Yusuf Iskandar memang bijak dan selalu tampil dengan aksi-aksi comel. Makin petah rupa-rupanya Yusuf, dia sudah pandai menyebut namanya sendiri.
Hairul telah berkongsi beberapa momen dia bersama Yusuf dan Hanis ketika mengerjakan umrah. Antaranya ialah video Yusuf memberikan sedekah kepada kanak-kanak dan para jemaah dan meminum air zam zam.
Antara video yang mencuit hati ialah yang memaparkan Yusuf menyebut namanya sendiri. Kata Yusuf, “Yusuf Is Kandar” kerana menterjemah ‘Is’ pada pangkal nama keduanya itu sebagai ialah.
Kata Yusuf, Daddy is Hairul, Mommy is Hanis. Manakala Yusuf is Kandar.
Aksi comel Yusuf mencuit hati netizen. Ramai yang mengakui menonton video ini berulang kali hingga video ini mencapai hampir 300 ribu tontonan dalam masa sehari!
Leukemia akut merupakan penyakit kanser darah putih yang dihidap oleh kanak-kanak. Ketahui kupasan pakar dan perkongsian pengalaman ibu bapa tentang simptom dan punca terjadinya penyakit barah ini pada kanak-kanak dalam rancangan TV Pa&Ma yang bertajuk “AnakLeukemia,Apa Sebabnya?” jam 12 tengah hari & ulangan 9 malam di slot Dewi (Astro Prima [105] & Astro Maya HD [135]) pada Selasa, 25 Disember 2018.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dalam dunia keibubapaan hari ini, ramai ibu ayah rasa tertekan bila anak belum pandai membaca, terutama bila nampak anak orang lain dah boleh baca buku cerita dengan lancar. Tapi sebenarnya, setiap anak ada masa dan gaya belajar yang berbeza.
Menerusi perkongsian seorang ibu di laman Facebook, beliau berkongsi 7 cara ajar anak membaca yang boleh dijadikan panduan berguna untuk ibu ayah lain. Katanya, jangan sesekali paksa anak atau stres, sebab tekanan hanya akan buat anak hilang minat untuk membaca. Bahaya tau!
Nak tahu macam mana cara dia ajar anak sampai pandai membaca dengan santai? Jom tengok satu-satu.
Mulakan seawal mungkin seawal 6 bulan pun dah boleh bacakan buku cerita. Kajian menunjukkan bayi yang dibesarkan dalam suasana yang sering dibacakan buku dan selalu berkomunikasi akan memiliki kosa kata yang lebih banyak.
Sebelum ajar anak membaca, biar dulu mereka pandai bercakap dan faham arahan. Menurut pakar terapi carakerja (OT), bawah umur 2–3 tahun tak perlu ajar ABC atau 123 lagi, cukup fokus pada perkembangan asas dulu.
Irama dan lagu bantu stimulasi otak anak. Bila anak menyanyi sambil menari, dua-dua belah otak aktif! Kalau guna fonik, boleh guna lagu popular seperti “Abu Ada Ayam” atau lagu ABC. Janji anak enjoy!
Setiap huruf boleh dijadikan aktiviti menyeronokkan. Contohnya, huruf A untuk ayam — guna kulit telur ayam untuk tampal pada kertas. Biar anak kupas kulit telur tu sendiri.
Aktiviti begini bantu kuatkan motor halus, motor kasar dan koordinasi mata-tangan. Boleh juga buat “game tabur huruf”: sebut bunyi huruf dan suruh anak cari yang betul. Seronok dan efektif!
Kalau guna fonik, ajar anak gabungkan bunyi seperti /beh/ + /aa/ = ba. Kalau ikut kaedah suku kata pun sama konsep — ‘b’ kawan dengan ‘a’ jadi “ba”.
Ibu ini siap DIY guna muka Hello Kitty, letak huruf satu-satu untuk anak belajar! Nak versi comel lagi, boleh cari flip-card menarik di pasaran.
Bila anak dah boleh gabung dua huruf, teruskan dengan aktiviti suku kata. Contohnya bahagian tubuh: Da-hi, Pi-pi, Da-gu, Ka-ki.
Anak lebih cepat tangkap bila belajar sambil melihat, menyentuh dan bermain — bukan hanya melalui buku. Katanya, dia suka “bawa keluar” isi dari buku jadi benda nyata yang anak boleh pegang dan rasa.
