Bila anak dah boleh makan, mama memang suka bereksperimen untuk tarik selera si kecil. kadang bayi yang dah mula makan ni kalau tengok mama dan papa makan semua dia nak.

Untuk realisasikan apa yang diinginkan oleh si kecil yang tengah teruja nak makan, mama boleh cuba resepi Yorkshire Pudding yang dikongsikan oleh Puan Farisha Sofea di laman Facebook ini.

Hanya guna 4 bahan sahaja, ia sesuai untuk si kecil mama yang berusia  8 bulan dan ke atas. Cuma apa yang Puan Farisha pesan, elakkan penggunaan garam untuk bayi yang berusia 2 tahun ke bawah.

Yorkshire Puding Versi Bayi, Mudah Je Nak Buat, Hanya Guna 4 Bahan. Garing Di Luar Lembut Kat Dalam, Rasa Memang Superb!

YORKSHIRE PUDDING

yorkshire pudding ini dikatakan berasal dari England .
cara membuatnya juga senang serta hanya menggunakan 4 bahan sahaja .
yorkshire pudding ini juga sesuai untuk bayi berusia 8 bulan dan ke atas , cuma elakkan penggunaan garam untuk bayi berusia 2 tahun ke bawah .
untuk versi bayi , boleh juga masukkan puri kurma / madu ( 1 tahun ke atas ) untuk memberi rasa manis .

Ads

Bahan Bahan :

1 1/4 cawan susu segar
2 biji telur gred A
1 cawan tepung gandum tanpa bahan peluntur ( diayak )
1/2 sk garam

Yorkshire Puding Versi Bayi, Mudah Je Nak Buat, Hanya Guna 4 Bahan. Garing Di Luar Lembut Kat Dalam, Rasa Memang Superb!

Ads

Cara Cara :

  1. Satukan ke semua bahan ke dalam pengisar dan kisar sebati sehingga adunan agak kembang
  2. Tuangkan sedikit minyak pada acuan muffin .
  3. Panaskan oven bersama acuan pada suhu 230C selama 10 minit . Setelah minyak di dalam acuan tersebut panas , dengan berhati hati tuangkan adunan ke dalam acuan . tuang separuh acuan sahaja .
  4.  Bakar pada suhu 230C selama 20 minit atau sehingga masak bergantung kepada oven masing masing .
  5. Siap!

Yorkshire Puding Versi Bayi, Mudah Je Nak Buat, Hanya Guna 4 Bahan. Garing Di Luar Lembut Kat Dalam, Rasa Memang Superb!

Info: Ketika dibakar , adunan memang akan mengembang dan membulat . yorkshire pudding ini garing diluar tetapi lembut di dalam . kebiasaannya dihidang bersama jem pilihan atau pun sos karamel .

Ads

Selamat Mencuba!

Sumber: Farisha Sofea

Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara, setiap Rabu jam 9 malam di Astro Ria saluran 104/124 dan ulangannya setiap Ahad jam 9.30 pagi.

Yorkshire Puding Versi Bayi, Mudah Je Nak Buat, Hanya Guna 4 Bahan. Garing Di Luar Lembut Kat Dalam, Rasa Memang Superb!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI