Buat sendiri mainan anak baru puas hati. Anak pun mesti suka sebab ibu ayah yang buat. Boleh jimat belanja!
Membuat mainan anak sendiri dengan cara DIY memang menjimatkan. Lebih istimewa, ada sentuhan sendiri daripada ibu bapa. Ibu ini, Puan Nur Basirah berkongsikan projek DIY dapur memasak mainan yang dibuat bersama suaminya sebagai hadiah ulang tahun kelahiran anaknya yang ke-2.
DAPUR KOTAK
Demi memberi sesuatu kelainan untuk anak dara ciqya ini ciqya terfikir untuk buat kan dapur kotak ini untuk dia !
Sempena birthday dia yang dah cukup 2 tahun.
Bukan senang wey nak buat kena sabar.
Nota tangan : terima kasih kat ketua kelas waktu sekolah dulu. Kalau tak bukan dia kerja 99. susah nak dapat kotak elok dan takde la dapur kotak untuk fatima. Minta 3 kotak je di bagi nya 10
HASIL KEGIGIHAN SELAMA 3 HARI
Puan Nur Basirah yang dihubungi Pa&Ma juga menyatakan yang sebenarnya projek ini boleh siap dalam masa sehari tetapi disebabkan dia tidak boleh menumpukan 100% masa dan hanya boleh buat selepas anak kecilnya tidur, ia memakan masa 3 hari. Katanya lagi, dia jadi bersemangat apabila suaminya juga turut membantu.
ANAK GEMBIRA TERIMA HADIAH ISTIMEWA HASIL TANGAN IBU & AYAH
Si kecil, Nur Fatima Az’zahra yang menyambut ulangtahun hari lahirnya pada 3 Oktober yang lalu.
“Kali pertama masa dalam proses nak siap tu dia nampak mmg reaksi dia teruja sangat. Siap cakap “wahh” sambil senyum2 malu. Anak saya baru 2 tahun,” kata Nur Basirah.
Sumber: Puan Nur Basirah