Yusoff Al-Qardawi Minum Susu Ibu Menyusu 23 Jam Sehari, Patutlah Bambam. Netizen Kata Nangis Pun Tetap Nampak Comel

Share

Yusoff Al-Qardawi, anak keempat Dato’ Sri Aliff Syukri & Datin Sri Shahida ini rupanya kuat menyusu. Kebaikan susu ibu yang diperolehi buat dia makin berisi. Netizen pula geram melihat kecomelannya yang makin terserlah.

Abah Yusoff, Dato’ Sri Aliff Syukri pula suka menyakat Yusoff dengan mengambil video bayinya ini sedang menangis ingin disusukan.

Dikatakan suka menyusu hampir sepanjang hari, Yusoff juga makin pandai ‘mengomel’. Malah ia diakui oleh abahnya, tiada anak-anaknya yang lain yang kerap menyusu seperti Yusoff.

Nak tido malam pun susah skrg , sisapa senasib mcm saya???

Sebenarya banyak-banyak anak saya @yusoffalqardawi ni paling kuat mengomel dan kuat minum susu. Boleh dikatakan 23 jam sehari dia akan minum susu.. gantung.


NETIZEN KONGSI PENGALAMAN

 

GERAM DENGAN KECOMELAN YUSOFF


TIP PA&MA

Ini merupakan perkembangan yang baik untuk bayi seusia Yusoff. Bagi menggalakkan perkembangan yang baik bagi bayi berusia sebulan, ada 3 cara yang boleh ibu bapa dilakukan iaitu;

  1. Banyakkan berbual dan bercakap serta eye contact dengan bayi kerana suara ibu bapanya akan menenangkan dan menggalakkan perkembangan bahasa mereka.
  2. Pilih mainan yang berbunyi (bukan berbateri) seperti rattle atau kerincing dan gerakkan di hadapan bayi supaya dia boleh mengikut arah bunyi dengan matanya.
  3. Baby mobile yang digantung pada baby cot boleh membantu bayi fokus dan perkembangan penglihatan bayi.

Sumber: Instagram Ohabangkosmetik & Majalah PA&MA

Published by
Azma ML