Kehidupan kita ni semuanya bergantung kepada Allah. Percayalah walaupun duit yang kita ada tidaklah sebanyak orang lain, tetapi jika Allah sentiasa permudahkan urusan, semuanya berjalan lancar.
Ingatlah tak semua individu yang mempunyai wang yang banyak sebenarnya mereka tenang. Ada ketikanya mereka akan diuji. Bagi individu yang hidup dalam kesederhanaan dan dikelilingi kasih sayang ahli keluarga mereka akan sentiasa rasa bahagia.
Jangan merungut tetapi kitalah yang mampu mengubah kehidupan sendiri untuk jadi lebih baik lagi. Ingat Allah akan bantu hamba-Nya apabila kita sendiri yang sentiasa ingat pada-Nya.
1. DHUHA
Jika kita selalu buat 2 Rakaat, sekarang ubah lebih rakaat. Makin lama makin meningkat. Selepas Solat Dhuha kita perlu baca surah Al-Waqiah. Waktu DHUHA rasakan getaran kita untuk menjadi apa, contohnya jika ingin jadi JUTAWAN. Doalah jadi JUTAWAN BERKAT.
2. TAHAJJUD
Bangunlah menunaikan solat ini setiap malam. Tambahkan juga bilangan rakaat tahajjud ni. Muhasabah diri dan mintalah pertolongan Allah sebulat-bulatnya.
3. AL-QURAN
Bangun pagi jangan buka hp atau rancang nak buat apa-apa dulu, mandi dan ambil wudhuk terus baca Al-Quran & terjemahan walaupun 1 ayat.
4. ZIKIR
Ya Wahhab 40,000 kali setiap hari selama 7 hari. Jika tiada perubahan buatlah sehingga 40 hari.
5. SOLAT BERJEMAAH
Terutama lelaki. Orang lelaki juga diminta telefon ibu 1 hari 5 kali atau lebih.
6. SILATURRAHIM
Jangan memecahkan silaturrahim. Maafkan mereka yang pernah sakiti kita dengan hati yang yang lapang dan tenang.
7. BERSEDEKAH
Sedekah punyai satu power yang luar biasa. Allah gandakan 10 & boleh digandakan lagi 700 kali.
8. SOLAT AWAL WAKTU
Solatlah di awal waktu. Jika tengah susun 40 batu, tiba ke batu yang ke 39 azan berkumandang, sambunglah batu terakhir selepas solat.
9. BERGANTUNG PENUH DENGAN ALLAH
Jangan mengharapkan manusia di luar sana.
Minta sepenuh hati kepada Allah, baru usaha.
4 amalan surah setiap hari.
● Surah Yaasin – Setiap solat fardhu
● Surah Al-Waqiah – Waktu Dhuha
● Surah Ar-Rahman – Waktu Asar
● Surah Al-Mulk – Sebelum tidur
Lain-lain:
1. Minumlah air masak 3 liter sehari.
2. Jika yang perempuan mulalah pakai stokin. Sebab penyakit bermula dari kaki.
BILA SEMUA AMALAN TELAH DIBUAT, SEGALANYA AKAN BERUBAH. INSYA-ALLAH
Sumber: Nasihat Ustazah Asma’ Harun