Setiap tahun isu banjir di negara kita pasti akan berlaku. Namun adakah kita sudah bersedia untuk menghadapi bencana alam ini lebih-lebih lagi bagi yang mempunyai anak kecil.

YB Nurul Izzah Anwar berkongsi antara barangan yang perlu ada dalam dalam bag kecemasan anak-anak sebagai langkah persediaan menghadapi bencana alam ini.

YB Nurul Izzah Kongsi 10 Benda Wajib Ada Dalam Beg Kecemasan Anak, Persediaan Hadapi Banjir

KIT KECEMASAN KHAS UNTUK KANAK-KANAK

Barang pertama wajib ada dalam kit bencana tersebut ialah:

1. Beg kalis air.

Beg kalis air ini berfungsi untuk menyimpan barang-barang bagi mengelakkan daripada terkena air ketika banjir.

2. Air mineral dan makanan tahan lama.

Seperti yang kita tahu, bekalan makanan atau minuman yang secukupnya sukar untuk didapati ketika banjir melanda. Justeru, dengan adanya air mineral dan makanan tahan lama boleh mengurangkan tahap kelaparkan kanak-kanak yang secara umumnya memang memerlukan makanan yang secukupnya untuk tumbesaran.

Ads

3. Baju hujan.

Baju hujan ini bertindak untuk memberi perlindungan kepada golongan kanak-kanak daripada hujan lebat. Perkara ini sangat membantu dari aspek keselamatan dan kesihatan kanak-kanak supaya lebih terjaga.

4. Buku aktiviti mewarna dan pensel warna.

Barangan ini diperlukan oleh golongan kanak-kanak iaitu bertujuan untuk mengisi masa sepanjang mereka berada di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

5. Ziplock Bag.

Ziplock beg ini digunakan untuk menyimpan dokumen penting supaya dapat dihindari daripada terkena air banjir atau air hujan.

YB Nurul Izzah Kongsi 10 Benda Wajib Ada Dalam Beg Kecemasan Anak, Persediaan Hadapi Banjir

Ads

6. Selimut haba kecemasan.

Selimut ini sangat penting bagi golongan kanak-kanak untuk membekalkan haba atau mengembalikan suhu badan mereka kepada suhu yang asal selepas hujan melanda.

7. Kit kebersihan.

Kit Kebersihan ini diperlukan untuk golongan kanak-kanak supaya kebersihan diri sentiasa terjaga. Hal ini kerana ketika berada di PPS, rata-rata bekalan seperti sabun, ubat gigi dan sebagainya agak sukar diperolehi, selain faktor kepadatan lokaliti yang memberi risiko kepada kebersihan.

8. First Aid Kit iaitu keperluan dari aspek kebajikan kanak-kanak. Hal ini akan memberi persediaan awal kepada golongan kanak-kanak sekiranya mereka mengalami kecederaan atau luka.

Ads

9. Wisel.

Dengan adanya wisel ini pasukan keselamatan ini akan mudah mengetahui keberadaaan gologan kanak-kanak melalui pendengaran.

10.‘Glowstick‘.

Penggunaan ‘glowstick’ ini perlu dipatahkan terlebih dahulu sebelum menggunakannnya. Dengan cahaya yang dibekalkan, maka pasukan keselamatan akan mudah mengesan keberadaan golongan kanak-kanak melalui penglihatan.

Kredit: Nurul Izzah Anwar


YB Nurul Izzah Kongsi 10 Benda Wajib Ada Dalam Beg Kecemasan Anak, Persediaan Hadapi Banjir

Jom, kongsikan foto comel si manja anda bertemakan Jungle Cuties di SINI! Ada hadiah menarik menanti.(https://www.majalahpama.my/pencarian-bayi-pilihan-pama/)

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI