“Yusuf Kena Salam & Bye Bye Mommy”. Ini Cara Hanis Zalikha Ucap Selamat Jalan Kepada Yusuf, Bukan Keluar Sorok-Sorok Buat Anak Tercari-Cari!

Share

Cara Hanis Zalikha ucap selamat jalan kepada yusuf wajar dicontohi. Bukan keluar sorok-sorok, tahu-tahu hilang je. Apa pun mama kena tabahkan hati!

Hanis baru-baru ini berkongsi cara beliau meninggalkan anak kesayangan, Yusuf Iskandar tanpa perlu senyap-senyap keluar secara sembunyi-sembunyi untuk mengelakkan Yusuf menangis.

Early morning shoot for me today. I love you so much anak manja Mommy @theyusufiskandar . I never sneak away from Yusuf sebab nanti dia akan tercari-cari dan rasa kehilangan. So macam mana susah pun nak berpisah, Yusuf kena salam dan bye bye Mommy. Sebab lepas tu dia faham, nangis sekejap, pastu teruskan kehidupan dia yang ceria ? Mommy ni sekarang ni ceria ke tak nak work ni ?

BAIK UNTUK EMOSI YUSUF

Cara yang digunakan ibu muda ini lebih diplomatik dan baik untuk emosi anak. Sekurang-kurangnya Yusuf tidak terasa kehilangan dan tercari-cari Hanis kerana sudah  maklum ibunya itu keluar bekerja. Ini juga sebagai latihan yang baik untuk Yusuf untuk memahami dan mengadaptasi dengan kerjaya ibunya.

CARA BAIK BERPISAH DENGAN ANAK

Cara yang dilakukan oleh Hanis ini juga malahan lebih baik daripada curi-curi keluar tanpa anak menyedari. Kebanyakan kesilapan yang dilakukan oleh ibu bapa yang meninggalkan anak secara rahsia kerana tidak menyebabkan kepercarcayaan kepada ibu dan ayahnya semakin berkurangan.

Mencipta kebiasaan kepada anak seperti bersalam dan melambai ketika perpisahan juga baik untuk menjadikan si anak rasa selamat dan bagus untuk kestabilan emosinya.

REAKSI DARIPADA RAKAN SELEBRITI DAN NETIZEN

Posting Hanis ini mendapat pelbagai reaksi daripada rakan selebriti dan netizen. Rata-rata berkongsi perasaan saat berpisah dengan anak.

Nad Zainal

Ibu-Ibu ini juga melakukan cara yang sama

Inspirasi kepada ibu-ibu lain

Sumber: Instagram Hanis Zalikha

 

 

 

 

 

Published by
Azma ML