Wow Cantiknya Kek Ogura Unicorn Raya Ni, Nak Buat Pun Senang!

Share

Tercari-cari resipi kek terbaik untuk hari raya nanti? Cuba ubah kelainan dengan Kek Ogura Unikorn yang pastinya buat anak-anak teruja hendak makan. Menariknya kek yang satu ini bukan hanya cantik malah diperbuat daripada bahan-bahan istimewa antaranya penambahan santan yang membuatkan kek lebih lembut dan berlemak rasanya.

Resipi ringkas tetapi sedap yang dihasilkan oleh Noriza Jaja ini mama wajib cuba. Barulah anak-anak teruja di pagi raya. Senang, mudah dan sedap! Jom cuba.


Siapa suka unikorn? Ramai kan. Hari ni akak buat kek ogura bertemakan unikorn. First time buat tak berapa kemas dan cantik tapi akak share juga la ye.

KEK OGURA UNIKORN

BAHAN A:
5 kuning telur gred A
1 biji telur gred A
1/4 sudu garam halus
70 gram minyak jagung
95 gram santan pekat kotak
70 gram tepung kek (diayak)

BAHAN B:
5 putih telur
70 gram gula kastor
1/4 sudu jus lemon @cuka masakan

Pukul ringan telur kuning dan sebiji telur. Masuk minyak jagung, santan dan garam. Pukul sebati.

Masukkan tepung dan kacau. Kemudian tapiskan adunan. Ketepikan.

Pukul putih telur hingga berbuih dan masuk jus lemon dan gula kastor sikit-sikit hingga habis. Pukul hinggga jadi soft peak (kembang gebu bertanduk).

Masuk adunan meringue putih telur sikit-sikit ke dalam adunan kuning telur dan kaup balik dengan whisk hingga adunan jadi sebati.

Bahagi adunan kepada 4 bahagian dan masuk warna unikorn iaitu biru turquoise, kuning lemon, pink dan ungu.

Lapik loyang 7″@8″ dengan baking paper. Tak perlu lenser dengan butter.

Letak setiap adunan warna secara rawak bertindan-tindan hingga habis. Hentak loyang unttk keluarkan buih udara.

Bakar guna kaedah waterbath suhu 160°c selama 1 jam atau hingga masak ikut oven masing-masing ye. Keluarkan loyang waterbath dan bakar lagi kek dalam 10 minit untuk keringkan bawah dan tepi kek.

Lepas kek masak stay dalam oven sekejap. Renggangkn pintu oven skit lepas tu keluarkan dari oven dan keluarkan kek. Tunggu sejuk dan potong.

Selamat mencuba.

Resipi wajib cuba: Resipi Tat Cadburry Kulit Rapuh Inti Coklat Tak Cukup Makan Sebiji Dua!

Cuba Biskut Raya Unicorn Pula

Tak cukup dengan kek raya, apa kata kita buatkan anak yang cukup gemar dengan siri kartun My Little Pony ini dengan biskut unicorn pula. Barulah meriah dan gembira di pagi raya. Jom cuba resipi biskut ni pula.


Tak Payah Pakai Mixer, Kacau Dengan Senduk Pun Jadi, Comelnya Samperit Cheese Unicorn Ni!

Jika dulu ibu menunggu waktu hujung minggu untuk menyiapkan kek dan biskut untuk anak, kini tidak lagi. Tempoh PKP yang panjang ini membolehkan ibu mencuba segala jenis resipi yang sebelum ini tersimpan kemas.

Tak perlu tunggu menjelang raya, biskut samperit comel ini boleh mama cuba sepanjang tempoh PKP ini dengan tenang. Anak-anak boleh jadi pembantu setia. Jom cuba resipi comel yang dikongsikan oleh Puan Aisyah Zulayka ini.

Salam semua, terima kasih semua yang kata samperit ibu comei. Sebagai tanda terima kasih hari ni ibu share lagi sekali resepi berserta cara buat samperit ni ye.

Ni bahan-bahannya…

400gm tepung jagung (sepeket)
1 ketul butter
50gm Cream cheese
4 sudu besar tepung custard
1/2 tin susu pekat
1 tutup esen vanilla
Choc chip

Ni kejadian lepas letak butter, cream cheese, esen vanilla dan susu. Tak payah pakai mixer, kacau je dengan senduk. Kacau manja-manja je. JANGAN KACAU SAMPAI KEMBANG.

Dah agak-agak sebati, masukkan tepung custard. Banyak macam tu tau, 4 sudu makan.

Haaa..ni hasilnya lepas campur tepung custard. Lepas tu masukkan tepung jagung sikit-sikit.

Dah jadi doh yang lembut, licin dan tak lekat kat tangan macam kat gambar tu. Bahagikan 3 bahagian, 2 kecil dan 1 besar.

1 bahagian kecil letak warna biru atau warna apa-apa yang korang suka. 1 bahagian lagi letak warna merah atau warna apa-apa yang korang suka juga.

Lepas tu korang cubit-cubit doh tu dan uli macam kat atas tu. Ibu syorkan korang gunakan warna-warna lembut dan kurangkan penggunaan warna untuk hasilkan biskut yang cantik.

Lepas tu satukan doh yang korang cubit tadi tu then uli dia jadi macam dalam gambar tu. Dah tu, korang ambil sikit.

Letak dalam acuan macam kat atas tu, lepas tu tekan la. Jangan letak penuh acuaan, buat sikit-sikit dulu. Masa ni korangg terap siap-siap adunan samperit ni sampai siap sebab masa ni adunan sangat senang & mudah cantik untuk di terap. Ni ibu pakai acuan tembaga bunga pecah 12.

Sementara korang nak letak choc chip atas dia, panaskan oven 10 minit. Dah siap semua, bakar suhu 170°c selama 40 minit atau sampai masak, ikut oven masing-masing. Api atas bawah ye.

Tip:
Nak tau dia atau belum, korang tolak sikit dia meluncur laju. Kalau agak-agak kesat tu, belum masak lagi lah tu.

Selamat mencuba.

Published by
Siti Ramlah Mahmud