Diam tak diam, pelakon Yana Samsudin rupanya sedang berbadan dua dan bakal menyambut kelahiran bayi keduanya tidak lama lagi selepas disahkan hamil lapan bulan.
Berita gembira itu dikongsikan suaminya yang juga pelakon Fadzil Zahari dalam satu entri yang dimuat naik di Instagram miliknya. Malah hal itu juga disahkan oleh tuan punya badan menerusi instagram Yana sendiri.
Bakal melahirkan bayi keduanya pada bulan depan pastinya memberi satu kegembiraan buat keluarga kecil ini.
“Nak maklumkan pada kawan-kawan dan saudara semua yang isteri abang dah mengandung lapan bulan selepas tiga tahun menunggu dan usaha.
“Terima kasih kepada semua yang mendoakan. Hanya Allah yang dapat balas jasa kalian semua,” kata Fadzil di instagram.
Malah katanya lagi, isteri kesayangannya itu dijangka melahirkan anak kedua mereka pada bulan depan.
Menerusi instagram Yana pula, ibu kepada Aisy Mateen itu mengesahkan kenyataan yang dibuat suaminya itu dalam mesej cukup ringkas.
“Ya alhamdulillah.. 31 weeks dah,” kata Yana ringkas.
Malah dengan perkongsian gambarnya yang mengenakan baju jingga tanpa memperlihatkan seperti wanita mengandung itu pastinya membuatkan seluruh peminat Yana terkejut namun mengucapkan tahniah disamping mendoakan semoga kelahiran bayi keduanya dipermudahkan.
Ucapan istimewa sempena hari lahir
Pengumuman yang dibuat sempena hari lahir Yana pastinya cukup istimewa. Malah suami kesayangan Yana ini juga turut membingkiskan ucapan hari lahir buat isteri tersayang.
“Alhamdulillah, sempena hari Jumaat yang mulia ni abang nak share dan ucapkan happy birthday to my lovely wife @yanasamsudin. Terima kasih terima i seadanya, sama-sama berkongsi hidup kurang lebih dah 5 tahun, + 3 tahun sebelum kahwin dah 8 tahun berkenalan,” katanya lagi.
Di ruangan komen, rata-rata mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut yang bakal menerima kehadiran orang baharu tidak lama lagi.
Sekadar info, Fadzil dan Yana mendirikan rumah tangga pada 13 Februari 2015 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan cahaya mata pelengkap kehidupan mereka, Aisy Mateen yang kini sudah pun berusia empat tahun.
Semoga kehamilan dan proses kelahiran pelakon dan pengacara cantik ini pada bulan hadapan dipermudahkan. Tahniah!
EPISOD 6 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: ANAK BIJAK IQ, PEMAKANAN @ GENETIK
Pemakanan anak memainkan peranan penting bukan sahaja untuk tumbesaran malah untuk IQ anak-anak. Namun, adakah faktor genetik mempengaruhi perkembangan IQ mereka?
Saksikan Episod ke 6, Journey Bersama JoviaNina pada 30 September 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.
#PaMaJourneyBersamaJoviaNina #AstroRIA #MajalahPAMA
Nak macam-macam info? Jom join channel Pa&Ma D Parents Channel https://t.me/pamadparents
Menarik: Anak Pukul Orang Lain Jangan Biarkan Tunjukkan Cara Tepat Tanganinya Baru Anak Faham!