Lain dari yang lain! Itulah yang boleh diperkatakan mengenai tema pakaian yang dipilih untuk diketengahkan seorang kanak-kanak ketika sambutan Hari Merdeka di sekolahnya baru-baru ini.
Lain dari kebiasaan, anak kecil ini memilih sut Angkawasan yang dihasilkan sendiri oleh ayahnya. Bukan biasa-biasa bahkan sut yang kelihatan seolah-olah terapung ini disiapkan sendiri oleh ayahnya.
Melalui perkongsian satu akaun Tik Tok, @iwan.jay, gaya anak kecil ini ternyata cukup hebat malah menerima pujian ramai.
“Orang lain semua princess-princess baju merdekanya.
“Tapi untuk kakak kita buat lain sikit. Tapi penat jugaklah nak buatnya. Haha,” tulisnya dikapsyen.
Ads
Tidak hanya memperlihatkan gaya anak kecil itu ketika beraksi di sekolah, bahkan langkah demi langkah ketika membuat sut hebat itu turut dikongsikan menerusi video yang sama.
Memang gigih namun hasilnya cukup luar biasa malah lain dari yang lain. Sut angkawasan yang dibuat seolah-olah terapung di angkasa lepas ini membolehkan ia terlihat cukup unik.
Dalam pada itu, meninjau di ruangan komen, rata-rata hasil usaha luar biasa dari bapa ini turut mendapat pujian ramai malah memuji hasil kreatifnya yang cukup hebat.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menetapkan 24 Jun ini sebagai tarikh pembukaan sekolah melibatkan murid kelas peperiksaan awam iaitu SPM, SVM, STPM dan STAM serta peperiksaan antarabangsa yang setara bagi seluruh negara.
Menurut Menteri Kanan Pendidikan, Dr Mohd Radzi Md Jidin, pembukaan semula itu melibatkan 500,444 orang pelajar dari 2,440 buah sekolah murid kelas peperiksaan awam dan peperiksaan antarabangsa yang setara seluruh negara.
“Untuk makluman semua, setelah mengambil kira pandangan dan nasihat KKM dan MKN, KPM telah menetapkan bahawa tarikh pembukaan semula sekolah untuk murid kelas peperiksaan awam iaitu SPM, SVM, STPM dan STAM serta peperiksaan antarabangsa yang setara bagi seluruh negara adalah pada hari Rabu, 24 Jun 2020,” jelas Radzi dalam sidang media di Putrajaya pada Rabu.
Ujarnya, Kementerian Pendidikan Malaysia akan mengumumkan pembukaan sekolah secara berperingkat dari semasa ke semasa.
“Buat masa ini, pembelajaran di rumah akan diteruskan. Memandangkan guru-guru telah kembali ke sekolah, pendekatan pengajaran dan pembelajaran boleh dipelbagaikan dengan akses kepada kemudahan-kemudahan yang ada di sekolah.
“Kami di Kementerian Pendidikan amat berharap agar pembukaan semula sekolah mulai 24 Jun 2020 ini berjalan lancar bagi membolehkan anak-anak dapat meneruskan persekolahan dalam keadaan selamat.
“Apa yang penting kita semua perlu terus patuh kepada arahan dan saranan Kerajaan. Sama-sama kita doakan agar keadaan akan pulih sepenuhnya dan semua murid akan dapat kembali ke sekolah,” tambahnya.
Untuk pemahaman yang lebih mudah, berikut disenaraikan rumusan dari sidang media yang diadakan sebentar tadi:
SEKOLAH BAKAL DIBUKA:
1. Kelas peperiksaan: 24 Jun 2020 (RABU) 2. Selain dari itu: TUNGGU KEPUTUSAN KPM!! (Sementara tu, kelas online diteruskan)
Kelas yang bakal dibuka: Kelas-kelas peperiksaaan awam, SPM, svm, STPM, STAM & peperiksaan antarabangsa yang setara
Keselamatan: Ibu bapa perlu memastikan anak-anak YANG SIHAT SAHAJA dihantar ke sekolah. Jika bergejala demam, batuk, selsema, sesak nafas, JANGAN HANTAR KE SEKOLAH.
