Siapa sangka kegembiraan menyambut hari lahir anak sulung yang genap setahun berakhir dengan air mata keesokan harinya apabila anak comel ini kehilangan ibu buat selama-lamanya secara mengejut.
Menerusi perkongsian yang dibuat oleh Mumin Mohd, dia memaklumkan pemergian isteri tercinta, Athirah Jafar di ruangan Facebooknya dengan menyertakan gambar ketika sambutan hari lahir anak mereka benar-benar buatkan ramai sebak.
Lebih menyedihkan lagi, arwah isteri begitu teruja sebelum sambutan tersebut apabila membuat persiapan sejak sebulan yang lalu.
Ads
Difahamkan, sambutan hari lahir bertemakan animasi ‘Cocomelon’ yang diadakan pada Sabtu lalu menjadi kenangan terakhir buat mereka.
Menjengah ke ruangan Facebook arwah, dia dilihat telah berkongsi gambar bersama-sama suami, keluarga dan kenalan ketika meraikan hari lahir anaknya dikenali sebagai Muhammad Haider Yusuf.
Rebah dan pengsan secara tiba-tiba
Berdasarkan perkongsian di Facebook kenalannya, Athirah dimaklumkan rebah dan pengsan di tempat kerja sebelum dibawa ke salah satu pusat perubatan di Sarawak sebelum meninggal dunia.
Ads
Melalui video yang dikongsikan di Tik Tok @nzra_d, menunjukkan Haider Yusuf seolah faham yang ibunya akan meninggalkannya buat selama-lamanya dan seperti tiada mood ketika sambutan hari lahirnya.
Posting sambutan hari lahir yang dibuat oleh allahyarham juga telah bertukar dari ‘selamat hari lahir buat anak’ menjadi ucapan takziah buat keluarga diatas pemergian Athirah.
Ads
Masing-masing mengakui terkejut namun mendoakan agar allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.
Jodoh, ajal tiada siapa yang tahu. Itu semua takdir Allah. Tak sangka dari sekadar makan setahun sekali di restoran mahal, kini bergelar isteri kepada seorang bergelar Datuk dan usahawan jenama terkenal.
Pelakon dan usahawan, Atikah Suhaime mencuri perhatian netizen apabila secara terbuka berkongsi ‘tip cari suami kaya’ di TikTok . Lebih manis berkongsi pertemuan dengan suaminya, bertemu jodohnya, Datuk Lokman Teh.
Menurut Atikah, sebelum berkahwin, dia biasanya akan mengumpul duit dan makan di restoran mewah setahun sekali. Sikap jimatnya itu, akhirnya memberi kebahagiaan buat dirinya apabila bertemu jodoh di restauran mewah itu.
Pemilik nama Nur Atikah Mohd Suhaime, 34, berkata sebelum bernikah dia sering kumpul duit untuk makan di restoran mahal setahun sekali.
“Dulu saya berjimat setahun sekali makan dekat restoran macam ini. Dekat tempat macam inilah saya jumpa suami.”
“Cubalah, mana tahu satu hari nanti dapat.”
Atikah berkongsi tip itu selepas memberi respon salah seorang komen netizen yang ingin mencari lelaki kaya dengan menikmati hidangan mewah.
Tidak hanya itu, pelakon filem Lupakan Cinta itu juga berkata selain di restoran mahal, orang ramai juga boleh cuba pergi ke tempat main golf.
Lagi satu tempat main golf. Mahal tapi sekali sekala pergilah saja-saja.
Sebelum ini, Atikah berkongsi video memaparkan dia dan suaminya menikmati makan malam di sebuah restoran Jepun dengan harga melebihi RM800.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata suka dengan perkongsian telus pelakon itu. Malah ada yang mendoakan pasangan ini kekal bahagia.
Setiap tangisan bayi yang lahir ke dunia biasanya disambut dengan tawa, syukur dan air mata bahagia. Namun, bagi pasangan Mejar Ir Ts Mohd Fikry Amri Abdul Halim, 40, dan Sabrina Hakiem Zaini, 40, kegembiraan itu turut diselubungi rasa cemas dan debar apabila salah seorang daripada bayi kembar tiga mereka kini masih dirawat di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU).
