Perbincangan sulh bagi sebutan hadanah atau hak penjagaan anak antara penyampai radio Hot FM, Fizi Ali dan bekas isterinya, Shakilla Khoriri menemui jalan buntu kerana tiada kata sepakat.
Namun menerusi perkongsian Fizi, bapa kepada Ameena Sofia ini hanya mahu anaknya diberikan hak dan kasih sayang sama rata dari ayah dan ibunya. Tambah Fizi, dia terlalu rindukan anaknya itu selepas hampir dua bulan tidak berjumpa.
“Saya sangat-sangat rindukan anak saya. Berbulan saya tak jumpa dia. Hampir dua bulan saya tak jumpa anak saya,” kata Fizi sebak.
Tambah Fizi lagi, dia enggan mengeruhkan keadaan dengan pergi ke rumah bekas isterinya kerana masih menghormati undang-undang yang ada.
“Saya tahu lokasi semua, boleh terus pergi cari anak saya tapi saya tahu negara kita punya undang-undang.
“Bukan saya boleh terus serbu. Saya boleh didakwa sebagai menceroboh dan saya rasa itu tak perlu berlaku.
“Saya yakin semua ini boleh berbincang secara aman sebab saya sayang sangat-sangat Ameena. Jadi saya tak kisah apa orang lain nak kata pada saya,” ujarnya lagi.
Bahkan kata Fizi, dia hanya mahukan anak kesayangannya itu mendapat hak yang sama rata malah tak terkurang kasih sayang dari ibu dan ayahnya.
“Saya dah pergi sekolah dia dan cikgu tak benarkan saya berjumpa dia. Banyak lagi sebenarnya tapi saya tak boleh nak beritahu di sini.
“Yang saya tahu saya cuma nakkan hak sama rata untuk anak saya. Saya tak pernah nak merebut anak saya, yang penting dia kena dapatkan kasih sayang mak dan bapak,” kata Fizi.
Menarik: “Impian Hari Lahir Ke-45” Mahu Sambut Di Mekah, Siti Nurhaliza Bawa Anak-Anak Tunai Umrah!
Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.
Klik : https://t.me/+ocjF2NSo9pFjNTU1
https://chat.whatsapp.com/JcDPcXwwhrh4v052XOEmAG
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!