
Yusoff Al-Qardawi, anak keempat Dato’ Sri Aliff Syukri & Datin Sri Shahida ini rupanya kuat menyusu. Kebaikan susu ibu yang diperolehi buat dia makin berisi. Netizen pula geram melihat kecomelannya yang makin terserlah.
Abah Yusoff, Dato’ Sri Aliff Syukri pula suka menyakat Yusoff dengan mengambil video bayinya ini sedang menangis ingin disusukan.
Dikatakan suka menyusu hampir sepanjang hari, Yusoff juga makin pandai ‘mengomel’. Malah ia diakui oleh abahnya, tiada anak-anaknya yang lain yang kerap menyusu seperti Yusoff.
Nak tido malam pun susah skrg , sisapa senasib mcm saya???
Sebenarya banyak-banyak anak saya @yusoffalqardawi ni paling kuat mengomel dan kuat minum susu. Boleh dikatakan 23 jam sehari dia akan minum susu.. gantung.
NETIZEN KONGSI PENGALAMAN
GERAM DENGAN KECOMELAN YUSOFF
TIP PA&MA
Ini merupakan perkembangan yang baik untuk bayi seusia Yusoff. Bagi menggalakkan perkembangan yang baik bagi bayi berusia sebulan, ada 3 cara yang boleh ibu bapa dilakukan iaitu;
- Banyakkan berbual dan bercakap serta eye contact dengan bayi kerana suara ibu bapanya akan menenangkan dan menggalakkan perkembangan bahasa mereka.
- Pilih mainan yang berbunyi (bukan berbateri) seperti rattle atau kerincing dan gerakkan di hadapan bayi supaya dia boleh mengikut arah bunyi dengan matanya.
- Baby mobile yang digantung pada baby cot boleh membantu bayi fokus dan perkembangan penglihatan bayi.
Sumber: Instagram Ohabangkosmetik & Majalah PA&MA
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mandikan Bayi Baru Lahir Kena Ikut Adab Yang Betul Untuk Elak Kena Selesema

“Boleh ke tak payah mandikan baby. Takut nak pegang, kecik sangat. Lembik pulak tu badan dia,” tanya Husna yang baru melahirkan anak pertama.
“Eh, kita mesti mandikan bayi baru lahir walaupun dia nampak bersih je,” beritahu ibunya.
Mesti ramai di antara anda yang baru bergelar ibu bapa berasa kurang yakin untuk memandikan sendiri anak. Mandikan bayi baru lahir bukan sekadar untuk membersihkan tubuh badannya daripada kekotoran sahaja. Tetapi ada adab yang mesti dipatuhi mengikut apa yang dianjurkan oleh Islam.
Semuanya bertujuan memberi kebaikan kepada bayi dari segi kesihatan dan sahsiah dirinya. Jom pelajari adab mandikan bayi baru lahir dengan betul.
Adab Mandikan Bayi Baru Lahir Dengan Cara Betul
Bayi baru lahir adalah khalifah Allah yang baru menjengah dunia selepas sembilan bulan tinggal di alam rahim. Justeru ibu bapa yang beragama Islam mestilah menyambut kelahirannya mengikut cara yang dianjurkan oleh Islam.
Antara yang mungkin kita semua tidak beri perhatian adalah tatacara memandikan bayi baru lahir iaitu dari usia sehari hingga 40 hari. Dalam tempoh ini, kaedah mandian memainkan peranan penting dalam membentuk aliran darah dan pembentukan tulang yang baik.
1. Seeloknya mandikan bayi pada waktu dhuha, kerana pada waktu tersebut fisiologi kitaran darah dan degupan jantung bayi dalam keadaan tenang. Gunakan air yang suam.
2. Siraman pertama perlu dimulakan ke atas belakangnya secara perlahan-lahan, kemudian baru disiramkan ke kaki, seterusnya naik ke bahagian punggungnya.
3. Belaian dan gosokan lembut memainkan peranan penting semasa memandikan bayi. Ini akan membuatkan pengaliran darah bayi lancar dan baik. Siraman disertakan dengan sapuan sabun yang sesuai untuk bayi.
