Adakah asid folik hanya baik untuk kesihatan dan kesuburan wanita sahaja? Baru-baru ini berlangsungnya Webinar Aku Tak Takut Beranak oleh Pa&Ma yang telah menemu bual doktor sakit puan berkenaan kehamilan dan kelahiran. Menurut Dr Maiza, asid folik bukan hanya untuk wanita malah baik untuk lelaki.
Bagi pasangan yang bakal berkahwin dan memang plan untuk dapatkan anak secepat mungkin, selepas kahwin boleh ambil asid folik satu biji sehari. Boleh dapatkan dimana-mana farmasi, tak kisah apa brand sekalipun.
Ads
Kenapa?
Asid folik ni membantu untuk ,enghasilkan sel darah merah yang normal serta mengurangkan risiko komplikasi kehamilan, sakit jantung, strok, kanser serta Alzheimer. Ia juga membantu dalam proses penghasilan, pengubahsuaian serta fungsi DNA. Pengambilan asid folik yang secukupnya sebelum dan semasa kehamilan akan membantu melindungi bayi anda daripada pelbagai kondisi kesihatan seperti bibir sumbing, kelahiran bayi pramatang, kelahiran bayi kurang berat malahan keguguran. Nutrien ini juga sebenarnya boleh membantu meningkatkan kesuburan.
Ads
Untuk Lelaki?
Kenapa lelaki pun perlu ambil asid folik ni? Sebenarnya untuk mengurangkan kecacatan kromosom sperma dan merupakan bahan penting dalam membantu proses spermatogenesis (proses pembentukan sperma).
Ads
Sebenarnya asid folik boleh dapat dalam makanan seperti sayur-sayuran brokoli, asparagus dan bayam. Kalau buah-buahan seperti pisang, avokado dan strawberi dan banyak lagi.
Kalau anda merancang untuk mendapatkan anak, amalkan pengambilan asid folik. Tiada kesan sampingan pun jangan risau.
Kredit: Dr Maiza Tusimin, Pakar O&G
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Banyak perubahan berlaku pada badan ibu semasa mengandung dan yang paling diberi perhatian adalah kulit. Perubahan ini mungkin merisaukan kerana ia mengubah rupa paras badan ibu. Bahagian yang ketara berlaku adalah pada kulit, kuku dan juga rambut.
Walaupun nampak seakan-akan buruk, perubahan ini hanyalah bersifat sementara dan hilang selepas kelahiran dan tidak membahayakan. Bagi ibu yang risau boleh berbincang dengan doktor sekiranya perubahan ini mengubah serta mengganggu emosi.
Malah perkongsian dari Puan Amma Malik mengenai perubahan kulit dan fizikalnya semasa hamil memang memberi sedikit tekanan untuk berdepan dengan orang ramai tapi selepas bersalin semuanya dah kembali pada asal.
Dah banyak kali tulis padam tulis padam seriously taktau nak cerita macam mana.. rasa macam erghhh.. tak sanggup nak tunjuk rupa hulkkk. Hahahaha..
Dulu masa preggy kalau up cakap muka makin hitam, hidung kembang skin breakout, akan ada orang komen tak baik mengeluh la apa la bla bla bla.. masalahnya memang stres sebab orang akan tegur pergi mana pun.. Eih amma ka? Awat hitam? Laaa.. amma ka nampak hidung ja dari jauh. blablablablaa.
Bayangkan dah la time tu tengah pregnant pahamkan emosi ibu hamil ni macam mana cepat touching.
Amma tak marah orang tegur yang betul-betul dia memang terkejut tengok amma 1st time lepas pregnant. Yang amma marah ni yang jenis sengaja seronok mengata perli-perli ni. Tak ada life barangkali.Kulit muka gelap, berminyak
Kejadian ni tak jadi masa awal pregnant, awal-awal dulu amma ada alahan teruk muntah-muntah. Sampai kena warded ja dlu.. lepas trimester 1 tu la dia mula bertukar jadi bini shrek macam fiona tu..
Bila start ja episode duka ni amma dah tolak cermin tepi, langsung tak mau tengok dah.. 1st skin amma start jadi macam burn +berminyak teruk, lepas tu dia naik biji-biji kecik macam jerawat pasir tu.. serius stres sebab selama ni tak pernah nah naik jerawat.
Dah macam-macam amma buat tapi tak jadi apa.. macam tula kejadian dia bukannya makin elok tapi bertambah-tambah teruk. Ada la satu hari tu amma pergi jalan-jalan Mydin sebab teringin nak minum tea live dengan bahulu.. tengah jalan-jalan ada la terselisih dengan budak sekolah dalam 3,4 orang cam tu.. amma nak lalu so depa bagi laluan, tau dak masa tu salah sorang dari budak-budak tu cakap camni, Weii tepi-tepi bagi makcik tu lalu (aku dalam hati whattttt ???? makchikkk !!!!!) berlalu la dengan sedih dan tiba-tiba tengah jalan-jalan tu nak patah balik beli bahulu, selisih pulak dengan mak saudara belah suami.. serius wei amma tegur dia, dia blur memang macam tak kenal langsung.. bila amma tengok dia macam memang tak ingat amma, amma kata la chu ni amma ni tak kenal ka? Dia terkejut, pastu dia minta maaf sebab takut ammaa terasa hati sebab dia tak cam amma..
Banyak lagi kejadian aneh tapi tak larat nak tulis sebab 9 bulan kot macam-macam kisah ada. cerita yang mana terlintas difikiran dah la ye…
Dan masa pregnant ni bukan sahaja alah, bertukar tapi jadi macam-maca. Sampai nurse yang amma selalu p checkup tu kata amma lasak. Yala tiap kali pergi checkup ada ja cerita baru.
Masa 27 week amma kena minyak panas kt perut sebab goreng karipap, biasa la mengandung teringin nak makan tapi duk cari orang jual tak jumpa.. so beli yang frozen balik goreng sendiri.. sakit? Jangan tanya sebab banyak kot kena. Parut pun ada lagi.. Kes tu nurse tau bila checkup perut ada mengelembung air bisa.
Lepas tu tak habis kat situ ja episod duka, dia mai lagi yang baru. Masa 37 week amma kena kayap pulak kat muka dengan tengkuk (meninggalkan parut jugak wei) macam mana nak elok.
Macam Dayang Senandung
Okokok… lepas tu yang paling teruk dekat-dekat nak bersalin kejadian tu makin mengganas hitam macam dayang senandung , mak amma yang cakap, tapi dia cakap cam tu lepas dah bersalin muka makin buruk lari habis bentuk muka hidung mata kulit astaga jangan kata orang pun tak kenal.
Tengok jelah semua gambar ni. Serius please baca sambil bayangkan hampa kat tempat amma
*psttt nasib suami selalu puji comel masa tu walaupun hakikatnya dia cuma tak mau amma stres.
Tahniah diucapkan buat pelakon dan penyanyi, Nina Nadira yang mengumumkan kehamilan anak keduanya baru-baru ini.
Perkhabaran gembira itu dikongsikan sendiri oleh Nina menerusi laman Instagramnya. Malah Nina juga menzahirkan rasa syukur selepas memaklumkan dirinya kini sedang hamil lima bulan.
Bekas peserta Akademi Fantasia yang juga pengacara itu juga turut memuat naik gambar keluarga kecilnya bersama baby bump yang semakin jelas kelihatan.
“Keluarga kecil kami semakin bertambah.
“Lima bulan,” tulis Nina ringkas menerusi Instagramnya.
Nina memuat naik dua koleksi foto dengan baby bump yang jelas kelihatan ketika bercuti bersama keluarga.
Gambar percutian keluarga yang cantik itu tambah manis dengan anak pertama Nina, Nina Lilyanna Ahmad Farhan yang kini berusia hampir empat tahun mencium perut ibunya yang semakin membesar.
Dalam pada itu, rata-rata rakan selebriti dan pengikut Nina turut mengucapkan tahniah di atas kehamilan itu.
Terdahulu, Nina dan suaminya, Ahmad Farhan Rusman mendirikan rumah tangga pada tanggal 29 Julai 2017. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama, Nina Lilyanna.