Pasangan ini menyambut kelahiran tiga puteri comel pada 24 Oktober lalu, selepas melalui kehamilan penuh cabaran apabila doktor mengesahkan bayi kembar tiga itu perlu dilahirkan lebih awal pada usia 31 minggu kandungan. Keputusan itu dibuat bagi memastikan keselamatan ibu dan anak-anak yang dikandung.
Menurut laporan Kosmo!, ketiga-tiga bayi dilahirkan secara pramatang dan kini berada di bawah pengawasan pakar perubatan. Namun, seorang daripada mereka, Maryam Al Khawla, ditempatkan di NICU kerana memerlukan bantuan ubat dan pemantauan rapi daripada doktor.
Dua lagi kembar, Maryam Al Lubna dan Maryam Al Arwaa, dilaporkan menunjukkan perkembangan positif di Wad Rawatan Khas Bayi. Walaupun masih kecil dan memerlukan perhatian, kedua-duanya menunjukkan tanda-tanda semakin kuat dari hari ke hari.
“Alhamdulillah, isteri saya selamat, dan dua bayi kami menunjukkan perkembangan baik. Namun, seorang lagi, Al Khawla, masih dalam pemantauan rapi dan bergantung kepada ubat yang diberikan oleh doktor,” ujar Mohd Fikry dengan penuh kesyukuran dan harapan.
Mohd Fikry yang kini bertugas di Skuadron Ke-12 Rejimen Askar Jurutera Diraja (12 Skn RAJD CBRNe) turut menjelaskan, keputusan untuk melahirkan bayi lebih awal dibuat selepas berbincang dengan doktor bagi mengelakkan risiko kepada isteri dan anak-anak mereka.
“Bayi kami dilahirkan pada usia 31 minggu kerana keadaan kandungan kembar tiga menyebabkan ruang rahim menjadi terlalu padat dan berisiko kepada ibu serta anak-anak,” katanya.
Menurutnya lagi, Maryam Al Khawla merupakan bayi paling kecil antara tiga beradik itu dengan berat hanya 1.78 kilogram ketika dilahirkan. Meskipun kecil dan masih bergantung kepada rawatan, semangat juang bayi ini menjadi kekuatan buat kedua ibu bapanya.
“Sebagai ibu bapa, sudah tentu kami risau. Tapi emosi isteri saya stabil, dan kami reda dengan ketentuan Allah. Kami berterima kasih atas doa dan sokongan rakyat Malaysia, dan memohon agar semua terus mendoakan anak-anak kami supaya membesar sihat dan kuat,” ujarnya penuh harapan.
Bagi ramai yang mungkin tertanya-tanya, kehamilan kembar tiga bukanlah sesuatu yang biasa. Ia merupakan kejadian yang sangat jarang berlaku, dengan anggaran hanya sekitar 1 dalam 8,000 kelahiran secara semula jadi di seluruh dunia.
Dalam banyak kes, kehamilan triplet berlaku hasil rawatan kesuburan seperti In Vitro Fertilization (IVF) atau ubat rangsangan ovulasi. Namun bagi yang hamil secara semula jadi, ia dianggap rezeki luar biasa – penuh keajaiban dan dalam masa sama, penuh risiko.
Antara risiko utama kehamilan triplet termasuk:
Dalam situasi sebegini, setiap hari di NICU adalah perjuangan — bukan hanya bagi bayi kecil yang sedang bertarung untuk hidup, tetapi juga bagi ibu bapa yang menunggu dengan penuh sabar dan doa di luar bilik rawatan.
Ini bukan kali pertama pasangan ini diuji. Sebelum ini, mereka pernah kehilangan anak sulung, Muhammad Al Fateh Amri, yang meninggal dunia pada usia lapan bulan selepas dihantar ke sebuah taska di Kelemak, Alor Gajah, Melaka.
Kehilangan itu meninggalkan luka mendalam, namun pasangan ini kekal kuat dan tidak pernah berhenti berharap. Kini, Allah sekali lagi menguji mereka – kali ini dengan tiga nyawa kecil yang memerlukan kasih sayang, kekuatan dan doa yang tidak pernah putus.
“Kami reda dengan apa pun yang Allah tentukan. Yang penting, kami nak lihat anak-anak kami kuat dan membesar dalam kasih sayang,” kata Mohd Fikry dalam nada tenang namun sarat emosi.
