Wow Sedapnya Apam Susu & Apam Susu Cheese Ni, Nak Buat Pun Senang!

Share

Apam lembut dan gebu antara kuih muih yang paling sesuai untuk pelbagai peringkat usia. Baik kanak-kanak atau pun orang dewasa pastinya menyukai apam kerana rasanya yang lembut dan manis.

Bagi anak-anak yang gemarkan keju, apam susu dengan cheese ini pastinya membuatkan anak-anak begitu teruja. Apa lagi digabungkan dengan dengan susu yang manis dan berlemak. Buntu dengan juadah pencuci mulut untuk berbuka? Apam Susu dan Apam Susu Cheese yang diadun daripada satu adunan ini wajib anda cuba.


Menariknya resipi perkongsian Yna Sarina ini mampu menyediakan dua resipi apam sekaligus iaitu Apam Susu dan Apam Susu Cheese. Jom cuba!

Bahan bahan:
5 biji telur
2 sudu teh ovellet
1 1/2 sudu teh esen vanila
300 gm tepung gandum
300 gm gula halus (guna 200 gm)
250 ml santan (saya pakai santan kotak)
1 sudu teh baking powder
3 pewarna (untuk hiasan)

Panaskan kukusan. Sapu setiap acuan dengan sedikit majerin.

Saya gunakan blender. Blend gula dengan ovallate dan telur sehingga betul-betul kembang.

Kemudian masukkan santan dan esen vanilla dan blend kan. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis dan juga backing powder. Blend sehingga sebati.

Tuang dalam acuan dan corakkan mengikut kreativiti anda dengan pewarna pilihan kesukaan anda.

Kemudian, tutup permukaan acuan dengan tudung periuk dan kukus 30 minit. Gunakan api sederhana.

Bila dah masak, sejukkan sebentar sebelum dikeluarkan dari acuan.

Sedia di hidangkan.

Untuk apam susu kelihatan lebih enak, anda boleh parutkan cheese di atasnya atau buatkan cream cheese sebelum parutkan cheddar cheese.

Cara membuat cream cheese

Sedikit cream cheese tatura
Sedikit susu full cream & sedikit susu pekat
(Blend sehingga sebati)

Pastikan cream cheese anda pekat dan tidak terlalu cair.

Setelah itu, sapukan cream cheese di atas apam susu yang sudah siap tadi dan parutkan cheese.

Anak-anak pasti suka. Cuba lah!

Resipi wajib cuba: Ayam Meraung Cicah Sos Ala Thai, Bahan Perap Simple Je, Tapi Serius Sedap, Padu!

Published by
SRM