Gambaran awal: 1. Guru akan periksa suhu di pintu masuk sekolah, termasuk guru-guru dan semua yang mempunyai urusan dengan sekolah. 2. Yang bersuhu 37.5 ke atas tidak dibenarkan masuk. 3. Murid perlu ikut laluan pergerakan ditetapkan. 4. Murid sentiasa diingatkan untuk cuci tangan dengan kerap. 5. Meja-meja disusun pada jarak satu meter, tak lebih 20 orang murid. 6. Waktu rehat secara berperingkat – makanan dan minuman siap dibungkus. Murid makan di kelas. 7. Ibu bapa digalakkan sediakan bekal untuk anak-anak. 8. Ibu bapa sentiasa pesan agar sentiasa jaga penjarakan sosial dan kebersihan.
Sumber: Astro Awani
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Baru-baru ini, tular satu video memaparkan seorang wanita yang meluahkan rasa tidak puas hati terhadap bantuan zakat yang diterimanya.
Luahan tersebut mencetuskan pelbagai reaksi netizen ada yang bersimpati, namun tidak kurang juga yang mengecam.
Personaliti media sosial dan doktor selebriti, Dr Say Shazril mencuri perhatian netizen apabila tampil mengulas isu ini secara terbuka video yang tular itu di TikTok.
Beliau mengambil kesempatan untuk berkongsi realiti sebenar dunia asnaf yang jarang kita dengar termasuk sikap segelintir pihak yang didakwa sudah terlalu selesa menerima bantuan saban tahun.
Menurut beliau, bilangan asnaf meningkat setiap tahun terutama di kawasan bandar.
Malah, beliau turut mendedahkan bahawa pihak MAWIP telah bekerjasama dengan sebuah pasaraya untuk menawarkan peluang pekerjaan khas kepada golongan asnaf dan peluang ini bukan biasa-biasa.
“Tak payah interview confirm dapat kerja..”
Namun begitu, menurut Dr Say, perkara yang paling mengejutkan ialah hanya kurang daripada 5 orang yang tampil untuk mendaftar pekerjaan tersebut.
Bagi Dr Say, perkara ini berlaku kerana ada segelintir golongan asnaf yang sudah terlalu selesa dengan bantuan zakat.
“Senang kata mereka kata ‘Asnaf Untuk Diwarisi’” – Dr Say
Beliau turut berkongsi contoh seorang asnaf yang telah menerima pelbagai jenis bantuan sejak tahun 2018 termasuk bantuan kewangan, menyelesaikan hutang, bantuan khas untuk anak OKU, bantuan perubatan, sewa rumah, bantuan perniagaan dan banyak lagi.
Dalam satu lagi kupasan penuh emosi, Dr Say berkata:
“Ya, saya tak berada dalam kasut akak, tapi kalau saya berada dalam kasut akak, perkara pertama saya tak akan minta pasangan saya rakam video menyatakan kekecewaan dan tidak puas hati, instead saya luahkan secara personally disaluran yang betul.”
Katanya lagi, tindakan ke dua adalah mengucapkan terima kasih atas bantuan yang diberi selama ini. Seterusnya tindakan ketiga, menasihat pasangan jangan melakukan hubungan intim sehingga hamil atau memakan pil anti hamil.
“Perkara ketiga, saya akan minta pasangan jangan pancut dalam atau saya makan pil perancang senyap-senyap yang boleh dapat percuma di klinik kesihatan.”
Tegasnya, teguran ini bukan untuk menghukum tetapi untuk menjelaskan bahawa:
“Sebab saya rasa unfair membesarkan anak dalam serba kekurangan.”
Dalam pada itu, Dr Say turut berkongsi kisah inspirasi seorang asnaf berhati mulia yang menghantar surat memohon agar bantuan dihentikan selepas berjaya bangkit dan hidup berdikari.
“Asnaf ini patut diviralkan. Asnaf bukan untuk diwarisi” – Dr Say
Meninjau di ruangan komen, pelbagai reaksi netizen yang meluahkan rasa terkejut dengan sikap setengah golongan asnaf yang tidak mahu berdikari. Malah netizen juga memuji sikap golongan asnaf yang rajin untuk bekerja.
Bakat memasak anak 10 tahun pandai memasak ini bukan calang-calang. Baru berusia 10 tahun, Muhammad Adam Mohamad Azizan sudah menunjukkan kebolehan menyediakan pelbagai hidangan di dapur tanpa perlu sentiasa dibantu oleh ibunya. Sikap rajin, berdikari dan ringan tulangnya turut mencuri perhatian ramai selepas kisahnya tular di media sosial.
Kecekapan Muhammad Adam atau mesra dipanggil Abang mula menjadi perhatian apabila rakaman gelagatnya memasak di rumah dikongsikan di media sosial sehingga mendapat pelbagai reaksi positif daripada warga maya.
