Buat sendiri mainan anak baru puas hati. Anak pun mesti suka sebab ibu ayah yang buat. Boleh jimat belanja!
Membuat mainan anak sendiri dengan cara DIY memang menjimatkan. Lebih istimewa, ada sentuhan sendiri daripada ibu bapa. Ibu ini, Puan Nur Basirah berkongsikan projek DIY dapur memasak mainan yang dibuat bersama suaminya sebagai hadiah ulang tahun kelahiran anaknya yang ke-2.
DAPUR KOTAK
Demi memberi sesuatu kelainan untuk anak dara ciqya ini ciqya terfikir untuk buat kan dapur kotak ini untuk dia !
Sempena birthday dia yang dah cukup 2 tahun.
Bukan senang wey nak buat kena sabar.
Nota tangan : terima kasih kat ketua kelas waktu sekolah dulu. Kalau tak bukan dia kerja 99. susah nak dapat kotak elok dan takde la dapur kotak untuk fatima. Minta 3 kotak je di bagi nya 10
HASIL KEGIGIHAN SELAMA 3 HARI
Puan Nur Basirah yang dihubungi Pa&Ma juga menyatakan yang sebenarnya projek ini boleh siap dalam masa sehari tetapi disebabkan dia tidak boleh menumpukan 100% masa dan hanya boleh buat selepas anak kecilnya tidur, ia memakan masa 3 hari. Katanya lagi, dia jadi bersemangat apabila suaminya juga turut membantu.
ANAK GEMBIRA TERIMA HADIAH ISTIMEWA HASIL TANGAN IBU & AYAH
Si kecil, Nur Fatima Az’zahra yang menyambut ulangtahun hari lahirnya pada 3 Oktober yang lalu.
“Kali pertama masa dalam proses nak siap tu dia nampak mmg reaksi dia teruja sangat. Siap cakap “wahh” sambil senyum2 malu. Anak saya baru 2 tahun,” kata Nur Basirah.
Sumber: Puan Nur Basirah
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara Rangsang Otak Anak 0-7 Tahun Tanpa Stress, Anak Lebih Bijak Walaupun Belajar Di Rumah
Ramai ibu bapa yang mula risau dengan perkembangan anak lebih-lebih lagi anak yang bakal masuk darjah satu pada tahun hadapan. Jadi bagaimana cara untuk pastikan perkembangan mereka seiring dengan usia? Ikuti perkongsian ini.
RANGSANG OTAK ANAK 0-7 TANPA STRESS
“Saya risau pembelajaran anak saya merosot disebabkan terperap lama di dalam rumah” 😱
Saya pasti ramai mak ayah yang mempunyai anak yang sudah berada di pra-sekolah dah mula risau akan pembelajaran anak terganggu disebabkan PKP.
Jadi, kali ini saya nak kongsikan bagaimana mak ayah boleh rangsang kognitif anak stress. Tips yang saya beri bukanlah tertumpu hanya pada pembelajaran akademik untuk skil menulis, membaca dan mengira semata-mata tetapi lebih kepada perkembangan kognitif (kemahiran berfikir).
Sepanjang PKP ini, ramai mak ayah yang kongsikan aktiviti-aktiviti anak sepanjang di rumah tapi kadang-kadang saya rasa sayang sangat bila kesungguhan mak ayah dah ada tapi aktiviti pula tak sesuai dengan umur anak. 😅
Contohnya anak yang berumur 4 tahun ke atas lebih sesuai main/belajar mengasingkan jenis kategori sayur, buah, binatang ataupun kenderaan berbanding hanya main permainan mengasingkan jenis warna (colour sorting).
TAHAP PERKEMBANGAN KOGNITIF (JEAN PIAGET) DAN TIPS SAYA:
👶 0 HINGGA 2 TAHUN 👶
– Pembelajaran menggunakan sistem deria dan pergerakan fizikal. 🏃♂️
Tips saya:
1. Banyakkan rangsangan deria dan pergerakan untuk anak belajar tentang persekitaran.
Boleh rujuk artikel saya “Nak Anak Bijak”.
2. Normal anak nampak terlebih aktif semasa di tahap ini sebab setiap pergerakan adalah pembelajaran bagi anak.
Saya lebih risau bila anak tak banyak bergerak dari anak banyak bergerak 🏃♂️🏃♂️🏃♂️
✅ EXPERIMENT
✅ EXPLORATION
✅ EXPERIENCE
3. Selagi “tangki” keperluan rangsangan deria dan pergerakan anak tak penuh, selagi itu anak akan susah fokus duduk setempat.