4. Seterusnya siram dari belakang hingga ke kepala. Siraman di kepala dilakukan secara perlahan, supaya air tidak mengalir masuk ke dalam lubang telinga. Semasa menyiramkan air di belakang kepala ke bahagian hadapan dahi, tangan digunakan untuk menggosok dahi.
5. Sebaiknya tugas memandikan bayi dilakukan oleh bapa. Sambil memandikan, hati berzikir Ya Latif, Ya Hadi.
6. Pastikan siraman tidak dilakukan pada muka bayi kerana ia boleh melemaskan bayi serta menyebabkan lubang hidungnya lembap seterusnya mudah selesema atau jangkitan kuman.
7. Siraman yang terakhir, dilakukan ke atas dada seterusnya hingga ke bawah. Tidak digalakkan menyapu sabun pada bahagian hadapan tubuh bayi usia ini, kerana bimbang air dan sabun menyebabkan bahagian pusatnya lembap dan seterusnya melambatkan proses ‘gugur’ tali pusat.
8. Selepas selesai mandi, lapkan seluruh badan bayi dengan tuala yang bersih. Cara mengelap dimulakan dari kepala kerana kelewatan mengelap bahagian kepala boleh menyebabkan kepala dan ubun-ubun bayi basah serta membawa masalah paru-paru lemah.
Sumber: Petua Ibu
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Elak Anak Ruam, Kena Pandai Pilih Lampin. Jangan Biar Sampai Penuh!

Selepas si kecil lahir, keselesaan dan keperluan mereka menjadi keutamaan bagi setiap mama papa. Antara barang penting yang mesti ada iaitu lampin pakai buang. Persoalan yang selalu bermain di kepala adakah lampin yang dipilih sesuai selesa buat si kecil? Orang kata kalau salah pilih lampin pakai buang boleh jadi punca anak kerap ruam.
Hendak membeli biarlah berbaloi dan anak selesa memakainya. Murah atau mahal, daya penyerapan dan corak menarik perlu diambil kira. Jangan sampai anak terseksa rasa basah sehingga kerap mengalami ruam dan alami kebocoran. Ini adalah antara punca si kecil tidak selesa & meragam.
SAIZ LAMPIN
Adalah penting bagi ibu bapa memilih lampin yang sesuai dengan saiz dan tahap perkembangan bayi anda. Anda boleh meneliti saiz lampin pakai buang dengan merujuk berat bayi yang tertera pada pek. Drypers Wee Wee Dry menawarkan lampin pakai buang berpelekat yang mudah disesuaikan dengan bayi anda dari baru lahir (Newborn) hingga XXL.
Apabila bayi mula aktif, bolehlah bertukar kepada lampin pakai buang jenis pants yang lebih mudah dipakaikan. Drypers Drypantz menawarkan pelbagai saiz dari S – XXL. Lebih menarik lagi Drypers Drypantz memberikan keselesaan pada setiap tahap perkembangan bayi dengan Fit yang direka khas sama ada LayDownFit, CrawlFit atau MoveFit.
KESELESAAN BAYI BILA LAMPIN DIPAKAI
Antara fokus dalam pemilihan lampin kepada si kecil ialah keselesaan. Pastikan ia lembut pada kulit bayi dan tidak mudah bocor.
Lampin yang bagus terjamin kualitinya dan tidak mudah bocor. Drypers Wee Wee Dry lampin pakai buang pertama dalam industri yang mempunyai ciri TummyFit Guide di mana mama papa boleh mengenalpasti dengan mudah pita pelekat dilekatkan pada posisi ideal atau bahagian “Best FIT.” Terdapat juga indikasi “Next Size” sebagai panduan anda menukarkan lampin bayi kepada saiz seterusnya yang lebih besar. Ini sangat baik bagi memastikan bayi sentiasa dalam keadaan selesa. Ciri ini memudahkan lagi pemakaian lampin terutamanya bagi ibu bapa kali pertama.
Corak yang ceria & disukai si kecil. Tidak dinafikan ramai ibu bapa mementingkan corak pada bahagian luar lampin yang cantik dan berkarakter.
Imej karakter comel seperti lampin Drypers Wee Wee Dry dengan Pinkfong Babyshark comel ini memudahkan proses menukar lampin malah ibu bapa juga boleh menggunakan sesi menukar lampin untuk bonding dengan anak.