Menerusi video berkenaan, kanak-kanak itu dilihat begitu rajin dan tidak kekok melakukan pelbagai kerja di dapur. Bukan sahaja cekap menyediakan makanan, malah Muhammad Adam turut mengemas serta membersihkan ruang dapur selepas selesai memasak.
Rakaman daripada kamera litar tertutup (CCTV) itu dikongsikan oleh ibunya, Siti Nur Mazni menerusi akaun TikTok miliknya. Video tersebut mengundang ribuan tontonan serta pujian daripada netizen yang kagum melihat kemahiran dimiliki pada usia yang masih muda.
Menurut Siti Nur Mazni, dia berpisah dengan bekas suaminya pada tahun 2018. Sejak itu, dia membesarkan Muhammad Adam yang merupakan anak tunggalnya.
Sebagai seorang ibu tunggal, beliau percaya anaknya sudah terbiasa melihat kesukarannya menguruskan kehidupan seharian sejak kecil. Pengalaman itu mungkin menjadi antara faktor Muhammad Adam membesar sebagai seorang anak yang bertanggungjawab, berdikari dan suka membantu.
“Anak saya bukan pandai masak 100 peratus cuma dia minat dan sudah mula menolong saya di dapur sejak umurnya lapan tahun lagi.
Mulanya bantu masak mi segera kemudian tolong saya buat puding karamel sambil dia belajar dan kebanyakan masa, anak yang tawarkan diri nak tolong di dapur.
Cuma sejak kebelakangan ini, dia sudah mula masuk dapur sendiri dan terbaru bantu sediakan hidangan ketam masak lemak iaitu lauk kesukaannya. Waktu itu saya ada kerja di ruang tamu jadi bantu dengan memantaunya menerusi CCTV,” katanya.
Tambahnya lagi dia tidak pernah memaksa Adam melakukan kerja rumah atau membantunya di dapur. Sebaliknya, Adam sendiri yang menunjukkan minat untuk belajar memasak dan menguruskan rumah.
Baginya, tidak salah mendidik anak lelaki supaya tahu memasak, membersihkan rumah dan menguruskan diri. Kemahiran seperti ini penting sebagai bekalan kehidupan, selain menghapuskan tanggapan bahawa kerja dapur hanya menjadi tanggungjawab wanita.
Pada peringkat awal, beliau mengakui berasa risau kerana bimbang anaknya cedera ketika menggunakan pisau atau berhadapan dengan api.
“Waktu awal dia beritahu nak buat kerja di dapur saya takut juga kerana risau jadi apa-apa jika misalnya cedera terkena pisau atau disambar api.
Tapi melihat minatnya, saya ajar juga benda asas seperti menggoreng telur dan memotong bahan selain ingatkan rutin cuci pinggan selepas makan.
Ada waktunya, saya sengaja usik beritahunya yang saya mahu rehat kerana masa kecil sudah melayannya macam raja… bila besar nak rasa pula dia layan saya macam raja. Sejak itu, nampak kesungguhannya di dapur,” katanya.
Menurut Siti Nur Mazni lagi, rakaman tersebut pada asalnya hanya dikongsikan sebagai kenangan peribadi. Namun, beliau tidak menyangka video itu menjadi tular dan menerima perhatian meluas daripada pengguna media sosial.
Kebanyakan warga maya meninggalkan komen yang positif serta mendoakan agar Muhammad Adam terus membesar menjadi anak yang soleh, bertanggungjawab dan berjaya dalam kehidupan.
“Sebagai ibu, tentunya saya bangga melihat anak jadi insan yang boleh diharap dan sejuk perut mengandungkannya.
Andai kata anak cenderung dalam bidang masakan nanti, saya sokong saja kerana yakin dengan kebolehannya.
Terima kasih juga kepada semua yang mendoakan anak saya dan saya berharap dia membesar dengan sihat selain berjaya di dunia juga akhirat,” katanya.
Kisah anak 10 tahun pandai memasak ini membuktikan bahawa didikan sejak kecil mampu membentuk sikap bertanggungjawab serta berdikari. Muhammad Adam bukan sahaja belajar menyediakan makanan, malah memahami kepentingan menjaga kebersihan dapur selepas memasak.
Sikap ringan tulangnya wajar dijadikan inspirasi kepada ibu bapa dalam mendidik anak-anak tanpa mengira jantina.
Nutrisi perkembangan minda anak bermula daripada pemakanan harian. Ketahui 8 makanan terbaik seperti telur, ikan berlemak, susu, avokado dan bayam yang membantu meningkatkan fokus, memori serta perkembangan otak kanak-kanak.