Bila anak dah boleh membaca sedikit, jadikan membaca sebagai rutin bersama. Contohnya, ibu baca satu ayat, anak sambung ayat seterusnya. Tampal poster bacaan di tempat yang mudah dilihat — dinding, peti ais, ruang tamu. Membaca bukan hanya di buku, tapi di sekeliling kehidupan anak.
Pesan ibu ni, “Please jangan stress!” Bila kita tegang, anak pun boleh rasa. Bila kita paksa, minat mereka hilang. Cuba fikir aktiviti yang menarik minat anak, peluk dan puji selalu.
Katanya, setiap hari dia cuma luangkan 5–15 minit untuk aktiviti membaca. Selebihnya, main, main, dan main! Tahu-tahu saja, anak dah boleh membaca dengan lancar.
Cara ajar anak membaca bukan melalui paksaan, tapi melalui kasih sayang, komunikasi, dan keseronokan. Semoga perkongsian ini bantu ibu ayah di luar sana faham bahawa perjalanan membaca anak tak perlu stres — yang penting, enjoy the process dan raikan setiap kemajuan kecil mereka.
Anak mengamuk mahu dibelikan barang yang dimahukan itu biasa. Jika tidak tidak dipenuhi akan mengamuk berguling. Drama tak kunjung habis buat ramai ibu ayah pening! Apa kata cuba tips ini.
Bukan tidak mahu belikan, tapi kadang-kadang ibu ayah ada bajet dan perancangan kewangan yang perlu diikuti setiap bulan. Ia juga satu pembaziran jika terlalu banyak mainan yang lebih kurang sama dan barangan yang tidak diperlukan. Sekali dua mungkin boleh dilayani permintaannya, tapi jika selalu sangat memang sukar untuk dipenuhi.
Sebenarnya keadaan ini boleh diatasi dengan teknik yang dicadangkan oleh kaunselor ini Puan Farhan. Beliau telah berkongsi 5 langkah teknik untuk menghadapi saat-saat anak mengamuk untuk dibelikan sesuatu bila membeli belah. Berikut ialah perkongsian beliau;
Biasanya, bila kita membawa anak anak ke kedai, masalah yang paling biasa kita alami adalah anak mengamuk hendak membeli pelbagai jenis barang.
Kadang kadang, belum sampai separuh kedai kita berjalan, sudah penuh barang di dalam bakul.
Apabila anak mahukan sesuatu, mereka bijak menggunakan kesempatan di tempat yang ada ramai orang seperti di shopping complex.
IBU AYAH PERLU TEGAS
Mereka tahu dengan sedikit tangisan mereka akan berjaya mendapatkan apa yang mereka mahu. Di sini juga mereka akan uji sejauh mana ketegasan kita.
Kalau kita mudah malu kepada orang sekeliling, kita rela menurut apa yang anak mahukan biarpun kadang kadang semua benda itu tidak berfaedah pun.
Saya ingin kongsikan teknik yang saya guna apabila berada dalam situasi ini.
#1 BERTEGAS AKAN BAYAR YANG DALAM BAKUL SAHAJA
Pada kebiasannya, saya akan bertegas dan saya akan memberitahu anak saya yang saya akan bayar apa yang ada di dalam bakul sahaja.
Barang barang lain yang dipegang di tangan dan barang yang saya tidak izinkan saya tidak akan bayar.
Saya telah praktikkan cara ini sudah hampir 2 tahun.
Pada permulaannya, memang anak saya menangis sehingga orang sekeliling pelik melihat situasi itu.
Biasanya barang yang dia mahu dia akan pegang erat sehingga kepada kaunter bayaran.
#2 JIKA MAHU BOLEH, TAPI BAYAR SENDIRI
Saya tegaskan kepada dia, sekiranya dia mahu barang itu boleh, tetapi dia harus bayar sendiri.
Jadi perkara pertama yang perlu dilakukan adalah memberi kebenaran kepada anak untuk membeli barang tersebut, tetapi yang pastinya ia bersyarat.
Sebelum ini, saya suka merayu pada dia agar meletakkan kembali barang barang yang saya tidak izinkan, tetap kesannya dia mengamuk semakin kuat.
Akhirnya, saya akan beralah dan membelikan barang itu.
#3 BERI KEIZINAN UNTUK PEGANG
Jadi, apabila saya memberi kata keizinan bersyarat untuk dia mengambil barang itu, dia tidak lagi mengamuk, sebaliknya dia hanya akan pegang barang yang dia mahukan.
Apabila saya ke kaunter bayaran dia segera meletakkan barang itu ke tempat asal.
Paling tidak pun sampai di kaunter dia akan mengalah apabila barang itu tidak dikira oleh cashier..
Pernah juga dia merayu kepada saya untuk memujuk saya agar dia biasa membeli mainan yang dia inginkan
“Ibu, boleh lah kakak nak beli mainan ni”
#4 BERIKAN PENERANGAN KENAPA TIDAK BOLEH BELI
Biasanya kalau barang itu tidak diperlukan saya akan memberi penerangan ringkas sahaja.
“Tak payah la beli kakak, mainan ni mudah rosak, nanti membazir saja”
Sekiranya dia masih berkeras saya akan menggunakan cara yang terakhir iaitu, mengizinkan dia beli dengan syarat “Boleh, bayar sendiri”
Jadi, sekarang apabila ke ke kedai, saya lebih mudah mengawal anak saya apabila dia inginkan perkara yang bukan bukan. Saya hanya perlu kata;
“Bayar sendiri”
Dan itu akan menjadi penamat kepada drama kami di pusat membeli belah.
Perlu saya ingatkan, cara ini sesuai untuk anak anak 3 tahun ke atas kerana mereka sudah mula membentuk sedikit demi sedikit self control dalam diri.
Perlu juga saya tekankan jika anda baru belajar memenggunakan teknik ini, ibu dan ayah kena expect sedikit drama. Tetapi, percayalah dengan cara ini lama kelamaan self control ana semakin baik dan mereka semakin boleh mengawal keinginan mereka.
#5 PUJI BILA DIA BERJAYA KAWAL DIRI
Puji anak anak apabila mereka berjaya keluar dari kedai tanpa sebarang drama dan amukan kerana inginkan sesuatu barang yang tidak mereka perlu pun!
Dalam berurusan dengan anak anak yang bijak, ibu jadi lebih bijak…?
Setiap ibu bapa mengimpikan anak yang aktif, sihat dan yakin diri. Namun, pernahkah anda terfikir bahawa tulang belakang anak anda sedang membengkok sedikit demi sedikit – tanpa anda sedari? Scoliosis bukan sekadar masalah fizikal. Ia adalah musuh senyap yang boleh merampas masa depan anak anda. Dalam artikel ini, kami akan bongkarkan realiti sebenar tentang scoliosis dan apa yang anda perlu lakukan sekarang – sebelum semuanya terlambat.
Scoliosis adalah keadaan perubatan di mana tulang belakang melengkung ke sisi melebihi 10 darjah. Ini berbeza dari “bongkok biasa” yang ramai anggap remeh. Ia boleh menyebabkan ketidakseimbangan tubuh, sakit kronik dan kesukaran bernafas jika berterusan.
Fakta Menarik: Kajian mendapati bahawa 2-3% daripada populasi mempunyai scoliosis – bermaksud 2 atau 3 daripada setiap 100 kanak-kanak mungkin mengalaminya tanpa sedar!
Jenis scoliosis:
Selain faktor genetik, scoliosis juga boleh disebabkan oleh gaya hidup moden:
iNFO TAMBAHAN: Ramai ibu bapa tidak tahu bahawa pertumbuhan tulang paling agresif berlaku semasa akil baligh – waktu inilah risiko scoliosis paling tinggi.
Kesan scoliosis jauh lebih dalam daripada sekadar sakit belakang:
Kisah Benar: Seorang remaja Malaysia, Nur Alia (16 tahun) mengalami scoliosis tahap kritikal. Dia memerlukan pembedahan tulang belakang segera tetapi kos mencecah RM80,000. Keluarganya terpaksa buat kutipan awam – semuanya kerana tidak dikesan awal.
Ibu bapa perlu bertindak seawal mungkin, bukan hanya tunggu sakit:
Ujian Ringkas Di Rumah: Minta anak membongkok ke depan, lihat dari belakang – jika satu sisi belakang lebih tinggi, itu tanda awal scoliosis.
Tulang belakang adalah tiang utama tubuh manusia. Menjaganya bukan sahaja soal kesihatan fizikal – tetapi juga maruah dan masa depan anak anda. Jika dicegah dari awal:
Satu kelalaian hari ini, boleh menjadi penyesalan seumur hidup.
Scoliosis bukan mitos. Ia berlaku setiap hari, mungkin sedang berlaku kepada anak anda sekarang. Jangan jadi ibu bapa yang menyesal kerana bertindak lambat. Jadilah pelindung pertama anak anda. Periksa mereka, pantau mereka, dan bantu mereka. Masa depan mereka bergantung pada langkah kecil yang anda ambil hari ini.
Lindungi tulang belakang mereka. Lindungi kehidupan mereka.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!