Ahli keluarga kepada wanita yang koma akibat dipukul suami, Jahidah Nordin, 43, kini buntu selepas keadaan wanita itu tidak menentu selepas disahkan positif Covid-19 baru-baru ini.
Doktor maklumkan kakak perlu bantuan CPR
Adiknya, Fauziah Nordin, 40, berkata, doktor menghubunginya beberapa kali untuk memaklumkan keadaan Jahidah yang memerlukan proses bantuan pernafasan (CPR).
Menurutnya, kakaknya itu selesai menjalani tempoh kuarantin selama sembilan hari pada 6 Mac lalu dan dipindahkan semula ke wad biasa di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban.
“Kali ke berapa doktor panggil lagi nak explain (terangkan) mengenai kakak. Dengan keadaan kakak macam tu, badan makin lemah. Risiko jantung berhenti.
“Kalau terjadi keadaan lagi teruk, kami pun tak mengharapkan macam tu. Perlukan persetujuan waris untuk buat CPR. Tapi keadaan itu akan menyeksakan dia. Dia memang terlantar, banyak kesakitan yang dia lalui selama hampir setahun,” katanya yang berkongsi luahan perasaannya mengenai keadaan Jahidah.
Fauziah yang menjaga anak kakaknya, J Eshan Nufail melahirkan rasa sebak dan risau memikirkan keadaan Jahidah memandangkan wanita itu tidak boleh meluahkan kesakitannya akibat berada dalam keadaan koma.
“Ya Allah, memang saya tak nak lagi seksa kakak tapi bila fikir Nufail, sebak rasa. Tak henti mengalir air mata.
“Saya selalu fikir positif sebab mahu sedapkan hati yang kakak akan sembuh. Tapi bila fikirkan keadaan dia, sampai bila dia macam itu, hidup hanya di katil, otak rosak kekal, mungkin kalau saya di tempat kak Jahidah pun saya akan minta redakan untuk pergi. Apa yang harus aku buat ya Allah,” luahnya.
Sebelum ini Jahidah yang masih koma disahkan positif Covid-19 ketika dirawat di HTJ berikutan terdapat kes pesakit lain positif di wad sama sebelum ini.
Ads
Jahidah dikejarkan ke hospital dengan ambulans selepas tahap kesihatannya dilaporkan tidak stabil akibat demam, muntah dan nafasnya turun naik pada 21 Januari lalu.
Terdahulu, Jahidah dibenarkan pulang selepas selamat melahirkan bayi lelaki, J Eshan Nufail secara pembedahan pada 30 November 2021.
Jahidah, 43, yang merupakan seorang penjawat dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bharu selepas dipercayai dicederakan suaminya pada 4 Mei 2021.
Jahidah yang menetap di Johor Bahru koma disebabkan kecederaan parah pada kepala dengan tengkorak terpaksa dibuang akibat pendarahan selain rahang, tulang belakang serta rusuk retak dipukul suaminya yang berusia 38 tahun.
Sebagai ibu, sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat si manja. Pemakanan yang sihat dan seimbang sangat kita titikberatkan supaya anak dapat membesar dengan baik.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Adalah suatu perkara biasa bila mana ada wanita hamil berasa takut atau fobia untuk bersalin. Lebih-lebih lagi jika pernah mendengar pengalaman bersalin daripada keluarga, kawan atau melihatnya di media massa dan media sosial.
Tahukah anda perasaan takut itu akan memberi kesan tidak elok kepada proses kelahiran yang bakal berlangsung? Perasaan takut menjadi mesej dan diproses sebagai ketakutan yang amat dahsyat dan memberi kesan buruk kepada emosi ibu dan bayi dalam kandungan
1. Hormon stres terhasil
Apabila perasaan takut tidak dapat dinyahkan daripada fikiran anda, sistem pertahanan badan akan menghasilkan hormon stres catecholamine.
2. Darah dan oksigen sukar melalui plasenta
Apabila hormon catecholamine dirembeskan, saluran darah di sekitar rahim akan menjadi tegang dan sempit lalu menyukarkan pengaliran darah dan oksigen ke plasenta untuk kegunaan bayi.
3.Rahim tidak berkontraksi
Kesan buruk akibat proses ini akan menyebabkan rahim tidak dapat bekerja dalam keadaan normal. Otot di kawasan rahim tidak boleh meregang lalu mengakibatkan bukaan rahim terganggu. Kesannya, anda mungkin perlu melahirkan secara pembedahan caesarean
4. Kekurangan oksigen
Kekurangan bekalan oksigen ke kawasan rahim bermaksud kekurangan bekalan oksigen pada bayi. Lalu boleh menjadi punca risiko bayi lemas sebelum dilahirkan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Proses melahirkan seorang anak memang cukup getir untuk dilalui oleh setiap wanita. Ia bagaikan mempersiapkan diri ke medan perang dan bertarung nyawa untuk sebuah kelahiran yang cukup indah.
Arif Muhammad, Youtuber popular dari Indonesia berpeluang melihat sendiri proses bagaimana isteri tercinta melahirkan bayi lelaki mereka. Momen yang cukup berharga itu dikongsi oleh Arif Muhammad di akaun Instagram miliknya.
Dalam perkongsiannya itu, Arif berkongsi video ketika proses bersalin isterinya Dita Audina sehingga melahirkan anak lelaki yang diberi nama Muhammad Arsenio Al Arif. Dalam video tersebut, Arif berulang kali menyebut kalimah Allahuakbar sepanjang menemani isterinya melahirkan.
Kagum dengan semangat isteri
Menerusi rakaman video itu juga, Arif menyatakan rasa kagumnya terhadap isteri yang bersalin secara normal. Menurutnya isteri tercinta sedikitpun tidak menangis bermula dari bukaan pertama sehinggalah bayi mereka dilahirkan. Memang hebat!
Dalam satu posting yang lain, Arif turut memuat naik rakaman video dia mengazankan bayi lelakinya yang comel.
Perkongsian tersebut dihujani dengan ucapan tahniah oleh pengikut Arif di laman sosial. Rata-ratanya terharu melihat kesungguhan isteri Arif yang tidak putus asa dalam proses melahirkan cahaya mata.
Sesekali dapat tengok sendiri isteri melahirkan pasti jadi momen indah untuk dikenang oleh sang suami. Barulah tahu betapa besarnya pengorbanan isteri untuk melahirkan seorang khalifah ke muka bumi ni. Bila anak dah besar boleh juga pertontonkan pada mereka supaya mereka tahu akan pengorbanan ibu yang tiada galang ganti. Apapun Tahniah diucapkan buat pasangan ini!
Bukan lahirkan anak kembar tetapi ibu ini hamil anak kedua ketika mengandungkan anak sulungnya. Keadaan ini memang jarang sekali berlaku tetapi ada berlaku. Ibaratnya kelahiran ini rezeki berganda kerana dapat dua anak sekaligus.
Seorang wanita di Amerika Syarikat berkongsi bahawa dia disahkan hamil anak kedua ketika masih mengandungkan anak pertama, lapor akhbar Daily Mail.
Menurut Odalis Martinez, dia disahkan hamil anak sulungnya pada November 2020 selepas mengalami keguguran beberapa bulan sebelumnya.
Namun begitu, ketika pemeriksaan kandungan dibuat, doktor mendapati terdapat dua kantung bayi berbeza yang disenyawakan pada yang minggu sama dengan perbezaan hanya lima hari.
Fenomena yang sangat jarang berlaku ini dikenali sebagai superfetasi di mana kehamilan kedua berlaku beberapa hari atau minggu selepas kehamilan pertama.
“Mereka seperti pasangan kembar tetapi sebenarnya bukan. Namun rupa sangat mirip antara satu sama lain.
“Kebiasaannya jika orang bertanya adakah Lilo dan Imelda kembar, saya hanya mengiakan kerana enggan mengelirukan mereka,” jelasnya.
Wanita itu bersalin pada 10 Ogos 2021 dengan Lilo dilahirkan dahulu diikuti dengan Imelda.
Sebagai ibu, sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat si manja. Pemakanan yang sihat dan seimbang sangat kita titikberatkan supaya anak dapat membesar dengan baik.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!