Jari terkulai dihempap kerusi adalah pengalaman pahit ibu ini. Perkongsiannya ini diharapkan boleh dijadikan pengajaran kepada ibu bapa yang lain agar sentiasa memerhatikan anak yang sedang menerokai mengenal dunia.
Kejadian tidak terduga adakala nya boleh berlaku. Perkara yang di luar jangkaan memang tidak terfikir akan menimpa anak dan ahli keluarga. Kanak-kanak memang suka meneroka dan selalunya pada ibu ia akan baik-baik sahaja.
Kisah yang dikongsikan oleh Puan Hani Syahirah ini elok dijadikan pengajaran buat ibu bapa yang lain. Anaknya, Irsa telah mengalami kecederaan pada jari kerana dihempap kerusi. Jari manis anak kecil ini cedera teruk dan seolah-olah seperti isi buah anggur yang dipicit keluar!
Ia memang berlaku di luar jangkaan namun Allah memberikan kesembuhan kepada jari si kecil ini walau pun pada awalnya doktor memberikan kata dua yang mengatakan jari yang terbabit berisiko untuk menjadi kehitaman, mati dan terputus sendiri. Apa yang perlu diambil pengajaran daripada kisah ibu ini ialah jangan biarkan anak-anak bermain dengan kerusi sendirian. Jangan ambil mudah.
Berikut ialah perkongsian Puan Hani Syahirah;
Nak share kisah sebenar, sgt menakutkan dan bagi pengajaran besar kepada kami, berlaku dalam family last year July. Sekarang baru berani nak share. Masih ingat lagi masa tu tengah masak kurma. Lepas letak santan Kita fokus sebab tak nak pecah minyak.
Masa tu dengar dah kerusi bunyi-bunyi. Memang Irsa our 3rd baby suka main kerusi. Ok, dalam hati, ok je tu. Jap-jap, sambil kacau kuah kurma.
KERUSI JATUH & IRSA MENANGIS
Dan dengar bunyi kerusi jatuh. Kuat. Sambil Irsa menangis. Saya terus pergi tengok.
Ya Allah..Ya Allah…Ya Allah..darah. Ingat gigi die or bibir berdarah.
JARI TERKULAI & SITUASI CEMAS
Tengok jari die terkulai..Ya Allah tercabut dah jari anak aku Ya Allah..
Saya pegang dia sambil pegang pergelangan tangan dia kuat-kuat. Cari kain, balut.
ANAK SULUNG BOLEH DIHARAP
Sambil mulut menjerit bagi arahan kat Haqq, anak sulung ambik beg letak barang kat dalam. Die ikut semua,time tu rasa syukur sangat boleh harap dah anak aku. Masa tu dia 4 tahun, Layyina masa tu 3 tahun. Dia gelak-gelak sebab tak faham lagi kot?.
DIHANTAR JIRAN BERBANGSA CINA KE HOSPITAL
Cari kunci kereta tak jumpa, call husband tak dapat-dapat..Hati naik geram dah ni, rupanya husband ada operasi. Saya sarung jubah, pakai tudung terus kunci pintu, turun pergi kat jiran, minta dia tolong hantar hospital.
Chinese, baiknya dia Ya Allah. Dia hantar kami dan siap jaga anak-anak saya sementara saya register anak. Lama jugak tu, Irsa dah berhenti nangis.
MACAM BUAH ANGGUR YANG DIPICIT
Doctor tengok dan cakap kena operation. Sebab luka besar dan hampir putus. Macam buah anggur yang dipicit, macam tu lah jari Irsa. Nasib baik tulang tak ada apa-apa.
Masa tu saya memang blame diri. Ambil mudah tak sangka sampai macam tu jadi kena hempap kerusi je.
IRSA PERLU MELALUI PEMBEDAHAN
Esoknya doktor operate Irsa. Dan kena bius penuh. sedihnya masa Tu. Tengok dia sejuk nangis dan tidur. Paling sedih doktor suruh cium dulu anak sebelum keluar. Doktor bagi kata dua sama ada jari tu akan bersambung baik atau akan hitam mati dan terputus sendiri. Saya berdoa memang tak berhenti lepas tu.
DRESSING SENDIRI DI RUMAH
Ya Allah ..Dan paling menguji kena buat dressing sendiri kat rumah.
Saya jenis masa kejadian memang jangan harap saya nak share kat FB. Memang tengok pun tak sanggup masa tu.
DARAH MENITIK
Lepas balik rumah memang macam crime scene lah darah menitik-nitik seluruh rumah. Nasib sempat dan ingat tutup api dapur gas memasak.
TRAUMA DENGAN KERUSI
Memang lepas tu setengah tahun kami makan atas lantai. Terus simpan kerusi dalam bilik. Masa malam sebelum operation memang saya nangis je tengok dia.
Dia elok ceria. Rasa bersalah sangat-sangat. Malam tu ujian kena puasakan die. Menangis nak susu, macam-macam caralah. Sepanjang malam memang tak tidur. Kesian sangat dengan dia…?
Pengajaran untuk semua, jangan biarkan anak-anak bermain dengan kerusi sendirian. Jangan ambil mudah??
Dan support husband juga penting. Apa-apa yang berlaku Alhamduliillah husband tenang dan tak pernah salahkan saya. Terima kasih abang
Sumber: Puan Hani Syahirah