Wow! German Cookies. Walaupun namanya agak moden tetapi bagi mama yang nak cuba buat sebenarnya tak susah pun.
Biskut ni lebih kurang rasanya macam samperit susu juga menggunakan bahan yang mudah dan langkah membuatnya pun senang. Yang penting setiap kunyahan itu boleh buatkan ia cair di mulut dan ranggup.
ARTIKEL RESIPI MENARIK [Cuba Dumpling Soup Homemade Di Rumah Dengan Kos RM9 Sahaja, Awesome!]
Jom cuba resepi German Cookies yang simple dan sedap hasil air tangan MariaKhalisya Khalis ini.
RESEPI GERMAN COOKIES
Mood rajin hari ni saya buat Germany Cookies untuk anak-anak kudap-kudap. Biskut ni paling senang, anak suka sangat. Sedap katanya, cair di mulut!
Kos nak buat pun tak sampai RM10 sebab saya pakai butter jenama Econsave je.
Lagipun biskut ni taklah manis sangat, lebih kepada rasa butter. Kenalah dengan citarasa kami anak-beranak.
Bahan-bahan:
Bahan asasnya cuma 5 bahan ni saja:
1 buku butter 250g (saya guna jenama Econsave je*)
1 paket tepung kentang 350g
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula aising
Esen vanila (1 penutup vanila tu)
Garam secubit
*Terpulang kalau nak guna butter yang mahal mungkin lagi sedap dan wangi. Tapi kalau guna Buttercup pun lagi ok.
Cara-caranya:
Mula-mula putar butter dan gula aising. Saya putar guna mixer.
Kalau tak ada mixer, boleh juga pukul butter dan gula aising dalam mangkuk pengadun menggunakan senduk. Pukul hingga gebu dan ringan.
2. MASUKKAN TEPUNG
Seterusnya ayakkan tepung kentang dan tepung gandum.
Kemudian masukkan ke dalam adunan. Gaulkan hingga mendapat doh yang lembut.
3. SIMPAN ADUNAN DALAM PETI SEJUK
Doh ni memang agak lembek ya. So kita simpan dalam peti sejuk kejap, lebih kurang 20 minit baru bentukkan nanti.
4. BENTUKKAN
Selepas 20 minit, keluarkan dari peti sejuk dan dohnya akan keras sikit.
Bolehlah kita buat saiz bulat-bulat ikut saiz yang kita suka. Bulat tu jangan besar sangat, bagus sekali bite je.
RESIPI WAJIB CUBA [Baby Cakoi Cicah Sos Pandan Kastard. Makan Panas-Panas Memang Terangkat!]
Tekan sikit guna jari dan ambil garfu untuk buat corak di atasnya tu.
Nak letak chocolate rice, chocolate drizzle, atau sebarang hiasan terpulanglah ya. Saya bubuh gula warna-warni ni je.
5. BAKAR
Akhir sekali, bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit. (Ikut saiz dan oven masing-masing, kalau besar boleh bakar lama sikit.)
Dulang tak perlu sapu apa-apa sebab tak melekat. Bila dah bakar nanti biar sejuk baru angkat biskutnya ya. Ok siap…
Lepas ni boleh cari siap-siap bahannya dan sempatlah kalau nak buat untuk makan raya nanti. Selamat mencuba!
Kredit: MariaKhalisya Khalis