“Saya mohon sangat sedekahkan doa untuk dia”. Begitu kata Shuib, memohon agar semua terus mendoakan isteri tercintanya, Siti Sarah yang masih belum sedarkan diri.
Semalam kira-kira jam 5 petang, Sarah selamat melahirkan bayi lelaki mereka yang diberi nama Ayash Affan namun menurut petikan yang dikongsikan Shuib menerusi Instagramnya, Sarah masih belum sedarkan diri.
“Setakat pagi ini, Sarah masih lagi belum sedar. Masih lagi perlukan bantuan oksigen, cuma alhamdulillah ada peningkatan.
“Pukul 11 malam oksigen drop sampai 40 tapi pukul 2 pagi alhamdulillah oksigen naik sampai 77 dan baru tadi doktor update oksigen Sarah 80.
“Saya harap semua yang melihat post ini terus mendoakan dia dan anak ya. Semoga kalian dipermudahkan urusan dunia akhirat,” kongsi Shuib menerusi Insta Storynya sebentar tadi.
Terus berdoa untuk kesejahteraan isterinya, Shuib berharap isterinya yang kini sedang bertarung nyawa kembali pulih. Kata Shuib lagi, dia yakin isterinya kuat mengharungi dugaan ini dan akan kembali bersama mereka kelak.
” I tau you dengar setiap kata hati i, you kuat sayang, I dan anak-anak akan tunggu you balik,” kongsi Shuib di Insta Storynya sebentar tadi.
Malah kata Shuib menerusi majlis bacaan Yasin dan doa untuk Siti Sarah malam tadi, dia yakin isteri yang banyak mengubah hidupnya itu cukup kuat untuk terus berjuang.
“InsyaAllah saya cukup yakin isteri saya kuat, saya cukup yakin dia akan balik ke rumah ni, anak-anak semua mendoakan dia.
“Harap Allah angkat doa kita semua, InsyaAllah Sarah akan sihat dan kita doakan juga untuk semua yang berjuang melawan Covid-19 ini,” katanya.
Malah kata Shuib lagi, sepanjang mengenali isterinya, Sarah banyak memberi pengalaman yang diharungi dalam hidupnya yang mengubah dirinya kini.
“Halalkan makan minum isteri saya”
Sebelum majlis bacaan Yasin dan doa yang dipimpin oleh Ustaz Ahmad Salahuddin Harun itu, bapa kepada empat orang cahaya mata ini turut sama memohon kepada semua untuk memaafkan sekiranya Sarah pernah menyakiti hati mana-mana pihak.
“10 tahun kenal Sarah, dia lah yang mendewasakan saya dan mendoakan. Kejayaan saya juga kerana doa dia.
“Saya mohon maafkan segala-gala sekiranya Sarah ada menyakiti hati sesiapa dan halalkan makan minumnya.
“Insya-Allah. Saya yakin dia akan balik. Saya yakin dia akan sihat. Semoga dengan memaafkan dia ini akan memudahkan perjalanannya. Saya sangat berlapang dada untuk malam ini, untuk segala doa.
“Saya reda dengan ujian Allah ini, saya yakin setiap ujian ada kebaikan. Ampunkan isteri saya, doakan dia..saya mohon sangat sedekahkan doa untuk dia, apa sahaja keadaan lepas ini saya reda,” katanya.
Terdahulu, Sarah terpaksa dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) selepas paras oksigennya yang semakin menurun. Dan semalam, Sarah dikomakan dan selamat melahirkan bayi keempatnya. Semoga Sarah terus kuat untuk kembali bersama suami dan anak-anak.
Menarik: Siti Sarah Selamat Lahirkan Bayi Lelaki, Cuma Dia Agak Kritikal, Doakannya Terus Kuat
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah.
Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)