Kehidupan seorang ibu memang kelam kabut. Mana nak jaga anak, uruskan rumah. Eh, macam-macamlah! Proses untuk membesarkan anak bukanlah mudah, jadi daripada kita nak ‘jatuhkan’ teman-teman kita, apa kata kita juga kongsikan kesilapan kita? Biarkan mereka tahu, semua ibu itu pernah berbuat salah. Kita tidak sempurna.
Mewujudkan grup Whatsapp antara teman-teman ibu sangat membantu. Jangan pula berkongsi tentang bisnes dan berita-berita palsu, tetapi jadikan medium ini sebagai solusi untuk kita selesaikan masalah. Ahli di dalam grup haruslah yang positif dan saling membantu. Sebarang bentuk kecaman dan ejekan (memandang rendah) tidak dibenarkan. Semua ibu tahu bukan mudah untuk menjadi sempurna tetapi kita boleh mencuba untuk jadi yang terbaik. Sebab itulah, grup ini sangat penting untuk kita.
Anda boleh kongsikan apa saja di dalam grup ini tanpa perlu ada rasa segan. Sebagai contoh, “Anak saya ada kutu. Apa nak buat ni?”. Atau, “Hari ni aku termarahkan si Hana sebab berebutkan barang dengan adik dia. Aku terjerit pada dia. Apa aku nak buat untuk pujuk anak aku balik?”. Ibu-ibu lain boleh bantu, jangan ada sikap prejudis.
Grup ini bertujuan untuk membantu dan menenangkan. Sirami kasih sayang antara satu sama lain. Berikan kata semangat kepada teman-teman anda setiap hari. Ayuh, sama-sama bantu teman kita untuk bangkit semula. Kita semua buat salah. Tiada salahnya untuk berkongsi masalah bersama teman-teman, pastikan kita sentiasa bersama.
Jika anda teman anda yang merasakan dia mulai gagal menjadi ibu yang baik, katakan anda juga pernah melaluinya. Paling penting, fokuskan kepada istimewanya dia sebagai seorang ibu. Bersama kita perkasakan kuasa ibu-ibu. Ingat, kita tidak SEMPURNA, tetapi kita boleh jadi yang TERBAIK.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI