Tahniah diucapkan buat Datin Lisa Surihani yang kini sah hamil anak ketiganya. Khabar gembira itu dikongsikan suaminya, Datuk Yusry Abdul Halim menerusi Instagramnya semalam.

Namun kata Yusry, dia dan Lisa tidak berniat untuk menyembunyikan kehamilan itu yang hanya diketahui oleh keluarga dan rakan rapat sahaja.

Menerusi satu petikan, Yusri juga turut mengesahkan perkara itu.

“Ya, Alhamdulillah, dua anak kami, Yahaira Leanne dan Yusof Leonne nampaknya akan dapat adik tak lama lagi.

“Semoga dipermudahkan, Saya harap semua mendoakan yang terbaik untuk Lisa. Doa yang baik juga untuk kami panjangkan untuk semua,” kongsinya ringkas.

Malah menerusi Instagramnya lewat petang semalam, Yusri turut berkongsi perkhabaran gembira itu kepada seluruh pengikutnya.

IKLAN

“Assalamualaikum. BismillahiMasyaAllah. Selepas upload gambar sempena ulangtahun perkahwinan bersama isteri, ada beberapa yang berteka teki sama ada isteri saya mengandung.

“Pada hari ini, ada reporter mintak pengesahan. Tanpa niat ingin bersembunyi, kami cuma ambil pendekatan dengan fikiran, mungkin kali ini, “tak perlu untuk pengumuman, lambat laun, orang akan tahu juga”.

“Anugerah minhah ini tentunya kami amat bersyukur kepada Allah Azza Wa Jalla, dan ia sudah dikongsikan di kalangan keluarga dan rakan rapat,” kongsinya.

Namun bapa kepada Yahaira Leanne dan Yusof Leonne ini turut sama mendoakan pasangan lain yang berusaha untuk memperoleh zuriat.

IKLAN

“Pada masa yang sama, terdetik di hati kami, memahami ada juga yang cuba bertahun lama untuk mendapatkan zuriat. Ia bukan sesuatu yang senang yang dilalui, dan kami mendoakan mereka , moga doa mereka dimakbulkan , Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk mereka.

“Tambahan pula, dalam keadaan pandemik ini, banyak lagi masalah negara dan keluhan rakyat yang perlu dititikberatkan. Moga Allah swt melindungi kita semua. Terima kasih kepada mereka yang sudi mendoakan yang baik-baik untuk kami. Stay safe semua,”kongsinya.

Terdahulu, satu entri Yusri di Instagramnya pada awal pagi semalam mencetuskan keraguan dan pelbagai pertanyaan mengenai gambar yang dikongsikan olehnya sempena sambutan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke sembilan.

Sekeping gambar bersama yang dikongsikan Yusri menampakkan ‘baby bump’ Lisa.

IKLAN

“Happy Anniversary Sayang. 9 years on, I still feel like the luckiest man alive.
“I’m still amazed by you… everything you do & say. Always so kind, caring, loving & supporting. And our kids are so blessed to have you to call mummy. Alhamdulillah.

“Selamat Hari Kita yg ke-9,” tulisnya.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Yusry Abdul Halim (@yusryabdhalim)

Semoga kehamilan kali ketiga ini dipermudahkan hingga selamat melahirkan kelak buat Lisa.

Lisa dan Yusri mendirikan rumah tangga pada 23 Februari 2012. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dengan sepasang cahaya mata, Yahaira Leanne, 6 tahun dan Yusof Leonne, 4 tahun.

Kredit: Media Hiburan @yusriabdhalim