Kehamilan adalah tempoh yang sangat menakjubkan bagi pasangan-pasangan yang merancang untuk memiliki anak. Anda mungkin sedar anda sedang hamil apabila anda mula sedar tentang perubahan pada tubuh.
Bagaimanapun, mempunyai simptom kehamilan bukanlah semestinya anda sedang hamil. Kadangkala anda merasa diri sedang hamil tetapi sebenarnya tidak. Mengapa? Rujuk jawapannya dibawah.
Apa yang menyebabkan kehamilan palsu?
Kehamilan palsu adalah kes yang jarang berlaku bagi lelaki atau wanita (Terkejut? Ia juga boleh muncul pada lelaki – yang sepatutnya tidak boleh hamil). Sebab yang tepat untuk kehamilan palsu adalah tidak diketahui. Tetapi doktor dan saintis beranggapan, situasi tertentu seperti trauma atau ketidakseimbangan kimia dalam tubuh boleh menyebabkan keadaan ini. Badan menyangkakan terdapat bayi dalam kandungan.
Kehamilan palsu boleh berlaku jika anda benar-benar inginkan zuriat kerana masalah ketidaksuburan, keguguran yang berulang-ulang, kehilangan anak, menopause yang bakal berlaku, masalah mental, atau keinginan untuk berumah tangga. Dalam sebahagian kes, anda mengesan beberapa simptom seperti payudara yang sakit dan membengkak atau perut membengkak. Otak anda akan menafsirkan bahawa anda sedang hamil. Hormon-hormon tertentu akan dirembes, menyebabkan berlakunya simptom-simptom kehamilan.
Keadaan perubatan tertentu jugaboleh menyebabkan kehamilan palsu berlaku. Ini termasuklah ketumbuhan di ovari atau ketidakseimbangan kimia dalam tubuh. Sesetengah wanita yang menghampiri menopaus akan mengalami masalah depresi, membuatkan mereka merasakan sedang hamil.
Sesetengah saintis menegaskan gangguan seksual, kemiskinan, kurang pendidikan, atau masalah dalam hubungan boleh juga menjadi punca kehamilan palsu.
Apakah simptom kehamilan palsu?
Anda mungkin berfikir anda sedang hamil kerana anda mengalami simptom-simptom kehamilan. Tetapi apabila ianya adalah kehamilan palsu, bayi tidak wujud. Simptom-simptom kehamilan palsu termasuklah:
-Perubahan kitaran haid. Anda mungkin terlepas satu kitaran haid atau lebih.
-Perut membengkak
-Perubahan pada rambut dan kulit. Kulit mungkin menjadi kering dan kasar.
-Penambahan berat badan. Anda mungkin bertambah berat badan walaupun mengambil makanan yang sama banyak seperti sebelumnya.
-Kerap membuang air kecil.
-Payudara membengkak, sakit dan lembik.
-Merasai pergerakan janin.
-Loya dan muntah-muntah. Simptom mungkin menjadi lebih teruk di waktu pagi ketika bangun dari tidur.
Simptom-simptom ini mungkin dirasai dalam tempoh beberapa minggu atau beberapa bulan atau mungkin juga bertahun-tahun. Dalam kes-kes tertentu, sebahagian wanita turut merasai kesakitan seperti melahirkan anak. Satu-satunya cara untuk mengetahui sekiranya anda sedang menghadapi kehamilan palsu adalah dengan melakukan ujian oleh pakar perubatan. Sekiranya anda tidak hamil, mungkin doktor akan memberi nasihat berkenaan kesihatan mental.
Kehamilan palsu adalah keadaan yang agak pelik yang boleh mengganggu emosi dan kesihatan mental anda. Jadi, sekiranya anda sedar akan perubahan pada tubuh, sila dapatkan nasihat pakar perubatan dengan kadar segera.
Sumber: Hello Doktor
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak bongsu menyusul pergi sebulan selepas isteri dan anak sulung terkorban kemalangan jalan raya. Seorang bapa sekali lagi diuji apabila anak bongsunya menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, hanya sebulan selepas kehilangan isteri dan anak sulung dalam kemalangan.