Pejam celik tak sedar masa berlalu, Ardell Aryana yang baru lepas bersalin cahaya mata pertamanya tak lama dulu pun sudah menamatkan tempoh 44 hari berpantang.

Pelakon dan usahawan itu gembira kerana telah berjaya menghabiskan pantang selama 44 hari selepas melahirkan cahaya mata pertamanya pada 5 Jun yang lalu.

“Yay…Dah Merdeka” Cukup 44 Hari, Ardell Aryana Kongsi Gambar Anak & Pengalaman Berpantang. Comelnya Arwa Malaikha Urwa!

Dalam satu perkongsian di Instagram miliknya, Ardell atau nama sebenarnya Nurul Hidayah Mohd Amin mengimbas kembali tempoh pantang yang dijalaninya. Menurut Ardell dia berkongsi kisahnya di dalam pantang bagi menjawab beberapa persoalan kepada mereka yang sering bertanya tentang perkara tersebut.

“Yay…Dah Merdeka” Cukup 44 Hari, Ardell Aryana Kongsi Gambar Anak & Pengalaman Berpantang. Comelnya Arwa Malaikha Urwa!

“Throwback hari ke 7 berpantang (Masa ni Arwa Malaikha Urwa halus lagi. Sekarang kuss semangat ) Alhamdulillah hari ni dah habis 44 hari berpantang kami.

Ads

“Yang tanya saya ambik service pantang dengan siapa, saya serta kan nama Instagram mereka. Bolehlah tanya-tanya tentang service dari diorang,” tulis Ardell.

Menurut Ardell, untuk Confinement Lady dia hanya mengambilnya untuk 7 hari sahaja. Selebihnya dia menjaga diri sendiri selepas tenaga kembali pulih.

“Yay…Dah Merdeka” Cukup 44 Hari, Ardell Aryana Kongsi Gambar Anak & Pengalaman Berpantang. Comelnya Arwa Malaikha Urwa!

“Confinement Lady @pantangplus mereka akan datang dan jaga setiap hari 3 jam (yang tengah cari orang nak jaga pantang boleh tanya dorang, mereka jaga dan service bagus) package ikut masing nak berapa lama di jaga.

Ads

“Barang-barang keperluan berpantang pulak macam bekung, herbal, tuam, minyak angin panas tu dan keperluan barang pantang lain beli asing. Jenama set Suri itu saya cari dekat @tatehbangi pastu sy bagi CL pakai kan set tu,” tambah Ardell lagi.

“Yay…Dah Merdeka” Cukup 44 Hari, Ardell Aryana Kongsi Gambar Anak & Pengalaman Berpantang. Comelnya Arwa Malaikha Urwa!

Menurut Ardell lagi, sesiap yang mahu mencari orang yang ingin menjaga, boleh mencubanya, dan anda perlu berehat sahaja.

“Selama dorang jaga awak cuma perlu rehat sahaja, makan minum, anak & ibu mereka akan jaga, urut, bertungku semua. Yay dah Merdeka,” tulis Ardell yang seronok menghabiskan masa pantangnya.

Ads

View this post on Instagram

✍🏻Throwback hari ke 7 berpantang ( Masa ni Arwa Malaikha Urwa halus lagi .. sekarang kuss semangat ),Alhamdulillah harini dah habis 44hari berpantang 👶🏻🧕🏻 kami . Yang tanya saya amik service pantang dengan siapa .. saya serta kan nama Instagram mereka boleh lah tanya-tanah tentang service dari diorang . CL saya dari @pantangplus , saya amik package 7 hari sahaja ( selebih nya jaga diri sendiri bila dah kuat sikit ) & Confinement Lady @pantangplus mereka akan datang dan jaga setiap hari 3 jam ( yang tengah cari Orang nak jaga pantang boleh tanya dorang, mereka jaga dan service bagus 👍🏻 ) package ikut masing nak berapa lama di jaga . Barang2 keperluan berpantang pulak macam bekung , herbal ,tuam , minyak angin panas tu dan keperluan barang pantang lain beli asing jenama set Suri itu saya cari dekat @tatehbangi pastu sy bagi CL pakai kan set tu. Jadi yang nak cari orang jaga waktu berpantang tu boleh la cuba , selama dorang jaga awak cuma perlu rehat sahaja , makan minum, anak & ibu mereka akan jaga urut, bertungku semua ✨ . Yay dah Merdeka !! Eh 🙈🙉🙊

A post shared by نور الهداية (@ardellaryana) on

Ardell Aryana yang berkahwin dengan pelakon Nadzmi Adhwa pada tahun 2019 dikurniakan seorang cahaya mata sulung, Arwa Malaikha Urwa pada 5 Jun 2020 yang lalu.

Sumber: Gempak

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI