“Ya Allah, Kaki Anakku!” Setengah Jam Mencemaskan, Kaki Kanak-Kanak  6 Tahun Tersepit Eskalator

Share

Tak dapat dibayangkan betapa cemasnya keadaan apabila anak kecil tersepit kaki di eskalator. Setengah jam pun mungkin dirasakan terlalu lama….

Dalam kejadian di sebuah pusat membeli belah di Seri Kembangan, kaki sebelah kanan seorang kanak-kanak lelaki berusia 6 tahun tersepit.

BERLAKU DI TINGKAT DUA

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Selangor, dalam kejadian yang mencemaskan ini, sepasukan anggota dan sebuah jentera dikerahkan dari Balai Bomba dan Penyelamat Serdang ke lokasi kejadian di tingkat dua di pusat beli-belah tersebut.

KAKI KANAN TERSEPIT 

“Setibanya di lokasi, anggota mendapati bahawa kaki kanan mangsa tersepit di celah eskalator tersebut,” katanya.

SETENGAH JAM MENAHAN SAKIT

Beliau menambah, kanak-kanak lelaki berkenaan terpaksa menahan kesakitan selama setengah jam sementara menunggu kakinya dikeluarkan dengan selamat. Anggota bomba berjaya mengeluarkan kakinya dengan menggunakan peralatan khas.

Kanak-kanak yang cedera diserahkan kepada pasukan perubatan dari Hospital Serdang untuk diberikan rawatan lanjut.

Sumber: Kosmo

Foto: Harian Metro No Sense Media


Setiap kehamilan berbeza dan ibu boleh terdedah kepada pelbagai masalah kesihatan seperti diabetes (kencing manis semasa hamil) dan tekanan darah tinggi. Bagi mama papa yang ingin tahu lebih lanjut mengenai kedua-dua penyakit ini, jangan lupa saksikan Pa&Ma jam 12 tengah hari 30 Mac 2019 bersama pasangan pengacara Fad & Sya. Banyak perkongsian daripada pakar & ibu bapa yang boleh dijadikan panduan. Hanya di Astro Prima & Astro Prima HD.

Published by
Azma ML