“Anak nakal tu, mesti mak ayah tak ajar anak”. Sikap anak kecil yang susah mendengar kata sememangnya menyebabkan ibu bapa hilang kesabaran, naik darah dan geram.

Perkongsian penceramah bebas, Ustaz Mohamed Hanafiah Abdul Malek untuk ibu bapa mendidik dan mentarbiah anak-anak dengan cara betul supaya beroleh anak yang soleh dan solehah.

Di zaman yang serba canggih, cara didikan kepada anak-anak adalah berbeza dengan cara didikan dahulu. Semua ibu ayah sentiasa mendoakan anak mereka membesar sebagai hamba Allah yang taat kepada perintahNya dan mendengar cakap ibu bapa. Adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai khalifah untuk membentuk budi pekerti yang mulia berlandaskan syariat Islam. Berikut bagaimana mendidik anak-anak nakal supaya mendengar cakap ibu bapa.

1. Doa
Doa kebahagiaan rumah tangga dan mendapat anak-anak yang soleh dan solehah. Doa yang patut kita amalkan daripada Al-Quran iaitu Surah Al- Furqan ayat 74 yang bermaksud “Ya Allah kurniakan kepada kami pasangan hidup dan anak-anak yang menjadi penyejuk mata hati dan didiklah kami menjadi pemimpin kepada orang mukmin

2.Beri jawapan segera
Beri perhatian kepada anak jika anak bertanya kepada anda. Jangan pula sehingga anak bertanya atau panggil nama anda berulang kali. Seeloknya terus berikan jawapan setelah anak bertanya. “Ye sayang, apa dia. Mama dengar ni…”

Ads

Sesungguhnya anak-anak yang nakal adalah anak yang kurang diberi perhatian daripada ibu bapanya.

“Ye Sayang, Apa Dia. Mama Dengar Ni…Cepat Beri Respon Baru Mudah Anak Dengar Cakap3.Teguran berulang kali
Namun jika kesalahan yang dilakukannya, anda harus menyampaikan mesej kepada anak-anak bahawa anda tidak suka sikapnya. Lakukan dengan cara teguran secara tegas. Beritahu kepada anak secara berulang kali ‘ tak suka’, ‘tak suka’. Contohnya, “Jangan tendang kucing, Allah tak suka, Allah tak suka. Manusia pun tak suka. Sakit kucing tu.” Tegur anak kecil dengan menggunakan pendekataan perasaan supaya mudah mereka faham. Buat baik diberi pujian dan sebaliknya akan dimarahi.

4.Pujian dan pelukan
Jika anak-anak melakukan kebaikan berilah pujian dan pelukkan. Misalnya membantu anda membasuh pinggan. Berilah pujian berulang kali supaya anak berasa seronok atas kebaikan yang dilakukannya. Juga peluk anak sebelum pergi sekolah atau bangun pagi supaya kasih sayang semakin menebal dalam diri anak-anak.

Ads

5.Hukuman
Sememangnya semua ibu bapa sayang kepada anak-anak. Namun ini tidak bermakna anak yang bersalah atau nakal tidak boleh dikenakan hukuman. Namun hukuman seperti pukul bukan sehingga boleh mencedera atau melukakannya. Adab memberi hukuman antaranya ialah pukul atau rotan di tapak tangan anda secara perlahan dan mesti dalam keadaan serius untuk menunjukkan ketegasan anda terhadap kesalahan yang dilakukannya. Katakan kepadanya, “Mama tak marah tetapi sebab adik buat salah, adik kena terima hukuman.” Bukan mudah untuk mengubah sikap anak menjadi seorang yang berdisplin dan mendengar cakap jika tidak dilakukan secara tegas.

6.Pujuk cara motivasi
Selepas hukuman, anda harus mengucapkan kata-kata motivasi bahawa ia adalah kesan akibat perbuatannya. “Salah adik kan kacau abang sedang tidur”. Namun pastikan anda tidak menghukum anak tanpa usul periksa untuk mengelak rasa tidak puas hati anak-anak sehingga menjejaskan hubungan kasih sayang antara adik beradik. Juga tidak salah jika anda memujuk anak selepas hukuman. Katakan kepadanya, “Mama minta maaf. Mama bukan nak rotan dan marah. Tapi mama nak nasihat adik, mama nak adik jadi orang baik. Bukan anak yang nakal dan tidak mendengar cakap ibu bapa”.

Ads

“Ye Sayang, Apa Dia. Mama Dengar Ni…Cepat Beri Respon Baru Mudah Anak Dengar Cakap
7.Penghargaan
Apabila anak melakukan kebaikan, sekali sekali berikan penghargaan buat diri anak. Belikan makanan kegemarannya atau hadiah. “Jika adik nak lori tu, janji dengan mak atau ayah jangan gaduh-gaduh dengan abang lagi.”

8.Muhasabah diri
Anda sebagai ibu bapa harus semak diri sendiri adakah kita berjaya didik anak atau tidak. Adakah kita luangkan masa yang banyak bersama-sama anak. Suami juga perlu didik dan kerjasama dengan isteri supaya anak-anak dibimbing dengan cara yang betul.

9.Pemakanan tidak sihat
Cuba elakan memberi anak-anak minum kopi, gula-gula dan gula-gula getah sehinggga anak menjadi seorang remaja. Gula-gula getah dikatakan mempunyai radikal gula yang boleh memberi kesan negatif kepada sikap anak-anak.

Gula-gula yang dikemam akan merangsang deria otak. Apabila anak-anak kemam gula-gula dalam mulut dia akan merangsang otak untuk membentuk personaliti yang dikenali sebagai sensitif yang melibatkan sikap pendiam, pendendam, memberontak dan pemarah. Kopi pula yang mengandungi kafein tidak digalakkan kerana ia akan membuatkan anak berjaga malam sehingga sukar bangun awal pagi. Didiklah anak tidur awal supaya anak dapat bangun awal kerana ia adalah ciri-ciri displin bagi seorang anak yang cemerlang.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI