Menunaikan ibadat umrah bersama anak-anak kecil tentu bukan mudah. Tambahan pula jika ibu sedang hamil, ia tentunya mencabar. Jom ikuti tip yang dikongsikan dengan Yatt Hamzah ini.

Yatt Hamzah Kongsi  Tip Tunai Umrah Ketika Hamil Bersama Anak Kecil

Yatt yang sedang hamil 7 bulan telah berlepas mengerjakan umrah bersama suami Mohammad Zulfadhli Khiruddin dan dua anaknya, Suci Hanania Malika, 7 tahun serta Suci Humaira Iqlima, 11 bulan. Dia juga sedang menyusukan bayinya walau pun sedang hamil ketika ini.

Yatt Hamzah Kongsi  Tip Tunai Umrah Ketika Hamil Bersama Anak Kecil

Yatt Hamzah Kongsi  Tip Tunai Umrah Ketika Hamil Bersama Anak Kecil

Info yang dikongsikan boleh dijadikan panduan kepada ibu bapa yang berhajat untuk membawa si kecil bersama semasa mengerjakan ibadah umrah. Antara catatan Yatt tentang umrahnya kali ini ialah seperti berikut;

TIP 1-BERIKAN ANAK MAINAN

 

Yatt Hamzah Kongsi  Tip Tunai Umrah Ketika Hamil Bersama Anak Kecil

…..Tips buat ibu bapa yg bawa anak2 kecil spt bayi 11 bulan ni ke Umrah ;

Get them BZ with toys or ur makeup (for babygirl) or plastic cup air zam2 pun boleh!

TIP 2-SENTIASA BERSANGKA BAIK

Yatt Hamzah Kongsi  Tip Tunai Umrah Ketika Hamil Bersama Anak Kecil

IKLAN

Serius tak mudah bg ibu-ibu hamil especially yg dah masuk 3rd trimester utk travel jauh apatah lg buat ibadah Umrah dengan masih susukan bayi 11 bulan yg lasak teramat! Dulu sy tak boleh bayangkan, sekarang sy sdg alaminya..Amat mencabar!

Dengan kena angkut beg tangan sendiri, beg makanan baby dan beg sejadah! 3 beg skali angkut! Dengan dukung baby Iqlima jika dia meragam. Dengan melayan karenah Kak Nia yg kdg2 moody..Dengan melayan jemaah2 Malaysia, Brunei Singapore nak selfie lg! Hehehe..

Macam penat macam susah kan..Percayalah bila saya kata, semua jadi mudah di sini! Wallahi Allah bantu sgt2 bila berada di sini!

Akan ada saja bantuan yg dtg..Ramai yg offer nak bawa beglah, nak dukung anaklah..Ruang solat akan mudah terbuka walaupun dah bersesak dlm Masjid dg jemaah dr 1 dunia. Tapi Allah Maha Besar..Allah Maha Baik..Bersangka baik dan bergantunglah hanya pada Dia. Banyak2 doa, MAKBUL in shaa Allah!

So ibu2 dan bakal2 ibu, DON’T WORRY, BE HAPPY je di Tanah Suci Mekah & Madinah sbb doa dan usaha wanita hamil power di sini..Malaikat mendoakan setiap saat, Allah makbulkan setiap permintaan..Percayalah

TIP 3-SEDIAKAN KEPERLUAN IKUT CUACA SEMASA

Yatt Hamzah Kongsi  Tip Tunai Umrah Ketika Hamil Bersama Anak Kecil

Madinah sejuk sangat 7-15 darjah Celcius sampai terpakse pinjam bulu beruang utk lil Mujahidah kenit @sucihumairaiqlima

Tips umrah bulan 12 (cuaca sejuk) : MESTI BAWA UTK BABY ; baju sejuk, minyak panas (yuyi, balm hangat, etc), vaselin petrol jelly, minyak bayi, losyen, sunblock.

IKLAN

TIP 4-MANFAATKAN KEBAIKAN AIR ZAMZAM

Yatt Hamzah Kongsi  Tip Tunai Umrah Ketika Hamil Bersama Anak Kecil

Air zamzam bagus sbb

  1. Memberikan kekuatan energi kpd saya sbg ibu hamil
  2. Menghilangkan rasa letih
  3. Memperbaiki mood ibu hamil
  4. Membanyakkan susu ibu
  5. Mengenyangkan bukan saja menghilangkan dahaga.

TIP 5-SEGERA PENUHI KEPERLUAN ANAK UNTUK ELAK AMUKAN

Yatt Hamzah Kongsi  Tip Tunai Umrah Ketika Hamil Bersama Anak Kecil

Bila baby @sucihumairaiqlima mula menangis di Masjidil Haram ni, Bonda dia pun ikut sama. Ketahuilah ibu-ibu, bayi mu menangis hanya kerana 4 sebab!

  • Nak tidur
  • 2- Lampin penuh
  • 3- Sakit perut
  • 4- Nak susu

So fahamilah anak2 mu wahai ibu, bagilah apa anak-anak mu nak..Dan bagilah cepat2 kalau tak nak depa ni melalak lebih lama. Kalau nak tidur lekas dodoi kasi lelap, kalau lampin basah penuh lekas salinkan, kalau sakit perut lekas sapu minyak hangat & urut2 bg selesa, kalau lapar lekas susukan! Di mana sahaja, bila2 masa! Sebab tu kena sentiasa pakai BF friendly tudung especially masa travel, tak sempat dah nak keluarkan nursing cover bagai kalau dah dok kalut dg macam2 beg! Jadilah ibu bijak, barulah anak2 pun ikut jejak..Haa, amacam, ibu2 ada berani?

TIP 6-TIP RAWAT KULIT KERING

Yatt Hamzah Kongsi  Tip Tunai Umrah Ketika Hamil Bersama Anak Kecil

IKLAN

Di Mekah memang cuaca panas sikit, mengeringkan kulit sehingga bibir, kulit muka, tangan saya jadi menggelupas teruk dan kaki jadi merekah dan gatal2. So saya pakai vaseline, aloe vera gel, cc cream & lip balm. Paling penting dan berkesan adalah minum air zam-zam banyak-banyak dan sapukan di seluruh muka dan tempat2 yg kering dan merekah setiap kali kita rasa x selesa dan kering. In shaa Allah ini paling mujarab kerana di dalam air zam-zam mengandungi syifa’ yg luar biasa. Tak percaya cubalah..

TIP 7-TAWAF SELEPAS SUBUH DAN MAGHRIB UNTUK ELAK HABUK

Yatt Hamzah Kongsi  Tip Tunai Umrah Ketika Hamil Bersama Anak Kecil

Suasana di sekitar Masjiidil Haram  dihujani habuk kerana kerja-kerja pembinaan sedang dijalankan. Yatt memberitahu banyak tempat dan laluan telah ditutup, tempat tawaf semakin sempit dan banyak habuk bila tawaf pada waktu siang.

So dengan keadaan begini, kenalah buat persediaan mental & fizikal di Masjidil Haram ni. Wajib jaga kesihatan diri dan anak2 dengan elakkan habuk2 di sekeliling Masjid dengan pakai topeng terutama kanak2 dan banyakkan minum air zam2. Kalau boleh elakkan anak2 tawaf pada waktu kerja-kerja sedang berjalan iaitu waktu tengahari sampai Asar. Paling sesuai adalah SELEPAS SUBUH dan SELEPAS MAGHRIB.

Kita juga digalakkan datang AWAL KE MASJID SETIAP KALI WAKTU SOLAT utk mengelakkan kesesakan dan berebut tempat solat. Kalau lewat sikit memang banyak pintu telah ditutup so better datang awal.

TIP 8- PANDUAN BAWA ANAK KE MASJID

Kata Yatt, jangan sekat keinginan semula jadi anak untuk bermain dan jadi ibu bapa yang bijak semasa berada di dalam masjid.

Owh ini rupanya permainan mereka berdua dalam masjid. Dah nama kanak2 dan bayi, main jelah kerja mereka walau di mana dan bila2 masa sahaja! Jangan sekat keinginan semula jadi hadiah dari Allah ini, BE A SMART PARENT! NEVER STOP THEM, JUST MONITOR THEM. . Anak2 bijak adalah anak2 yg pandai bermain tapi pantau dan limitkan pergerakan mereka. Jangan pula halang kerana akan bantutkan proses perkembangan minda dan kecergasan mereka. Kalau anak tak bijak jangan salahkan mereka tapi salahkan diri sendiri ya.. . TIPS UTK IBU BAPA BAWA ANAK KE MASJID ; 1. Pergi Masjid Awal utk pilih tempat solat yg sesuai. 2. Cari tempat yg agak tersorok dan belakang sekali agar tak ganggu jemaah lain. 3. Di Masjid Nabawi & Masjidil Haram ada ruang utk ibu2 yg bawa anak, ini yg paling sesuai buat semua ibu. Rajin2kan bertanya pada Mak Guard Pak Guard masjid ya. 4. Sediakan makanan & mainan yg secukupnya buat bekalan anak2 semasa kita solat. 5. Bersihkan tempat anak jika ada makanan yg bersepah sebelum tinggalkan masjid. 6. Wajib pakaikan anak dg harness agar dia tak pergi jauh sbb mmg mereka boleh pergi jauh mcm bayi sy Iqlima? 7. Gilir2 dg suami utk jaga anak semasa solat. Bukan tanggujawab ibu seorang sahaja tp ayah juga wajib main peranan ya? . @sucihananiamalika @sucihumairaiqlima #sisters #motheranddaughter #umrahdec2017 #darihatiseorangmujahidah #fromtheheartofamujahidah #yattmengayat #tipsUmrahYattHamzah #yatthamzah #suci #anakBonda

A post shared by www.fb.com/YATT.HARYATIHAMZAH (@yatthamzah_suci) on

Anak2 bijak adalah anak2 yg pandai bermain tapi pantau dan limitkan pergerakan mereka. Jangan pula halang kerana akan bantutkan proses perkembangan minda dan kecergasan mereka. Kalau anak tak bijak jangan salahkan mereka tapi salahkan diri sendiri ya..

TIPS UTK IBU BAPA BAWA ANAK KE MASJID ;

  1. Pergi Masjid Awal utk pilih tempat solat yg sesuai.
  2. Cari tempat yg agak tersorok dan belakang sekali agar tak ganggu jemaah lain.
  3. Di Masjid Nabawi & Masjidil Haram ada ruang utk ibu2 yg bawa anak, ini yg paling sesuai buat semua ibu. Rajin2kan bertanya pada Mak Guard Pak Guard masjid ya.
  4. Sediakan makanan & mainan yg secukupnya buat bekalan anak2 semasa kita solat.
  5. Bersihkan tempat anak jika ada makanan yg bersepah sebelum tinggalkan masjid.
  6. Wajib pakaikan anak dg harness agar dia tak pergi jauh sbb mmg mereka boleh pergi jauh mcm bayi sy Iqlima
  7. Gilir-bilir dengan suami untuk jaga anak semasa solat. Bukan tanggujawab ibu seorang sahaja tp ayah juga wajib main peranan ya!

Team Pa&Ma berharap agar urusan umrah Yatt dan keluarga dipermudahkan oleh Allah.

Sumber: Instagram Yatt Hamzah

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI