Penyanyi Yonnyboii berkongsi tentang perjalanan kehamilan isterinya. Menurutnya, apa sahaja yang isteri teringin makan akan cuba diusahakan secepatnya.
“Dalam tempoh lebih sebulan ini saya akan terus berusaha mencari dan mendapatkan makanan yang diidamkan isteri. Sebabnya, emak saya selalu mengingatkan agar mencari makanan diidamkan itu sampai dapat.”
“Maklumlah, kata orang tua-tua kalau isteri hamil tak dapat makanan yang diidamkan itu, nanti air liur anak akan meleleh. Jadi, kalau boleh saya tak mahulah air liur anak kami meleleh-leleh pula nanti.”
“Saya akan usaha cari dan cuba dapatkan apa saja isteri idamkan selagi belum sampai masa dia bersalin. Insya-Allah, saya yakin dapat menunaikan semua benda yang didamkan itu,” katanya.”
Bercerita mengenai jantina anak, Yonnyboii dan isteri mahu merahsiakan perkara tersebut kepada rakan-rakan meskipun mereka sudah mengetahuinya.
Bukan itu sahaja, Yonnyboii kini dalam proses menyiapkan lagu istimewa untuk anak sulungnya itu sebelum dilahirkan pada pertengahan Julai depan.
“Insya-Allah, saya dan isteri akan menimang cahaya mata kami pada pertengahan Julai depan. Sekarang, usia kandungan pun sudah mencecah lapan bulan.
“Tak sabar sebenarnya nak jadi ayah, walaupun pada masa sama perasaan sangat berdebar. Tapi, lagu istimewa untuk anak saya memang dalam proses untuk disiapkan,” ujarnya lagi.
Sekadar info, Yonnyboii mendirikan rumah tangga bersama isterinya pada 20 November 2021 dalam sebuah majlis pernikahan di di Duchess Place, Ampang.
Kredit: Yonnyboii
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!