Diam tak diam, tidak berapa lama lagi, pelakon Nad Zainal bakal melahirkan anak keduanya selepas mengumumkan kehamilannya pada penghujung tahun lalu.
Kini Nad sedang menanti detik kelahiran keduanya itu. Biarpun sudah mengetahui jantina bayi yang dikandungnya namun bintang drama bersiri, Takdir Yang Tertulis itu lebih selesa berahsia mengenai jantinanya buat masa ini kepada umum.
Namun cerita Nad di Instagram mengenai anak sulungnya, Fahad Ibrahim atau Yem yang ada waktunya ‘terbocor’ rahsia buat Nad panik namun terhibur dengan gelagat anaknya itu.
“Me: tiap kali orang tanya anak apa kali ini…i refused to jawab…ahahaha suprise!
“Tapi..Yem Boy tak boleh simpan rahsia. Semalam dia main sebut kuat-kuat di public,” kongsi Nad.
Ads
Namun menariknya bukan hanya mendedahkan jantina bahkan Yem turut mendedahkan nama yang bakal diberikan kepada adiknya kelak. Cute!
” Siap nama penuh! Nasib dia tak pandai pakai hp, kalau tak reporter call dia je,” selorohnya lagi.
Rupanya Nad dan suami sudah pun mempersiapkan nama untuk bayi kedua mereka dan hanya menanti dilahirkan sedikit masa lagi.
Ads
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan-rakan selebriti turut sama mendoakan agar urusan kelahiran Nad dipermudahkan kelak.
Terdahulu, Nad mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Muhammad Falliq Amirullah pada 18 Disember 2015. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata, Fahad Ibrahim, yang kini berusia 4 tahun. Kini, Nad sedang menanti detik kelahiran bayi keduanya sedikit masa lagi.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @nad.zainal
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jika ada yang gemar makan beras mentah ketika mengidam, lain pula kisahnya dengan ibu hamil ini yang dikenali sebagai Ekin Norash di Tik Toknya, @ekinnnorash.
Paling gemar makan ais batu. Begitu kongsi Ekin di Tik Toknya. Malah katanya kandungan kembarnya kali ini agak pelik berbanding sebelumnya.
“Sapa mengandung ada pengalaman mengidam pelik-pelik. Kali ni mengandung Twin pelik ngidam,” tulisnya ringkas.
Dek kerana terlalu kuat keinginan untuk makan ais batu, ada waktunya dia sanggup berada di dalam kereta semata-mata untuk menyedut bau penghawa dingin.
Bukan itu sahaja, bahkan di tempat kerjanya, dia acapkali membuka peti ais untuk menikmati bau yang dikeluarkan di tempat beku.
Malah katanya lagi, jika sehari tidak dapat makan ais batu, boleh jadi serba tak kena.
“Sehari tak dapat makan ais batu, Ekin akan sedut bau aircond atau peti ais dekat tempat beku.
“Kalau tak dapat memang tak boleh nak duduk, serba tak kena,” kongsinya.
Bahkan kata Ekin lagi menerusi perkongsian video berlainan, dia juga kurang gemar megenakan make up sepanjang hamil kembar sebaliknya cukup hanya dengan lipstick supaya tidak nampak pucat ke tempat kerja.
Susahnya nak mengandung! Masalah sukar hamil sering dikaitkan dengan masalah ketidaksuburan baik suami atau isteri. Apa sebabnya? Banyak penyebabnya yang mama perlu tahu.
Ada kalanya, ia disebabkan oleh gaya hidup anda yang menjejaskan rancangan anda untuk membina keluarga. Jika anda menghadapi masalah untuk hamil, berikut 9 tugasan yang anda perlu lakukan sebelum berjumpa dengan pakar fertiliti.
1. ‘Betulkan’ berat badan dan kualiti diet anda.
Anda mungkin mempunyai masalah untuk hamil dan kebarangkalian tinggi mendapat komplikasi kehamilan tertentu jika anda kurang atau terlebih berat badan. Ini bukanlah masa yang tepat untuk anda menghilangkan berat badan atau ‘memenuhkan’ perut anda dengan makanan yang tidak sihat – anda dan bayi anda perlukan diet yang sihat.
2. Ambil vitamin pranatal harian bersama asid folik.
Asid folik (folat) adalah sejenis bentuk vitamin B9. Penting untuk wanita hamil dan mereka yang mahu hamil mendapatkan asid folik. Asid folik boleh membantu mencegah kecacatan kelahiran serius (NTD – kecacatan tiub neural) pada otak dan saraf tunjang bayi. Jika anda menggunakan vitamin lain atau suplemen herba, berhenti mengambilnya dan minta nasihat daripada doktor anda.
3. Berhenti merokok dan elakkan alkohol.
Berhenti merokok dan berhenti mengambil alkohol dengan segera jika anda sedang mencuba untuk hamil. Merokok dan minum minuman keras boleh menjejaskan kesuburan anda dan meningkatkan risiko mendapat bayi pramatang dan berat badan waktu lahir rendah. Ingatlah bahawa perokok kedua adalah lebih berbahaya, jadi elakkan diri anda menjadi perokok kedua. Penyalahgunaan dadah juga boleh mengurangkan kesuburan anda.
4. Berwaspada pada kekeliruan kitaran haid.
Kebanyakan wanita menganggap bahawa kitaran haid mereka adalah 28 hari dan mereka akan mengalami ovulasi pada hari ke-14 selepas hari pertama haid mereka. Sebenarnya, panjang kitaran boleh berubah. Ovulasi tidak selalunya berlaku pada masa yang sama setiap bulan. Sperma boleh hidup selama tiga hari dalam serviks anda. Jadi, anda boleh melakukan hubungan kelamin sebelum hari ovulasi anda untuk meningkatkan peluang kehamilan anda.
5. Hilangkan tekanan.
Jika anda memberitahu rakan-rakan dan keluarga yang anda sedang ‘mencuba’, kebanyakan daripada mereka akan menasihati anda untuk relaks dan biarkannya berlaku sendiri. Malangnya, ia lebih mudah diperkatakan daripada dibuat. Stres memberikan anda impak negatif, baik secara fizikal dan mental. Anda mungkin memerlukan beberapa kaunseling atau terapi untuk mengurangkan tahap stres anda.
6. Dapatkan tidur malam yang lebih baik.
Jadual tidur yang tidak tentu boleh mempengaruhi kitaran menstrual anda. Tidur yang tidak cukup boleh menyebabkan stres pada tubuh, sekali gus menghuru-harakan sistem imun anda. Anda boleh berisiko mendapat jangkitan, yang boleh membahayakan kitaran reproduktif anda.
7. Mendapat cukup hubungan kelamin.
Kebanyakan individu percaya dengan mengehadkan kekerapan seks boleh ‘menjimatkan’ sperma dan dapat membantu wanita untuk hamil dengan mudah. Ini mungkin juga betul, tetapi tidak melakukan hubungan kelamin banyak hari juga bukanlah idea yang baik.
8. Jangan mengabaikan vaksinasi.
Mendapatkan vaksin pra-kehamilan yang sesuai boleh membantu anda melindungi kesihatan tubuh anda dan bayi. Penyakit tertentu boleh menyebabkan kecacatan kelahiran pada bayi anda jika anda mendapatnya semasa hamil. Jadi, jika anda sedang merancang untuk hamil, sila pastikan vaksinasi anda adalah terkini. Beberapa vaksin yang diperlukan untuk bakal ibu adalah vaksin MMR (measles, mumps dan rubella), vaksin cacar air, vaksin Hepatitis B dan A, dan vaksin Pneumococcal.
9. Berjumpa dengan doktor.
Anda perlu membuat temujanji dengan doktor bagi melakukan pemeriksaan fizikal penuh sebelum mula hamil. Beritahu doktor anda mengenai sebarang ubat yang anda ambil untuk memastikan ianya selamat diambil jika anda hamil. Jangan lupa untuk memberitahu tentang kemungkinan bahaya persekitaran anda di tempat kerja.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Orang kata walaupun wanita tahu sakitnya bersalin macam mana, tapi demi anak kekuatan itu datang dengan sendirinya. Biarpun menahan kontraksi berjam-jam, ada yang akhirnya kena buat pembedahan tetap reda demi menyelamatkan nyawa. Itu pengorbanan seorang wanita bergelar ibu.
Bagi Datin Seri Nur Shahida yang kini sedang hamil anak kelimanya, perasaan tak sabar dan gemuruh semakin dirasainya.
“Tak sabar nak bersalin walaupun tahu nak bersalin tu sakit. Tapi lagi tak sabar sebab sakit pinggang dan kaki selalu krem.
“Lagi 2 atau 3 minggu Insya Allah sampai masanya. Kalau saya tak gugur bulan puasa hari tu mesti dah twin dah baby dalam perut saya ni.
“Namun kuasa Allah tiada siapa boleh halang dan mungkin Allah lebih tahu saya tak mampu nak jaga sampai dua jadi dia ambil yang satu. Kesimpulannya berbaik sangkalah dengan aturan Allah SWT,” katanya.
Sebelum ini Datin Shahida pernah memuatnaik gambar ujian imbasan kandungannya di instagram dengan hanya satu janin sahaja yang dapat diselamat manakala janin yang kedua tidak dapat diselamatkan.
NAMUN DIA TETAP BERSYUKUR KERANA MASIH DIKURNIAKAN REZEKI UNTUK HAMIL DAN MEMPUNYAI ZURIAT DAN DIA BERSYUKUR ALLAH MENGURNIAKAN DIA DENGAN NIKMAT ANAK-ANAK.
Alhamdulillah walaupun satu dah gugur masih ada 1 lagi yg sangat2 sihat, kata doktor.
Dia percaya Allah bg saya byk nikmat…. anak saya ramai….. sedangkan byk. lagi mereka2 yg ikhtiar nak hamil belum merasakan lagi…… sepatutnya saya bersyukur Allah limpahkan banyak rezeki untuk saya…. apalah sangat diduga dgn sedikit ujian.
Menerusi posting terdahulu, Datin Shahida menjelaskan dia mengalami pendarahan yang teruk dan akhirnya menyebabkan keguguran pada salah satu kembar yang dikandungnya itu kerana terlalu aktif dan mungkin faktor stres dengan kerja.
Sumber: ig Datin Seri Nur Shahida
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.