Tahniah diucapkan buat Datin Lisa Surihani yang kini sah hamil anak ketiganya. Khabar gembira itu dikongsikan suaminya, Datuk Yusry Abdul Halim menerusi Instagramnya semalam.
Namun kata Yusry, dia dan Lisa tidak berniat untuk menyembunyikan kehamilan itu yang hanya diketahui oleh keluarga dan rakan rapat sahaja.
Menerusi satu petikan, Yusri juga turut mengesahkan perkara itu.
"Ya, Alhamdulillah, dua anak kami, Yahaira Leanne dan Yusof Leonne nampaknya akan dapat adik tak lama lagi.
"Semoga dipermudahkan, Saya harap semua mendoakan yang terbaik untuk Lisa. Doa yang baik juga untuk kami panjangkan untuk semua," kongsinya ringkas.
Malah menerusi Instagramnya lewat petang semalam, Yusri turut berkongsi perkhabaran gembira itu kepada seluruh pengikutnya.
Ads
"Assalamualaikum. BismillahiMasyaAllah. Selepas upload gambar sempena ulangtahun perkahwinan bersama isteri, ada beberapa yang berteka teki sama ada isteri saya mengandung.
"Pada hari ini, ada reporter mintak pengesahan. Tanpa niat ingin bersembunyi, kami cuma ambil pendekatan dengan fikiran, mungkin kali ini, “tak perlu untuk pengumuman, lambat laun, orang akan tahu juga”.
"Anugerah minhah ini tentunya kami amat bersyukur kepada Allah Azza Wa Jalla, dan ia sudah dikongsikan di kalangan keluarga dan rakan rapat," kongsinya.
Namun bapa kepada Yahaira Leanne dan Yusof Leonne ini turut sama mendoakan pasangan lain yang berusaha untuk memperoleh zuriat.
Ads
"Pada masa yang sama, terdetik di hati kami, memahami ada juga yang cuba bertahun lama untuk mendapatkan zuriat. Ia bukan sesuatu yang senang yang dilalui, dan kami mendoakan mereka , moga doa mereka dimakbulkan , Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk mereka.
"Tambahan pula, dalam keadaan pandemik ini, banyak lagi masalah negara dan keluhan rakyat yang perlu dititikberatkan. Moga Allah swt melindungi kita semua. Terima kasih kepada mereka yang sudi mendoakan yang baik-baik untuk kami. Stay safe semua,"kongsinya.
Terdahulu, satu entri Yusri di Instagramnya pada awal pagi semalam mencetuskan keraguan dan pelbagai pertanyaan mengenai gambar yang dikongsikan olehnya sempena sambutan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke sembilan.
Sekeping gambar bersama yang dikongsikan Yusri menampakkan 'baby bump' Lisa.
Ads
"Happy Anniversary Sayang. 9 years on, I still feel like the luckiest man alive.
"I’m still amazed by you… everything you do & say. Always so kind, caring, loving & supporting. And our kids are so blessed to have you to call mummy. Alhamdulillah.
"Selamat Hari Kita yg ke-9," tulisnya.
**media[343145,343147]**
Semoga kehamilan kali ketiga ini dipermudahkan hingga selamat melahirkan kelak buat Lisa.
Lisa dan Yusri mendirikan rumah tangga pada 23 Februari 2012. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dengan sepasang cahaya mata, Yahaira Leanne, 6 tahun dan Yusof Leonne, 4 tahun.
Kredit: Media Hiburan @yusriabdhalim
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tiada rezeki untuk menimang cahaya mata pertama, penyanyi Najwa Latif mengalami keguguran dikala usia kandungannya yang baru mencecah lima minggu.
Najwa atau nama sebenarnya Imratul Najwa Abdul Latif, 29, bersyukur diberi kesempatan merasai pengalaman hamil selama lima minggu.
“Saya mengalami keguguran. Sejujurnya, saya tidak bercadang untuk berkongsi perkara ini kerana merasakan hal ia sangat peribadi untuk saya dan suami.
“Alhamdulillah. Allah bagi pinjam lima minggu tapi jumpa awak bila saya dapat jumpa awak nanti,” ulasnya lagi.
Tambah Najwa lagi yang kini menggalas tanggungjawab sebagai pensyarah di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dia menghargai setiap doa serta sokongan ramai.
“Saya hanya ingin beritahu kepada semua, saya benar-benar minta maaf kerana saya tidak boleh bercakap dengan sesiapa sekarang.
“Tetapi saya sangat menghargai semua kata-kata baik anda. Terima kasih kerana memikirkan saya semasa waktu yang sukar ini.
“Jika boleh, izinkan kami bersedih dalam diam. Simpanlah kami dalam doamu. Semoga semua fikiran dan doa anda dikembalikan kepada anda juga,” katanya.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga di Batu Pahat, Johor pada 11 November 2022.
Keinginan makan makanan yang pelbagai sering terjadi ketika kehamilan. Macam-macam yang diidamkan kadang ada yang tak tercapai dek akal. Tapi itu adalah kebiasaan bagi wanita hamil. Selagi ia merupakan makanan pasti suami akan cuba realisasi apa yang diinginkan isteri yang sedang mengandung.
Walaubagaimanapun, dalam keghairahan memenuhi segala permintaan bakal ibu, ada juga makanan yang perlu dielakkan ketika mengandung.
Dalam satu perkongsian yang dibuat oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad menerusi akaun Facebook miliknya, menurut doktor tersebut wanita hamil perlu mengelak organ dalaman haiwan terutamanya dalam pemakanan. Hati ayam atau lembu salah satu makanan yang kaya dengan dos Vitamin A yang perlu dielakkan makan ketika kehamilan.
Berikut apa yang dikongsikan oleh beliau:
WANITA HAMIL PERLU MENGELAKKAN MENGAMBIL PRODUK HAIWAN TERUTAMA HATI DALAM PEMAKANAN
Bagi wanita hamil, saya mencadangkan bagi mengelakkan dari mengambil hati haiwan seperti hati lembu dan hati ayam dalam menu makanan. Ini kerana terdapat banyak dos vitamin A di dalamnya. Dos vitamin A yang berlebihan akan menggangu perkembangan bayi dalam rahim.
Tidak Perlu Ambil Makanan Kaya Vitamin A Setiap Hari
Perkataan vitamin A merujuk kepada dua jenis nutrien iaitu retinol (atau juga dipanggil retinoids), dan provitamin A carotenoid. Retinol (atau retinoid) terdapat dalam menu yang berasakan haiwan seperti telur , susu, dan hati. Ia boleh digunakan secara langsung oleh tubuh. Sementara carotenoid pula banyak terdapat pada buah-buahan dan sayur-sayuran. Ia harus ditukar dahulu kepada vitamin A oleh tubuh sebelum dapat digunakan.
Bagi wanita hamil, keperluan vitamin A yang disyorkan ialah 750 mg (2,500 IU ) dalam sehari. Seorang wanita yang hamil tidak perlu mengambil jumlah vitamin A yang disyorkan setiap hari. Ia hanyalah jumlah purata yang boleh diambil untuk beberapa hari atau dalam seminggu. Ini kerana vitamin A adalah vitamin yang tidak larut air dan akan kekal dalam tubuh untuk beberapa hari.
Pengambilan Vitamin A yang banyak boleh sebabkan kecacatan pada bayi
Oleh kerana menu pemakanan kita banyak terdapat daging merah, tenusu, ikan, dan telur, juga sayur-sayuran yang mempunyai banyak vitamin A, maka wanita yang hamil harus berhati-hati supaya tidak mengambil terlalu banyak vitamin A. Pengambilan vitamin A yang banyak dari sumber produk haiwan, boleh menyebabkan kecacatan pada bayi dalam rahim.
Namun harus difahami, vitamin A yang berbentuk carotenoids pada buah-buahan dan sayur-sayuran boleh diambil sebanyak mana yang disukai kerana sifatnya tidak bertindak terus kepada tubuh. Pengambilan vitamin A sebanyak 10,000 IU adalah pengambilan vitamin A yang maksima dibenarkan.
Oleh itu saya menasihatkan ibu yang hamil agar berhati-hati apabila mengambil suplemen vitamin tambahan, apabila telah mengambil menu produk haiwan dalam makanan. Pastikan dos yang diambil tidak berlebihan.
Ibu yang sedang mengalami masalah uri di bawah atau plasenta previa memerlukan rehat yang secukupnya. Tidur yang cukup antara yang disyorkan. Pun begitu jom ketahui, posisi tidur bagaimana yang disyorkan untuk ibu hamil dengan plasenta previa.
Plasenta atau uri adalah satu struktur yang berkembang di dalam rahim sepanjang tempoh kehamilan berlangsung. Plasenta ini bersambung dengan bayi melalui tali pusat.
Uri berfungsi membekalkan oksigen dan nutrisi selain mengeluarkan bahan buangan daripada bayi dalam kandungan.
Dalam kebanyakan kehamilan, plasenta akan melekat pada bahagian atas atau sisi rahim.
Manakala situasi uri bawah pula berlaku apabila plasenta menutup sebahagian atau keseluruhan serviks ibu – merupakan saluran keluar untuk rahim.
Jenis-jenis uri bawah:
Previa lengkap – Bukaan serviks ditutup sepenuhnya
Previa separa – Sebahagian daripada serviks ditutup dengan uri
Previa sisi – Memanjang hanya ke tepi serviks
Bagi wanita dengan isu mengandung uri bawah, anda mungkin akan mengalami pendarahan sepanjang kehamilan dan juga semasa bersalin.
Doktor biasanya akan menyarankan untuk anda mengelakkan aktiviti yang mungkin menyebabkan kontraksi seperti melakukan hubungan seks atau menggunakan tampon.
Di samping itu, anda juga akan dinasihatkan untuk tidak melakukan aktiviti yang boleh meningkatkan risiko pendarahan seperti berlari, mencangkung dan melompat.
Jika keadaan plasenta previa ini tidak sembuh, anda mungkin akan bersalin melalui pembedahan.
Risiko komplikasi uri bawah
Terdapat beberapa risiko komplikasi serius yang boleh berlaku kepada wanita hamil dengan masalah plasenta previa ini, antaranya:
* Pendarahan utama atau hemorrhage kepada ibu
* Kejutan akibat kehilangan darah
* Tekanan pada janin akibat kekurangan oksigen
* Kelahiran pramatang
* Risiko kesihatan kepada bayi – jika dilahirkan pramatang
* Bersalin caesarean kecemasan
* Histerektomi (buang rahim) – jika plasenta gagal keluar daripada lapisan rahim
* Kehilangan darah pada bayi
* Spektrum plasenta akreta – plasenta tumbuh ke dalam atau melalui dinding rahim. Risiko pendarahan yang tinggi semasa mengandung atau semasa dan selepas bersalin
* Kematian
Posisi tidur ibu hamil
Berikut antara posisi yang disarankan buat wanita hamil dengan masalah uri bawah:
1. Berbaring mengiring
Wanita hamil dengan plasenta previa sangat dinasihatkan untuk tidur berbaring mengiring ke kiri. Kedudukan dipercayai dapat mengurangkan tekanan pada rahim supaya aliran darah dan nutrien untuk janin serta plasenta lebih lancar. Di samping itu, mengiring ke kiri tidak akan memberi tekanan kepada jantung.
2. Tidur dengan sokongan
Satu lagi posisi tidur untuk wanita hamil dengan plasenta previa ialah berbaring dengan meletakkan bantal sebagai sokongan.
Letakkan beberapa bantal di kepala dan belakang badan supaya kedudukannya seperti separuh duduk. kedudukan ini boleh membuatkan ibu hamil berasa lebih selesa.
Bukan itu sahaja, posisi separuh duduk juga boleh mengurangkan risiko mengalami pedih ulu hati pada waktu malam.
Menjelang hari raya yang bakal disambut tidak berapa hari lagi, pasti ada diantara kita yang melapangkan masa untuk mencuba buat kuih raya bersama anak-anak di rumah.