak, jangan sebok nak kacau ye)
Bila dah nampak telur masak elok seketul – seketul. Boleh masukkan fishball. Dah masak, tutup api dan hidangkan dengan tabur bawang goreng dan daun sup.
Beberapa minggu ini, Pa&Ma banyak berkongsi resipi berbuka puasa dan menu berhari raya. Diharapkan para ibu mencuba setiap resipi yang telah dikongsikan. Kali ini, lain sedikit.
Perkongsian resipi kimchi dariMadamme Momsey ini sangat mudah untuk dibuat. Bagi peminat makanan Korea, anda harus mencuba untuk buat sendiri hidangan ini. Memang sedap!
Berikut bahan-bahan dan cara pembuatan kimchi ini:
RESIPI KIMCHI
Permintaan orang2 dalam rumah ni yg mengidam makanan Korea….
Peram dulu 3 hari nanti boleh buat makan dgn nasi/bubur or ramen Korea weekend nanti ..
Cikgu Korea bagi tips kalau nak sedap peram dalam bekas tembikar.. Tapi bekas xde,pakai je la Tupperware apa yg ada…
Ada ke peminat kimchi kat sini? say hi sikittt…..
-Sediakan besen besar supaya senang nk gaulkan bahan2.
-Masukkan bahan yg diblender bersama sepeket serbuk cili (saya letak sepeket 125g ,blh kurangkn bg yg x suka pedas).2 sudu besar gula dan 5 sudu besar sos ikan. Gaul sebati.
-Tak perlu tambah garam sbb sos ikan dh masin n kobis tu pon dah direndam dgn 1/4 cawan garam selama 2 jam.
-Bila dah sebati masukkan lobak Merah, dan daun bawang yang dah dipotong dlm 2cm. Gaul lagi bg sebati.
Last masukkan kobis yg telah ditoskan.gaul lagi bagi sebati maknanya menjadilah kimchi anda…..
Simpan dlm bekas bertutup tp jgn penuh sgt. Sbb kimchi akan keluarkan gas bila diperam…
Kalau nk cepat masam boleh peram kimchi dlm suhu bilik 2/3 hari.lepas tu boleh masukkan dlm peti ais utk tahan lama. Atau nk simpan terus dlm peti ais pon boleh.
Actually ini resepi kimchi yg paling simple and menggunakan bhn yg mudah didapati .
Sedap juga kalau makan kimchi ni dengan nasi. Memang bertambah selera makan. Nasi kosong dengan ayam goreng, tambah kimchi pun dah cukup nikmat. Bolehlah anda cuba resipi ini jika sukakan penambah selera yang rasanya masam-masam pedas.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak Hebat Bermula Dari Rumah: Kisah Izmi & Hakim, Dua Pemanah Cilik yang Menginspirasikan
Setiap anak membawa potensi luar biasa yang menunggu untuk digilap —...