Memahami ramai yang terjejas disebabkan pandemik Covid-19, Datin Paduka Eina Azman berbesar hati untuk membantu 100 keluarga yang memerlukan bantuan.
Melalui perkongsian Eina di instagramnya, keputusan ini dibuat selepas ramai yang menghantar mesej peribadi untuk meminta bantuan daripadanya.
Memandangkan terlalu ramai yang DM Eina minta bantuan untuk keperluan harian, jadi Eina telah buat keputusan untuk tolong 100 keluarga yang betul-betul susah dan memerlukan bantuan ni. (Yang betul-betul susah ya).
Tolong DM Eina dan bagi alamat. Nanti Eina akan hantar terus barang keperluan dapur.
Bukan itu saja, Eina juga turut menjelaskan keluarga yang mendapat bantuan ini segala maklumatnya akan dirahsiakan dan tidak siapa penerima berkenaan. #janganrisausayatakkantunjukigyangdapatbantuan. Thanks
Sebelum ini, ibu kepada pasangan kembar, Karl Kareef dan Arianna Aubrey telah membantu beberapa kanak-kanak yang mengalami masalah ekzema yang teruk untuk mendapatkan rawatan pakar. Semua kos telah ditanggung olehnya dan suami.
Daripada apa yang dikongsikan Eina dia bersyukur kanak-kanak yang telah mendapat rawatan itu kini dah semakin baik dan mula menjalani kehidupan normal tanpa rasa sakit seperti sebelum ini.
Kredit: IG Eina Azman
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
PA&MA GALA MOMS yang diinspirasikan bersama CETAPHIL, sebuah program Anugerah Digital yang memberi penghargaan kepada 20 mama millennial yang bukan hanya mempunyai pengaruh yang kuat di media sosial malah memberi inspirasi buat ibu-ibu millennial di luar sana.