“Ya Allah Dapat Seorang Anak Dah Bersyukur Sangat”. Doa Siti Elizad Di Tanah Suci

Share

Setiap wanita yang sudah berkahwin pasti inginkan cahaya mata untuk menyerikan rumah tangga, sama seperti pelakon Siti Elizad, tiada apa yang lebih berharga melainkan ingin dikurniakan zuriat.

Usia perkahwinan sudah memasuki empat tahun, sebelum ini Elizad sering berkongsi cerita bahawa dia sangat menginginkan cahaya mata.

Pernah melakukan pembedahan membuang cyst tahun lalu, Elizad harapkan impiannya untuk mendapat anak dipermudahkan.

Menerusi entri terbaru, Elizad ada memuatnaik gambarnya sedang mendukung seorang kanak-kanak perempuan berserta kepsyen yang menyentuh hati netizen. Elizad menyertakan doa agar dia dan suami dikurniakan zuriat, serta memohon orang ramai turut mendoakan untuk mereka.

Wahai Tuhanku, Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik . Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan dari hamba-Mu.

“Doakan kami punya zuriat yg sihat, cantik & sempurna ya semua, dapat sorang pun dah memadai sangat-sangat. Saya juga mendoakan buat para isteri seperti saya . Moga punya rezeki buat kita semua,” tulisnya.

Di ruangan komen, rata-rata peminatnya turut mendoakan agar Elizad dipermudahkan untuk menimang cahaya mata serta memberikan kata-kata semangat agar pelakon itu tidak berhenti berdoa. Apa pun Allah adalah sebaik-baik perancang dan jika ada rezeki Elizad insya-Allah dipermudahkannya.

Sumber: ig elizad sharifuddin

 

Published by
Wan Amy