“Ya, Isteri Hamil Lima Bulan” Umum Isteri Hamil 5 Bulan, Syafiq Farhain Bakal Jadi Bapa!

Share

Tahniah diucapkan buat penyanyi dan pelakon Syafiq Farhain yang mengesahkan isteri yang juga pengurusnya, Alia Nadia, 29, yang kini hamil lima bulan.

Kongsi Syafiq lagi, dia amat bersyukur atas kurniaan rezeki untuk menimang cahaya mata sulungnya yang dijangka lahir sekitar hujung bulan Mei dan Jun nanti.

Teruja dengan kehamilan isterinya dan tidak sabar untuk bergelar bapa, Syafiq juga turut memohon doa dari semua kehamilan isterinya dipermudahkan hingga detik bersalin.

“Ya, isteri saya hamil lima bulan. Jadi saya berharap sesiapa yang baca berita ini sama- sama mendoakan semoga anak kami dan juga isteri saya sihat dan selamat,” kongsinya.

Akui Syafiq lagi, dia kini sudah mula mempersiapkan diri untuk bergelar bapa bagi memikul tanggungjawab barunya kelak.

Malah pelantun lagu Sayang Maafkan Aku ini juga begitu teruja untuk menantikan kelahiran cahaya mata sulungnya itu pada penghujung Mei nanti.

“Insya-Allah isteri saya akan melahirkan anak kami sekitar Mei atau Jun depan. Jujurnya macam-macam saya fikir apa yang akan saya buat nanti.

“Tapi kalau tanya saya sudah bersedia atau belum, semestinya kita kena bersedia.

“Tapi saya bersyukur semuanya berjalan dengan baik dan saya juga tiada masalah alahan atau sebagainya,” katanya.

Semoga kehamilan isteri Syafiq dipermudahkan hingga detik melahirkan kelak.

Terdahulu, Syafiq dan Alia mendirikan rumah tangga pada tanggal 10 Oktober 2021.

Menarik: “Lara Lembut, Lila Lain Pulak” Dua Anak Perempuan Berbeza Karaktor, Scha & Awal Kongsi Cerita!

Anak belum lancar membaca? Belajar cara mudah nak ajar anak tanpa perlu rasa stres, daftar secara percuma di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-cepat-belajar/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Pa&Ma

Published by
SRM