Yusoff Mula Cemburu Dengan Baby Raudah. Hari Pertama Dah Nak Kena Cakar

Share

Kehadiran orang baru dalam keluarga penyanyi dan usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Shahida beberapa hari lalu memberi kegembiraan buat seluruh ahli keluarga setelah lama menanti bayi perempuan.

Bayi perempuan yang diberi nama Raudah Arshiyah yang bermaksud Taman Terbaik itu kini menjadi perhatian seluruh ahli keluarga.

Bagaimanapun, menurut Datin Seri Shahida memandangkan anak keempatnya, Yusoff Al Qardawi masih lagi kecil dan dalam proses untuk menerima adik baru, kena banyak ambil hatinya dulu.

“Sekarang ni kena banyak ambik hati @yusoffalqardawi_terlajaklaris sebab dia dah start cemburu dengan baby raudhah!!

Hari pertama je dia nampak baby dia nak keracak(cakar)….sekarang dah masuk hari ke 3 dia dah start ok dan faham…..tapi jangan pegang baby lama-lama sangat kena pegang dia juga baru dia tepuk tangan.”

Sementara itu, menerusi laman Instagram Rozita Ibrahim, ibu Datuk Aliff Syukri berkongsi momen istimewa keluarga itu menerima orang baru.

Malah, dia turut mendedahkan nama yang diberikan kepada anak kelima pasangan popular itu.

“Slide tau “ sempat sy snap gambar baby senyum” mood Abah paling hapy dapat anak perempuan

“Kami sedih muka Yusuf jelez dan tarik diri menyendiri dgn Raudah Arshiyah nama baby baru family kami.

Menerusi ruang komen, netizen memuji keindahan nama milik si comel.

Aliff dan Shahida berkahwin pada Ogos 2007. Pasangan ini dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ammaar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham dan Yusoff Al Qardawy serta seorang anak angkat.

Published by
Wan Amy