Yogurt Strawberry Pops, Kudapan Segar Anak, Masuk Mulut Terus Cair!

Share

Jika sebelum ini resipi Yogurt Bak yang cukup popular dan dikenali sesuai untuk bayi yang mengalami masalah gatal-gatal gusi, kali ini anda juga boleh mencuba Yogurt Strawberi Pop ini yang lebih comel saiznya.

Malah resipi ringkas yang dikongsikan oleh Pn Nazihah Nasir ini juga amatlah mudah untuk disediakan. Hanya gunakan dua bahan dan simpan sahaja untuk disejukkan. Sekali di masukkan ke mulut, terus cair. Pastinya si comel kita suka.


Wajib cuba: Resipi Ayam Percik Simple Tapi Rasa Padu Patutlah Lebih 10k Perkongsian

Hanya perlukan dua bahan sahaja. Sesuai untuk anak 8m++. Selain buah strawberi, boleh juga cuba buah blueberi atau mangga. Sedap!

Bahan-bahan:
Yogurt natural
Buah strawberry

Blend kan buah strawberry dan campurkan dengan yogurt. Kacau sebati.

Masukkan dalam ziplock bag dan guntingkan bahagian hujung. Bolehlah picit atas dulang yang dialaskan dengan baking paper.

Sebelum masukkan dalam freezer wrapping kan supaya kebersihan terjamin.

Biarkan dalam freezer selama sejam sebelum dihidangkan.

Tekstur macam ice cream, buatlah bentuk kecik kecik, sekali masuk mulut anak cair.

Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents

Published by
SRM