Selagi anak tak puas masukkan benda dalam mulut, selagi itulah anak tak akan berhenti. 👅
4. Fasa ini, disarankan anak belajar sambil bermain.
Anak 2 tahun ke bawah tak akan cepat bosan sebab waktu ini semua yang anak nampak adalah “mainan” bagi mereka melainkan mak ayah yang membosankan. 🤭
5. Rangsang minat anak dahulu sebelum fokus aktiviti membaca atau mengira.
Setiap anak berbeza, tak salah untuk mak ayah ajar anak awal tetapi pastikan perkembangan yang lain normal dan anak menunjukkan minat terhadap aktiviti membaca dan mengira.
👶 2 HINGGA 6/7 TAHUN 👶
- Mula menggambarkan dan merancang pergerakan atau aktiviti.
- Anak juga sudah mula belajar sesuatu melalui bahasa dan pertuturan tetapi dalam masa yang sama mereka masih tidak boleh menapis maklumat yang diterima lagi.
- Belum boleh berfikir secara logik dan rasional.
- Lakukan aktiviti mengikut kesesuaian umur dan tahap anak.
Tips saya:
1. Banyakkan bercerita dengan anak tentang perkara yang berlaku di sekeliling anak kerana waktu ini anak dah mula boleh belajar melalui bahasa.
Semakin banyak kita bercakap dengan anak ➡️
semakin banyak kosa kata yang anak belajar ➡️
semakin bagus skil bahasa anak ➡️
semakin banyak yang anak boleh faham tentang apa-apa yang berlaku di sekitarnya ➡️
semakin berkembang cara pemikiran anak
2. Jangan paksa anak duduk lama untuk belajar sesuatu sebelum rangsang minat anak nak belajar.
Minat dahulu ➡️ duduk belajar
3. Panjangkan waktu anak perlu habiskan setiap tugasan mengikut umur dan skil fokus anak. Purata skil fokus, 1 tahun : 3 minit. Contohnya anak 3 tahun, sepatutnya boleh fokus selama 9 minit. Jika anak boleh fokus lebih lama, lebih baik. 🎉
4. Kawal pendedahan gadget dan TV, pastikan rancangan bersesuaian dengan umur anak dan mak ayah menonton TV/gadget bersama-sama anak.
Limit 1 jam sahaja SEHARI.
Jika mak ayah faham tahap dan konsep bagi merangsang kognitif anak, tak perlu pun keluarkan modal yang besar untuk mengajar anak. Cukup dengan selalu “membebel” dengan anak pun boleh bantu dalam perkembangan otak anak.
Koleksi Tupperware mak ayah di dapur pun boleh jadi modal 😍
Boleh ajar anak:
– Warna
– Bentuk
– Mengira
– Susun dari besar ke kecil dan sebaliknya
– Fungsi
– Memindahkan apa-apa ke bekas yang lain dengan menggunakan pelbagai peralatan yang sedia ada seperti senduk, penyepit dll.
Kalau mak ayah ada latarbelakang dalam apa-apa bidang, jangan lupa dedahkan sahaja ilmu pengetahuan yang kita ada kepada anak. Kalau anak tanya soalan yang kita tak tahu, tanya sahaja En. Google 🤣
Jangan lupa manfaatkan teknologi yang ada dalam pembelajaran anak. Contohnya hari itu anak saya (5 tahun) berminat sungguh nak tahu kejadian siang dan malam, hujan, matahari atau kejadian alam, ada perkara yang susah nak diterangkan. Saya buka Youtube dan tonton bersama dengan anak sambil terangkan dengan bahasa mudah.
Saya paling suka ajar anak saya tentang sistem dalam badan dan kaitkan dengan pemakanan sihat, sistem pembuangan atau sistem penafasan sambil beri pendedahan bahaya tercekik atau terjerut leher. Anak ingat tak ingat belakang cerita, yang penting kita ada usaha untuk bantu rangsang perkembangan anak 💪
Jadi, jomlah kita hari-hari rangsang kognitif anak tanpa stress. Terima kasih, silakan SHARE sekiranya bermanfaat 😘
Kredit:Maryam Jamadi, Pediatric Occupational Therapist
BEYOND Home Therapy , Selayang
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Banyak Bertanya Tu Cara Anak Bina Kemahiran Pemikiran & Kekuatan Minda, Mak Ayah Jangan Pula Serik Nak Jawab
Adik jom mandi! Kenapa kena mandi? Sebab badan adik dah kotor, seharian dah ke sana ke mari. Macam mana badan boleh kotor mama? terkadang tertekan mama melayan soalan-soalan si kecil yang tidak berkesudahan? Tak tahu apa yang patut anda respon, marah atau terus tersenyum. Namun itulah antara proses perkembangan si kecil yang baik untuk otak mereka.
Soalan Penting untuk Pembelajaran?
Apabila anak anda bertanya soalan, dia mengambil peranan aktif dalam pembelajaran sendiri. Mereka cuba untuk memikirkan bagaimana dunianya berfungsi dengan mencari maklumat. Sambil bertanya soalan, anak-anak sedang membangunkan kemahiran pemikiran kritikal yang membina kekuatan otak.
Bertanya juga merupakan satu bentuk komunikasi yang penting. Anak anda mencari maklumat daripada individu lain yang menurut mereka lebih mempunyai pengetahuan. Ia mungkin akan bertanya kepada anda, kakak atau abang mereka, ahli keluarga yang lain atau juga pengasuh mereka untuk mendapatkan maklumat yang mereka perlukan.
Kanak-kanak kecil lazimnya akan bertanya soalan apabila:
- melihat sesuatu objek atau individu yang menarik minat mereka
- Mencapai sesuatu objek atau orang
- tertumpu kepada sesuatu yang menarik
- Menyentuh sesuatu
- melihat anda dengan ekspresi muka yang kehairanan
Soalan yang sering ditanya
Jenis soalan biasanya akan berubah mengikut perkembangan mereka. Berikut adalah soalan yang biasa ditanya mengikut peringkat umur mereka:
- 21-24 bulan – suka bertanya “apa tu?”
- 25-28 bulan – bertanya dengan intonasi yang tinggi
- 26-32 bulan – suka bertanya “ kat mana atau di mana?”
- 36-40 bulan – suka bertanya “ Siapa tu?”
- 40-49 bulan – soalan kenapa, bila dan bagaimana sering menjadi pertuturan
Adakalanya ibu dan ayah buntu untuk menjawab soalan si kecil yang berterusan. Sudah tentulah ia penting untuk menjawab soalan anak-anak tapi sebaiknya elakkan menjawab secara membuta tuli kerana ia mungkin mengurangkan peluang si kecil untuk berfikir sendiri dengan sokongan daripada anda. Apa yang boleh mungkin boleh anda lakukan adalah:
- Menawarkan peluang atau pengalaman sebagai tindak balas kepada soalan si kecil. Contohnya jika si kecil terpandang objek yang menarik minat mereka, tawarkan kepada mereka untuk menyetuhnya dan rasakan pengalaman bermain dengan objek tersebut. Ia memberi peluang kepada mereka untuk terokai dan belajar tentang objek yang menarik minat mereka.
- Cadangkan satu cara baru untuk meneroka sebagai jawapan kepada soalan si kecil. Contohnya jika mereka tak tahu bagaimana untuk membuka pintu yang tertutup. Anda boleh cadangkan supaya mereka menekan butang khas untuk membuka pintu tersebut. Ia menjadi panduan untuk si kecil mendapatkan jawapan daripada persoalan mereka.
- Tanyakan soalan kepada mereka untuk menggalakkan mereka aktif berfikir untuk mendapatkan jawapan.
Anda juga boleh mencipta keadaan di mana anak-anak akan bertanya dan menunjukkan rasa ingin tahu si kecil:
- Berikan mereka objek yang menarik untuk mereka terokai. Kanak-kanak mempunyai minat semulajadi untuk belajar tentang perkara-perkara baru.
- Membaca buku bersama. Dengan membaca anda boleh berkongsi banyak idea dan berpeluang bertanya soalan tentang buku yang dibaca.
- Bertanya soalan kepada mereka adalah salah satu cara berkomunikasi dengan berkesan. Kanak-kanak biasanya akan bertanya untuk mendapatkan maklumat atau jawapan daripada seseorang yang mereka percaya.
- Lakukan aktiviti yang menggalakkan kanak-kanak berfikir bagaimana dan kenapa sesuatu perkara itu berlaku. Aktiviti seperti bermain pasir dan bermain air, membuat kraf dan bermain muzik memberi kanak-kanak peluang untuk berfikir dan meneroka apa objek atau alat tersebut boleh lakukan. Proses penemuan boleh merangsang banyak soalan baru.
Apa sahaja soalan si kecil, ibu dan ayah haruslah cuba untuk memberikan jawapan yang terbaik kerana ia penting untuk perkembangan otak si kecil anda.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sekitar Umur Ini Sebenarnya Anak Bersedia Belajar. Bukan Cakap Tak Boleh!
Viral isu ibu yang share cikgu pra sekolah anaknya kata anak 5 tahunnya tak bersedia untuk belajar lagi.
Sebenarnya apa maksud bersedia untuk belajar tu? Menerusi perkongsian Terapis Cara Kerja, Puan Siti ‘Aisyah Rozalli, tahap kesediaan anak untuk berada di sekolah bergantung kepada anak tersebut.
Kita pecahkan kepada 5 ASPEK:
1. SIFAT INTERPERSONAL TINGGI PADA ANAK
Ada anak yang umur 4 tahun, kita tinggalkan kat sekolah, menyeringai kegembiraan sebab memang suka berkawan.
Interpersonal intelligence mereka tinggi. Mereka memang sifatnya suka berkawan. Jadi, anak jenis ni, sekejap je dia boleh adapt kat sekolah ni.
2. TAHAP KERESAHAN ANAK TINGGI
Ada anak, yang dia jenis senang gelisah kalau mak dia takde. Very attached. Bukan salah mak kalau anak dia attached. Anak jenis ni, biasanya diorang lambat warm-up sikit. Bagilah masa seminggu, 2 minggu. InshaaAllah dia boleh adapt.
3. ATTENTION SPAN ANAK
Anak umur 5 tahun, secara average dia boleh bagi perhatian dalam 10 – 25 minit je. Itupun kalau subjek tu dia suka, dan dia dah ada kesediaan untuk belajar dalam jangka masa yang panjang.
4. CARA GURU MENDEKATI ANAK
Anak tu menangis ke, tak menangis ke. Kalau dah namanya pra sekolah. Memang kita kena guna out-of-pencil-paper strategies kalau 2 minggu pertama tu. Bagi anak relax dan rasa selesa kat sekolah.
Lepas tu, kalau anak tu menangis, guru kena tenang. Kalau guru pun tinggi suara, lagi tinggi tahap keresahan anak, lagi tinggi tahap keresahan guru, maka jadilah konflik antara anak dan guru, dan mak ayah yang kena hadap.
Percayalah. Saya dah banyak kali jumpa, pelajar yang guru A kata dia tak bersedia lagi, tapi guru B kata dia dah bersedia… Hmm…
5. KEMAHIRAN SEDIA ADA ANAK
Tak boleh nak salahkan guru 100 peratus tau. Apa kemahiran yang kita dah sediakan pada anak sebelum mula masuk sekolah pun akan mempengaruhi.
Ibu dah bercerita tak pada anak tentang sekolah, sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum mula sekolah. Ibu dah mula biasakan anak dengan aktiviti yang mungkin akan dilakukan di sekolah ke tak 6 bulan sebelum mula sekolah. Ini semua akan bantu tingkatkan survival skills anak.
Anak usia 5 tahun ni, memang kalau ikut pola perkembangan, kebanyakan mereka dah boleh terima. Kita bagi masa 2-3 minggu, mereka mesti boleh terima. Tapi, bagi masa 4 hari tu, memang tak adil lah untuk anak tersebut kan.
Tapi tapi tapi, take note tau…Ada anak yang akan ambil masa lebih lama untuk relax. Bergantung tahap keresahan dia. Paling lama dalam 3-4 bulan. Kalau lebih dari tu, biasanya kita akan suggest parents untuk dapat kan cadangan pakar. Kenapa anak susah nak adapt tu.
Kredit: Siti ‘Aisyah Rozalli
Dah tak ada idea nak masakkan apa untuk anak, semua dia tolak. Tak tahulah di mana silapnya padahal dah cuba macam-macam resipi. Untuk mommies yang ada masalah anak susah makan, jom segera dapatkan e-book 100++ Resipi Si Manja & Tip Untuk Mama!
Hanya RM20, memang berbaloi dengan pelbagai resipi menarik serta info pemakanan anak. Klik saja https://toko.ideaktiv.com/product/e-book-resipiselerasimanja/ untuk dapatkan e-book istimewa ini!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI