Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Dapur Lama Tak Berasap, Tengok Makanan Nak Muntah”. Hamil Kali Ini Sungguh Mencabar

Isteri kepada pelakon Saharul Ridzwan, Deena Emir yang kini sedang mengandung anak kedua berkongsi bahawa dia mengalami alahan yang teruk kali ini.
Menurut Deena atau nama sebenarnya Qaabila Deena Emir Mohamed Akif Emir, 31, dia juga sudah lama tidak ke dapur bagi menyediakan juadah kerana dirinya tidak tahan dengan bau masakan.
“Deena alah bau masakan, tengok makanan pun nak muntah.
“Dua-dua kehamilan alah pada bau goreng dan bau masakan. Lari dari dapur duduk luar rumah. Dapur dah lama tak berasap,” kongsinya di Instagram.
Artikel Berkaitan [Moga Baby Girl Kali Ni! Saharul Syukur Doanya Nak Bagi Adik Pada Ali Dimakbulkan]
Jelas Deena lagi, dalam tempoh kehamilan kali ini, badannya juga berasa kurang bertenaga berbanding ketika mengandung anak sulung.
A post shared by لا اله الا الله محمد رسول الله (@deenaemir) on
“SubhanaAllah, banyak sangat yang Deena belajar sepanjang kehamilan kedua ini. Betul-betul berbeza dengan kehamilan sebelumnya.
“Secara fizikal, badan memang agak lemah sedikit dan sebab itu mental kena kuat. Kena set di fikiran setiap apa yang jadi itu ada kebaikan,” luahnya.Sebelum ini, berita gembira mengenai kehamilannya dikongsikan Saharul pada bulan lalu.
Deena dan Saharul, 30, mendirikan rumah tangga pada 16 September 2016.
Hasil perkongsian hidup itu mereka dikurniakan cahaya mata, Muhammad Luth Ali yang kini berusia dua tahun.
Sumber: ig Deena Emir & Gempak
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!
“It’s A Boy!” Usia Kandungan Cecah Lima Bulan, Hetty Sarlene Dedah Jantina Anak Pertama

Kelahiran bayi pertama yang sememangnya dinantikan. Menanti dalam debaran, penyanyi Hetty Sarlene baru sahaja mendedahkan bakal menimang cahaya mata lelaki tidak lama lagi. Pada 14 Julai lalu, Hetty menerusi instagram miliknya mengumumkan bakal menimang cahaya mata pertama selepas empat tahun berkahwin.
Hetty yang membuat pengumuman itu menerusi instagramnya tampak amat gembira pada majlis ringkas itu sambil dikelilingi keluarga terdekat. Satu kejutan yang cukup menggembirakan.
Hetty dan suaminya, Dani Aqiil menanti cahaya mata pertama mereka selepas empat tahun berkahwin. Malah peserta Gegar Vaganza Ke 5 itu nampak cukup teruja untuk menanti kelahiran bayi pertamanya.
Its a boy” tulis Hetty ringkas di instagram, mengumumkan jantina bayinya kepada peminat.
A post shared by HETTY SARLENE OAKES (@hettysarlene_oakes) on
Ucapan tahniah daripada peminat
Dalam pada itu, di ruangan komen turut dipenuhi dengan ucapan tahniah daripada rakan artis serta peminat Hetty.
“Tahniah kepada anda berdua.”
” Alhamdulillah…dah agak dah anak lelaki. Tahniah Hetty dan suami”
” Alhamdulillah semoga dipermudahkan proses bersalin nanti”
Hetty dan suami dijangka bakal menimang bayi pertama mereka pada Januari 2021 nanti. Semoga kehamilan dipermudahkan dan selamat melahirkan kelak.
Penyanyi kelahiran Singapura itu mendirikan rumah tangga bersama suami, Daniel Oakes yang berasal dari London, England pada 23 Julai 2016.
EPISOD 2 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANNINA AKAN MENEMUI ANDA RABU INI!
Ibu dan bapa harus menyokong minat anak-anak. Kerana dari minat itu, ianya akan menyokong tumbesaran anak serta menggalakkan dan mendidik anak-anak membuat perkara yang mereka suka.
Episod kali ini akan membincangkan tentang hobi dan minat anak-anak. Saksikan episod kedua dengan topik Hobi Anak Alaf Baru di Journey Bersama Jovianina pada 2 September Ogos 2020, jam 9 malam.
#PaMaJourneyBersamaJovianNina #AstroRIA #MajalahPAMA
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!
Ibu Mengandung Yang Makan Kicap Kulit Anak Jadi Gelap? Mitos Atau Fakta

Bayi yang memiliki kulit gelap dikatakan terjadi disebabkan oleh ibu makan kicap ketika mengandung. Maka ramailah ibu-ibu mengandung yang tidak makan kicap ketika mengandung kerana bimbang anak yang dilahirkan berkulit gelap. Namun sejauh manakah kebenaran tentang perkara ini?
Masalahnya, benarkah makan kicap, anak yang dikandung itu kulitnya boleh menjadi gelap macam kicap itu? Tapi digalakkan pula ibu mengandung ini minum soya banyak-banyak katanya anak boleh jadi putih ikut soya itu sedangkan kicap itu juga asalnya dari kacang soya juga.
Menurut Dr Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan Obstetrik & Ginekologi, warna makanan yang diambil tidak akan mempengaruhi warna kulit bayi. Ini kerana sistem penghadaman di dalam badan tidaklah bersambung dengan rahim. Makanan yang dimakan akan dicernakan dicemarkan di dalam sistem penghadaman dan diserap ke dalam badan.
Molekul yang sudah tercerna inilah yang akan diberikan kepada bayi melalui uri(placenta). Penggunaan molekul makanan yang tercerna tersebut tidaklah akan mempengaruhi warna kulit bayi.
Warna kulit yang gelap adalah disebabkan kehadiran kompaun melanin yang terhasil daripada sel melanocytes. Ada sesetengah orang yang mempunyai masalah dalam penghasilan sebatian ini dan kulit mereka akan kelihatan sangat putih. Bukan kulit sahaja sangat putih, rambut dan kening mereka juga akan kelihatan putih disebabkan sebatian melanin juga banyak pada bahagian tersebut. Mereka dikatakan penghidap penyakit Albino.
Kesimpulannya, warna makanan yang diambil langsung tidak ada kaitan dengan warna kulit anak yang bakal dilahirkan.
Sumber: Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak Pegawai perubatan Obstetrik & Ginekologi
Kementerian Kesihatan Malaysia
Kredit foto (top image): Freepik
Artikel berkaitan: Ibu Mengandung Boleh Ke Makan Paracetamol, Ada Kesan Tak Pada Bayi Dalam Kandungan
Ibu Mengandung Boleh Makan Durian Kecuali Yang Ada Masalah Kesihatan, Banyak Kebaikan Untuk Tubuh
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!


