Yana Samsudin Elak Sebut Perkataan “Takut” Depan Anak, Sanggup Eja. Tak Nak Anak Takut Tanpa Tahu Makna Sebenar

Share

Yana Samsudin berkongsi tip keibubapaan. Dalam mendidik anak tunggalnya Aisy Mateen, dia tidak sekali pun menyebut perkataan ‘takut’ supaya tidak mahu anak terikut-ikut. Malah dengan suaminya, Fadzil Zahari pun sanggup mengeja sahaja perkataan ‘takut.’

Anak Yana, Aisy Mateen, 2 tahun mengikuti Yana ke Serian, Sarawak ternyata sukakan alam semula jadi. Yana turut berkongsi bagaimana Mateen menyukai air sungai tetapi takut untuk masuk ke dalam air.

MATEEN SUKAKAN ALAM SEMULA JADI

yanasamsudin Fresh water…. .

Mateen setakat ni menunjukan minat yang tinggi terhadap alam semulajadi.. haiwan, air , gunung awan … nampak air je dari jauh dah jerit Water!!!! Air!!! Fishhhh!!!
Tapi bila suruh berendam sorang sorang dia takut.. hahaha . Kalau swimming pool baru baru ni dia berani sikit mungkin sebab air tu jernih. Adalah dia berangan nak terapung kat pool dalam.. 

JANGAN TAKUTKAN ANAK!

Sebagai ibu, Yana juga tidak gemar menggunakan perkataan ‘takut’ kepada anaknya Mateen. Katanya faktor sekeliling turut memainkan peranan walau pun ibu bapa mengelakkan daripada menggunakan perkataan itu. Takutkan anak dengan hantu, lemas dan pelbagai perkataan negatif boleh buat anak jadi takut  tapi tidak tahu apa makna sebenarnya.

Satu je nak pesan budak budak ni sebenarnya jangan kenalkan dia dengan perkataan “takut” .

Kadang kadang mak ayah tak nak sebut langsung depan anak sanggup eja, tapi orang sekeliling kita suka sebut perkataan takut, suka takut kan budak, takut hantu lah, takut lemas lah, takut itu takut ini apa sahaja perkataan negatif lah. Lama lama budak budak jadi takut tapi tak tahu takut apebendaaaa… hadoiiii.

MATEEN TAKUT-TAKUT MAU

Si kecil Mateen berminat dengan air sungai tetapi memerlukan masa untuk menyesuaikan diri. Kata Yana, itu namanya takut-takut mau!

So berbalik dengan Mateen, nak biasakan diri dia kena lah warm up dulu.. basah kan muka dia dulu, bagi dia pegang air dan celup sikit lepas tu lama lama dia ok. Dia pun dah mula tengok orang terjun terjun lama lama dia pun seronok lupa dah perasaan takut huhuhu. Tapi perasaan takut tu masih ada… hahaha normal lah… .

Ni namanya takut takut mau… .

Siapa yang kat sini sama dengan saya , tak nak sebut perkataan takut tu depan anak? Sanggup eja? Apa pendapat korang pulak? #mateendanmommy

Para peminat turut berkongsi perasaan yang sama dengan Yana dan memberikan pendapat yang bersetuju dengan tindakan Yana.

Sumber: yanasamsudin

Published by
Azma ML