Sejak kisah ini tular di media sosial, ramai warga maya menzahirkan rasa simpati dan menitipkan doa agar ketiga-tiga bayi comel ini terus diberi kekuatan serta kesihatan yang baik. Ramai yang tersentuh melihat ketabahan pasangan ini menghadapi ujian demi ujian dengan hati terbuka.
Di sebalik setiap senyuman yang ditunjukkan, tersimpan getar hati seorang ayah dan tangisan tertahan seorang ibu yang setiap hari menunggu perkembangan anak kecil mereka di NICU. Setiap denyutan jantung, setiap nafas, setiap hari adalah perjuangan yang luar biasa.
Ramai netizen juga memuji ketabahan Sabrina yang kekal positif walaupun masih dalam proses pemulihan selepas bersalin secara pramatang. Ujian ini mungkin berat, namun semangat dan doa dari seluruh rakyat Malaysia menjadi penguat buat mereka berdua.
Moga Maryam Al Khawla, Maryam Al Lubna dan Maryam Al Arwaa terus membesar sebagai anak-anak yang sihat, solehah dan menjadi kebanggaan ibu ayah mereka. Setiap langkah kecil di NICU adalah bukti bahawa keajaiban Allah itu sentiasa ada – cuma datang dalam bentuk yang berbeza.
Kisah pasangan ini mengingatkan kita semua bahawa setiap nyawa yang lahir ke dunia adalah anugerah. Walaupun diuji dengan tangisan dan kesakitan, di penghujungnya pasti terselit cahaya kasih dan rahmat yang tidak ternilai.
Semoga Allah mempermudahkan segala urusan keluarga ini, mengurniakan kesembuhan kepada Maryam Al Khawla dan memberi kekuatan kepada kedua ibu bapa yang tabah ini untuk terus melangkah dengan penuh keimanan dan harapan.
Tak sampai 24 jam kisah ibu tunggal, Azimah Abd Rahim, 37, tular setelah terpaksa membawa anaknya, Nurainul Zahirah Rashidi, 6 yang merupakan Orang Kelainan Upaya buta kekal ketika bekerja sebagai penghantar pesanan makanan, Ebit Lew antara individu terawal pergi berjumpa Azimah.
Menerusi perkongsian di Facebook Ebit Lew, beliau telah pergi berjumpa sendiri dengan Azimah untuk bertanya khabar dan mengetahui secara terperinci keperluan yang diperlukan untuk dua beranak ini.
Difahamkan, Ebit Lew telah menghadiahkan sebuah kereta Viva buat Azimah setelah ramai bersimpati melihat kesungguhannya mengendong anak perempuan ketika menghantar makanan sama ada dalam keadaan cuaca panas atau hujan.
Azimah kelihatan menangis dalam kereta yang dihadiahkan Ebit Lew kerana sangat terharu sambil memeluk anaknya dan kata, “Ya Allah, anak rezeki kita. Tak sangka dapat rezeki begini.”
Pernah bantu carikan rumah dan bayarkan sewa
Ebit juga turut mengakui dia sebak dan sayu melihat kekuatan Azimah untuk mencari nafkah demi diri dan anaknya.
“Sayu hati bila ziarah akak ni tadi. Kuatnya seorang ibu demi membesarkan anak dengan kerja menghantar makanan dengan mengendong anaknya.
“Syukur pada Allah, 11 bulan lalu kami carikan rumah dan kami bayarkan sewa bulanan rumah akak ini dan anak kecilnya sehingga kini. Kami cuba bantu nak carikan pengasuh tetapi anak ini aktif dan tidak mahu orang lain. Beberapa pengasuh tak dapat menjaganya kerana dia perlu perhatian 24 jam oleh ibunya.
“Menangis bila jumpa akak ni. Katanya dari arwah maknya ingin jumpa saya. Setiap hari doakan saya,” kongsi Ebit.
Hadiahkan kereta untuk mudahkan pergerakan
Hari ini kami hadiahkan sebuah kereta supaya akak ni boleh kerja menghantar barang dan makanan menggunakan kereta.
Kadang mengambil tempahan membuat mee kari dengan laksa untuk rumah yang inginkan. Beliau pandai masak juga.
Ya Allah semoga Allah beri kekuatan buat kakak ini bersama anak kecilnya.