“Ya Allah Seksanya Nak Minum Air Gula!” Hamil Anak Kelima Anne Ngasri Baru Tahu Peritnya

Share

Pelakon Datin Anne Ngasri kini sudah tujuh bulan hamil anak kelima. Anne atau Nasriah Ngasri, 34, berkata dia dan suami, Datuk Mohd Sumali Reduan tidak merancang kehamilan itu namun gembira apabila diberitahu bakal menimang cahaya mata perempuan.

“Pada mulanya terkejut juga bila dapat tahu saya hamil kerana anak saya yang terakhir pun sudah masuk usia lima tahun.

“Pun begitu perasaan teruja itu ada terutamanya anak-anak kerana bakal dapat adik perempuan.

“Rasanya mungkin sekarang masa sesuai untuk timang anak lagi memandangkan empat anak saya yang lain sudah pun besar,” katanya.

Bercerita mengenai pengalaman kehamilannya kali ini, Anne berkata, ia tidak banyak beza namun mengakui gemar makan ais krim sepanjang mengandung.

Tambahnya, kehamilan kali ini juga dia pertama kali merasai pengalaman minum air gula ketika melakukan pemeriksaan bagi memastikan paras gula dalam badan berada dalam keadaan stabil.

“Ya Allah! Seksanya nak telan air gula tu… Empat kali saya hamil sebelum ini belum pernah kena minum air itu.

“Ia pengalaman baru buat saya walaupun sudah empat kali bersalin. Mengidam itu tidak ada sangat cuma saya gemar makan ais krim,” jelasnya.

Sumber: Astro Gempak

Published by
Wan Amy