Pasangan selebriti popular, Zahirah MacWilson dan Aiman Hakim Ridza yang memuat naik gambar mereka sekeluarga menarik perhatian warganet di media sosial.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Zahirah atau nama lengkapnya Nur Zahirah Macwilson Zainul Macwilson di laman Instagramnya, potret keluarga ini dilihat cukup sempurna.
Apa lagi dengan kehadiran dua cahaya mata pelengkap bahagia mereka, Isaac Raees dan Inara Raisa yang baru dilahirkan pada Jun lalu.
“Our first family photo,” ujarnya ringkas di ruangan kapsyen.
Ads
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar Zahirah dan Aiman kekal bahagia hingga ke syurga bersama anak-anak tersayang.
Malah penampilan Zahirah dengan status ibu anak dua dipuji wargamaya. Ibu cantik manis ini dilihat cukup cantik berseri, terserlah aura keibuannya lebih-lebih lagi selepas menimang anak perempuannya pada Jun lalu.
Ads
Sekadar info, Zahirah dan Aiman mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Isaac Raees dan Inara Raisa.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Kasih seorang anak tak kenal batas. Ini jelas kelihatan apabila seorang pemuda sanggup berikhtiar mencari tangki air untuk membawa ibunya yang menghidap asma meredah banjir di Kampung Sri Kulim, Melor, Kota Bharu Kelantan.
Memetik laporan Bernama, Mohammad Shaher Rahalim, 33, berkata bersama beberapa rakan dia mengambil inisiatif mencari tangki air bagi mengangkut keluar ibu, Rosliza Ibrahim, 58, yang kesejukan akibat rumah mereka dimasuki air sedalam dua meter.
“Ibu menghidap asma sejak 20 tahun lepas dan dia tidak bole berada dalam keadaan kedinginan.
“Saya berusaha menghubungi pihak berkuasa bagi mendapatkan bot penyelamat namun selepas menunggu lebih dua jam dan melihat keadaan ibu semakin serius, saya serta rakan mencari ikhtiar bagi membawanya keluar.”
Anak sulung itu berkata sebaik diselamatkan dan berjumpa semula dengan adik, Nur Shasabila, 26, mereka menunggu pula bapa, Rahalim Ismail, 61, yang dibawa keluar dengan bot penyelamat Jabatan Pertahanan Awam.
Keadaan banjir di Kelantan
Mohamad Shaher berkata walaupun ibu bapanya sudah dibawa ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Melor, mereka mash tidak dapat mendaftar kerana jumlah mangsa banjir sudah terlalu ramai di PPS tersebut.
“Kami kemudian memutuskan untuk membawa ibu bapa ke rumah saya di Kampung Alor Bakat bagi membolehkan mereka berehat dengan lebih selesa dan kesihatan terjaga,” katanya. Dia juga bercadang untuk mendaftarkan ibu bapanya di mana-mana PPS berdekatan esok.
Sumber: Bernama
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Gelagat Rina, anak Maryam Durian Kimchi cuit hati warga maya, “Rina nak kurus la.” Personaliti media sosial, Maryam Younaree sering berkongsi telatah comel anak perempuannya. Paling seronok bila dapat tengok Rina menikmati makanan yang disediakan oleh ibunya dengan penuh berselera.
Gelagat Rina, Anak Maryam Durian Kimchi Cuit Hati Warga Maya, “Rina Nak Kurus La”
Pendek kata ramai warga maya yang ternanti-nantikan ‘video makan’ Rina. Baru-baru ini gelagat Rina dalam video TikTok yang dimuatnaik oleh ibunya, Maryam menerusi akaun TikTok @uyounik menarik perhatian warga maya.
Dalam video tersebut, Rina menyuarakan dia ingin kurus. Comel sahaja bila Rina berkata-kata sambil ibunya, Maryam kerenah si kecil mengomel.
“Siapa cakap Rina gemuk” – tulis Maryam di ruangan kapsyen.
Hantaran tersebut mendapat tindakbalas di kalangan warga maya. Berikut antara komen-komen warga maya.
Wow best giler! Inilah peluang untuk semua followers Pa&Ma dan Pn Nad Masrom bersama rakan-rakan menyambut MINGGU PENYUSUAN SEDUNIA bersama-sama di WEBINAR PENYUSUAN – SYOKNYA SUSUKAN ANAK!
Tunjukkan kuasa ibu menyusu mampu gegarkan webinar ini dengan kehadiran seramai yang boleh. Sambil-sambil itu kita tambah lagi ilmu penyusuan.
Bukan itu sahaja ya, ada banyak hadiah cabutan menarik kita sediakan. Antaranya, baucar penginapan 2H 1M di hotel best, pam susu elektrik serta banyak lagi.
Bila bulan puasa ni, kaum ibu lah yang paling sibuk sekali. kena siapkan makan untuk berbuka puasa dan bersahur, sudah menjadi tanggugjawab yang kita seronok buat. Cuma ada masanya mungkin kekangan tertentu membuatkan perancangan yang telah dibuat terbantut.
Begitulah dengan Nurul Natasha yang telah berkongsi video di akaun Tiktoknya ketika dia ‘mematahkan’ kacang panjang kerana terperangkap di dalam kesesakan lalu lintas.
Melalui portal Mstar, wanita ini menceritakan semula kisa di sebalik video yang viral apabila dimuatnaik pada hari pertama puasa, Khamis minggu lepas.
“Masa tu tengah hadap jam, nak balik ke rumah dari pejabat di Bandar Puchong Jaya. Sebelum tu, memang ada singgah ke kedai beli kacang panjang. Kalau tak sesak, lima minit dah sampai tapi sebab jam, perjalanan boleh jadi 30 minit.”
Katanya lagi, dia keluar dari pejabat pada jam 5.15 petang tapi pada waktu itu jam 6.55 petang pun masih belum tiba di rumah. Natasha menetap di Kajang dan nak dijadikan cerita ketika itu memandu sendirian.
Sumber foto: Portal mStar
Hajatnya nak masak sayur kacang panjang goreng dengan telur dan ayam tapi ‘terkubur’ kerana bila sampai rumah waktu berbuka pun dah hampir.
“Sebab itulah masa tu tak fikir apa dah. Saya tahu sampai rumah nak terus masak. Lagi pula hari pertama puasa, niat nak masak macam-macam tapi terkandas atas jalan. Niat tu tinggal niat sajalah.”
Cerita Natasha, tengah hari sebelum itu dia ada menonton sebuah video masakan di TikTok yang berkongsi resipi kacang panjang goreng. Ketika sedang sibuk memasak di dapur, azan sudah pun berkumandang. Hari pertama Ramadan, tak dapatlah Natasha dan suami berbuka elok-elok.
Mengimbau kembali kenangan ketika bulan puasa, sebelum ini dia juga pernah membersihkan ikan bilis di dalam kereta tetapi ketika itu ada suami memandu di sebelah.
Natasha yang telah berkahwin selama tujuh tahun dan mempunyai seorang anak ini turut menitipkan pesanan;
“Sebagai ibu dan isteri yang bekerja, masa terhad. Awal pagi dah keluar cari rezeki, bila balik tu sampai je rumah tukar syif jadi ibu dan isteri pula. Tidak susah, tapi terkejar-kejar jadi kalau ada masa terluang tu gunalah baik-baik.
Sumber foto: Portal mStar
Bulan puasa ni jam makin teruk sebab ramai yang rushing nak berbuka puasa dnegan keluarga. Sabar sajalah yang mampu. Urusan rumah tangga dan kerja pula tak ada beza, cuma kena pndai bahagikan masa.
Jadi buat semua wanita terutamanya yang bergelar ibu, baik berkerjaya ataupun suri rumah, kuatkan semangat demi keluarga. Mustahil nak jadi sempurna tapi at least kita cuba yang terbaik.”
Antara komen yang ditinggalkan warganet;
Video yang viral;
Memang multitasking! Sambil duduk saja dalam jam tu, baik gunakan masa sebaik mungkin kan? Untuk pastikan hanya yang terbaik untuk keluarga, itulah pengorbanan seorang isteri dan ibu. Semoga para ibu akan terus kuat dan sentiasa dirahmati Allah SWT.
Bila saja anak sudah menginjak ke alam persekolahan, ada beberapa perkara yang mak ayah perlu tekankan pada anak. Ini termasuklah bab menjaga aurat lelaki dan perempuan.