PEMILIHAN LAMPIN YANG SESUAI DENGAN KUALITI & BAJET
Lampin boleh dikatakan keperluan asas yang diperlukan sepanjang tumbesaran si kecil. Pastikan anda membeli lampin yang kualiti sesuai dengan setiap ringgit dan sen yang dibelanjakan. Lampin yang Fit bukan sahaja memberikan keselesaan malah menggalakkan pergerakan bebas yang memainkan peranan penting bagi tumbesaran dan perkembangan bayi.
Mudah sahaja menguruskan si kecil memakai Drypers Drypantz. Dengan adanya Easy Disposal Tape or Pita Lekat Dan Buang, ibu bapa hanya perlu mengoyakkan kedua-dua belah sisi tepi lampin, gulungkannya dan lekatkan dengan Pita Lekat Dan Buang yang sedia ada pada lampin dan buang ke dalam tong sampah. Senang pakai, senang buang!
Drypers juga memiliki Baby Club. Dengan setiap pembelian pek lampin Drypers ibu bapa boleh mendapatkan mata ganjaran dan menggunakannya untuk menebus hadiah istimewa dari Drypers Point Shop.
Ini adalah salah satu cara berbelanja yang berbaloi. Pembelian lampin yang menyediakan tawaran hadiah yang menarik jangan dilepaskan. Tambahan pula sekiranya hadiah tersebut comel dan praktikal digunakan.
Dapatkan lampin Drypers Wee Wee Dry Edisi Terhad Pink Fong Baby Shark dan mama papa berpeluang mendapatkan hadiah-hadiah menarik yang praktikal untuk digunakan si manja. Sambil membeli lampin, anda boleh menjadi pengguna bijak dengan memastikan wang yang dibelanjakan berbaloi dengan mendapat hadiah percuma seperti Beg Cubic Edisi Terhad Pink Fong, Baju T Edisi Terhad Pink Fong, Set Peralatan Makanan Edisi Terhad Pink Fong serta Beg Lipat Pinkfong dengan setiap pembelian Drypers Drypantz dan Drypers Wee Wee Dry Edisi Terhad Pinkfong.
LAMPIN YANG PRAKTIKAL & MENYERAP
Hendak membeli lampin pakai buang untuk anak, pilih yang mampy menyerap dengan baik.
Pastikan ia tahan lasak, menyerap lebih banyak cecair, menawarkan kekeringan berpanjangan.
Drypers Wee Wee Dry dan Drypers Drypantz yang diperbaharui mempunyai daya penyerapan yang tinggi. ciri yang dicari-cari. Kedua-duanya mempunyai kuasa penyerapan selama 10 jam.
Setiap lapisan lembut teras mempunyai fungsi berbeza untuk membantu menyerap urin dengan pantas dan menyalur dengan urin dengan sekata. Bukan itu sahaja, ia mampu memerangkap dan mengunci urin dengan berkesan untuk mengelakkan kebocoran supaya kulit baby sentiasa rasa selesa dan kering.
Comelnya hadiah edisi terhad Pinkfong! Dapatkannya dengan setiap pembelian Drypers Wee Wee Dry dan Drypers Drypantz dalam masa terhad!
Beg, baju, dan produk penjagaan bayi bertemakan watak Baby Shark ini perlu anda direbut segera!
• Percuma Beg Cubic Edisi Terhad dengan setiap pembelian Drypers Wee Wee Dry pek Mega Kembar.
• Percuma Baju T edisi terhad Pink Fong Baby Shark juga boleh diperolehi si manja dengan setiap pembelian Drypers Wee Wee Dry pek Mega.
• Percuma Set Peralatan Makanan Edisi Terhad dengan setiap pembelian Drypers Drypantz pek Mega Kembar.
• Percuma Beg Lipat Pinkfong Baby Shark dengan setiap pembelian Drypers Drypantz pek Mega.
• Keseronokan tidak terhenti disini. Kumpulkan kesemua edisi terhad produk penjagaan bayi Pinkfong Baby Shark yang comel ini dengan pembelian Drypers edisi terhad Pinkfong Baby Shark, Head To Toe 750ml, Head To Toe Fruit 750ml, Head To Toe Avocado 750ml dan Baby Wipes 100s x 2 menjadikan masa mandi si kecil lebih seronok.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pelekapan Yang Salah Semasa Menyusu Boleh Menyebabkan Puting Merekah! Lakukan Cara Ini Untuk Elak Rasa Sakit

Masalah puting merekah berkemungkinan berpunca daripada pelekapan yang tidak betul (shallow latch), kelainan pada lidah atau bibir seperti bersambung (tongue-tie/ lip tie),jangkitan pada puting seperti jangkitan kulat dan sebagainya. Pertama sekali, kita perlu mencari punca masalah ini kemudian barulah mendapatkan penyelesaian. Dapatkan bantuan konsultan laktasi bertauliah (IBCLC) jika usaha yang anda lakukan tidak berjaya.
Semasa penyusuan
- Susukan bayi pada sebelah payudara yang tidak sakit supaya dia boleh menyusukan dengan lebih lembut pada payudara yang sakit.
- Pelekapan ketika ini akan menyakitkan. Tuam ais pada puting untuk mengurangkan kesakitan.
- Bereksperimen dengan payudara dan berikan si kecil payudara yang anda selesa dan tidak sakit.
- Jika penyusuan secara terus amat menyakitkan, lebih baik susu diperah untuk mengelakkan mastitis dan mengelakkan produksi susu merudum. Gunakan perahan tangan jika perahan menggunakan pam menyakitkan.
Selepas penyusuan
- Bilas dengan larutan air garam (saline) supaya payudara tidak sakit. Cara menyediakan larutan saline ialah dengan mencampurkan setengah sudu teh garam ke dalam gelas berisi lapan oz air bersih. Sediakan baru setiap hari untuk mengelakkan kontaminasi. Anda juga boleh membeli larutan saline yang siap dalam pek individu di farmasi.
- Selepas penyusuan, rendamkan, atau pancutkan puting yang merekah dengan larutan saline ini selama seminit.
- Elakkan merendam terlalu lama melebihi lima minit kerana ia boleh menyebabkan kulit puting menjadi kering dan lambat sembuh.
- Keringkan dengan tisu.
- Jika bayi menolak payudara kerana ‘rasa’ puting yang agak masin, bilas dan keringkan puting payudara sebelum menyusukan.
Selepas bilasan air garam
- Sapukan susu ibu pada puting untuk menggalakkan penyembuhan.
- Sapuan krim atau gel boleh membantu melembap dan memulihkan bahagian terbabit.
- Jika ada jangkitan thrush, sapukan dengan salap anti fungus setiap kali selepas rendaman air garam.
- Jika perlu, sapukan ubat antibiotik seperti Bactroban/mupirocin, atau Polysporin setiap kali selepas menyusukan.
- Ubat sapu seperti Per Hale, Bactroban (mupirocin adalah pilihan paling selamat bagi ibu menyusu). Ubat-ubatan ini hanya boleh didapati melalui preskripsi oleh doktor.
- Manakala Polysporin (Polymyxin B Sulfate and Bacitracin Zinc) pula boleh didapati di farmasi tetapi terhad pada bagaian puting sahaja.
- Ubat-ubatan ini tidak perlu dicuci sekiranya disapu sedikit sahaja. Tetapi jika sapuan agak banyak, lapkan bahagian terbabit dengan kain lembap.
Antara penyusuan
- Udarakan puting sebanyak mungkin. Pastikan juga anda menukar pad payudara sekerap mungkin. Pakai breast shell untuk mengelakkan puting yang merekah lembap dan terhimpit.
- Jika anda berasa sakit, letakkan pek ais yang dibekukan bebalut kain pada puting yang merekah selama 20 puluh minit dalam selang masa 20 minit.
- Ibuprofen (Advil, Motrin) atau acetaminophen (Tylenol) juga penahan sakit yang boleh diambil bagi ibu menyusu.
- Gunakan sabun tanpa pewangi bukan anti bakteria untuk membersihkan kawasan yang merekah kemudian bilas di bawah air yang mengalir. Penggunaan sabun pada puting tidak digalakkan pada waktu biasa melainkan ia merekah.
Saksikan Rancangan Pa&Ma episod Beza Anak Hyperaktif & Aktif minggu ini setiap selasa pukul 12 tengah hari dan ulanganya 9 malam di Astro Prima & Maya HD
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI