Kes tular yang melibatkan pasangan selebriti tanah air membuatkan pelakon jelita, Zahirah Macwilson bersuara dengan menyatakan setiap wanita perlu saling menghormati perkahwinan dan rumah tangga wanita lain.
Pelakon cantik, Zahirah Macwilson meluahkan rasa hatinya dengan menyatakan setiap wanita perlu saling menghormati perkahwinan dan rumah tangga wanita lain.
Malah kata Zahirah dia amat memahami perasaan seorang isteri yang berdepan dengan konflik rumah tangga disebabkan kehadiran orang ketiga.
Bahkan kata Zahirah menerusi perkongsiannya di Insta Story, dia yang kini sarat hamil anak kedua itu berkata setiap wanita perlu saling menghormati dan bukannya merampas kebahagiaan dengan melakukan kelakuan tidak bermoral apatah lagi curang dengan pasangan sendiri.
Ads
“Saya faham perasaan seorang isteri yang terpaksa melalui situasi kehancuran rumah tangga.
“Wanita perlu memghormati wanita lain dan berhenti menormalisasikan kelakuan tidak sopan (rosakkan rumah tangga seseorang),” tulisnya pada hantaran Instagram Story.
Ads
Tambahnya lagi, perbuatan memecah belahkan keluarga orang lain dengan melibatkan anak-anak mereka adalah satu perbuatan tidak normal dan tidak patut dijadikan satu perkara biasa dalam masyarakat hari ini.
“Lebih-lebih lagi apabila terdapat kanak-kanak yang terlibat. Memecah belahkan keluarga adalah sifat tidak bermoral,” tulisnya lagi.
Ads
Terdahulu, Aiman dan Zahirah mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Isaac Raees yang kini berusia 3 tahun. Zahirah juga kini sedang hamil cahaya mata keduanya.
Sebenarnya bolehkah ibu-ibu mencampurkan dua jenama susu formula yang berbeza untuk diminum oleh bayi? Menggunakan dua jenis formula yang berbeza tanpa mendapatkan nasihat daripada pihak pakar pediatrik boleh menyebabkan risiko.
Setiap jenama susu formula mempunyai komposisi yang berbeza, yang boleh menjejaskan keseimbangan nutrisi yang diberikan kepada bayi. Selain itu, sesetengah bayi mungkin mengalami reaksi alahan atau tidak bertoleransi terhadap ramuan tertentu dalam satu jenama formula yang mungkin tidak terdapat dalam jenama lain.
Susu Formula, Bolehkah Guna Dua Susu Formula Yang Berbeza Jenama Dalam Satu Masa
Jika anda ingin menukar jenama formula atau mempunyai soalan tentang pemakanan bayi anda, adalah disyorkan untuk berunding dengan pakar pediatrik atau pakar pemakanan. Mereka boleh memberikan nasihat yang sesuai mengikut keperluan khusus bayi anda.
Apakah kesan mencampurkan dua jenis susu formula pada satu masa?
Mencampur dua jenis susu formula pada satu masa boleh memberi beberapa kesan negatif kepada bayi. Ini termasuk:
Kekurangan atau lebihan nutrien
Mencampurkan susu formula tanpa pengiraan yang betul boleh mengakibatkan kekurangan atau lebihan dos nutrien tertentu dalam diet bayi. Ini boleh memberi kesan negatif kepada pertumbuhan dan perkembangan bayi.
Atas sebab ini, adalah sangat penting untuk berunding dengan pakar pediatrik sebelum menukar atau mencampurkan sebarang susu formula. Doktor akan memberikan nasihat yang disesuaikan dengan keperluan khusus bayi anda dan memastikan mereka menerima nutrisi yang mencukupi untuk pertumbuhan dan perkembangan yang optimum.
Gangguan penghadaman
Bayi mungkin mengalami gangguan pencernaan seperti kembung perut, kolik atau cirit-birit kerana badan mereka perlu menyesuaikan diri dengan perubahan komposisi pemakanan dua jenis susu formula yang berbeza.
Setiap jenama susu formula mempunyai komposisi yang berbeza, termasuk perkadaran nutrien dan jenis protein yang digunakan. Mencampurkan dua jenis formula berbeza boleh menyebabkan gangguan pencernaan pada bayi kerana badan mereka perlu menyesuaikan diri dengan perubahan komposisi.
Risiko alahan atau intoleransi
Setiap jenama formula mempunyai komposisi yang unik, dan bayi boleh mengalami reaksi alahan atau tidak bertoleransi terhadap bahan tertentu dalam satu jenis formula. Mencampurkan dua jenis susu formula meningkatkan risiko bayi mengalami reaksi alahan atau tidak bertoleransi terhadap satu atau kedua-dua jenama.
Bayi mungkin mengalami reaksi alahan atau tidak bertoleransi terhadap ramuan tertentu dalam satu jenama formula, yang mungkin tidak terdapat dalam jenama lain. Mencampurkan dua jenis formula berbeza meningkatkan risiko tindak balas alahan atau intoleransi pada bayi.
Ketidakseimbangan pemakanan
Bayi memerlukan nutrisi seimbang untuk pertumbuhan dan perkembangan optimum. Mencampur dua jenis susu formula tanpa pengiraan yang betul boleh mengakibatkan ketidakseimbangan nutrisi dalam diet bayi, yang boleh memberi kesan negatif kepada kesihatan dan perkembangan mereka.
Pertumbuhan terjejas
Jika bayi tidak mendapat nutrisi yang mencukupi atau mengalami gangguan pencernaan yang berpanjangan akibat mencampurkan dua jenis susu formula, ini boleh memberi kesan negatif kepada pertumbuhan mereka.
Masalah kesihatan
Sesetengah bayi mungkin mengalami masalah kesihatan seperti jangkitan saluran pernafasan atau masalah kulit akibat tindak balas alahan atau tidak bertoleransi terhadap satu jenis susu formula campuran.
Oleh itu, sebaiknya jangan campurkan dua jenis susu formula tanpa berunding terlebih dahulu dengan pakar pediatrik atau pakar pemakanan. Mereka boleh memberikan nasihat yang sesuai mengikut keperluan khusus bayi anda dan memastikan mereka menerima pemakanan yang mencukupi dan selamat untuk pertumbuhan dan perkembangan mereka.
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Mama dan papa ketika memilih nama anak janganlah terikut-ikut dengan trend. Pilihlah nama yang mempunyai maksud yang baik selain tidak susah hendak disebut. Nama anak akan kekal selamanya!
Bukan senang hendak ubah sesuka hati apabila nama yang dipilih tidak sesuai atau tidak berkenan dihati. Mengubah nama anak yang sudah tertera dalam sijil kelahiran anak, tidak semudah menukar nama dalam geran kenderaan.
Mama & Papa Pilih Nama Anak Bukan Ikut Trend, Biar Ada Maksud Baik
Dalam satu kajian di Amerika Syarikat (AS), terdiri daripada 1,000 ibu dan bapa, 25 peratus kalangan responden mengaku menyesal dengan nama yang mereka berikan kepada anak. Kenapa menyesal? Sebabnya, mereka merasakan nama anak itu tidak sesuai, susah dieja, terlalu ‘mainstream’ dan macam-macam sebab lain.
NAMA BERI KESAN PSIKOLOGI
Berdasarkan hasil kajian dijalankan Pengarah Institut Kajian Dasar dari Northwestern University, David N.Figlio, anak lelaki dengan nama feminin kemungkinan besar berperilaku buruk berbanding anak lelaki dengan nama maskulin. Pelikkan?
Hal ini terjadi kerana nama feminin itu membuat si anak lelaki itu kurang rasa yakin diri dan malu apabila diejek rakan sebaya.
JANGAN SALAH PILIH
Jadi, ada baiknya kita bersedia dengan pilihan nama yang sesuai untuk bayi yang bakal lahir nanti. Berikut beberapa tip penting yang boleh dijadikan panduan sebelum memilih nama anak:
KAJI MAKSUD
Sekiranya berminat dengan satu nama, kaji betul-betul apakah maksud nama tersebut. Pastikan nama yang dipilih mempunyai maksud positif kerana nama itu ialah satu doa kepada anak.
Jangan Sampai Nak Sebut Pun Susah
EJAAN DAN SEBUTAN MUDAH
PENTING! Amboi sekarang masing-masing ibu bapa suka benar mengeja nama anak ikut slang mat saleh! Pastikan nama anak mudah disebut dan dieja. Senang nanti kita atau anak hendak menulis. Mudah pula untuk kawan, cikgu dan orang lain memanggil dia nanti. Tidak perlulah ejaan ‘Haris’ dieja ‘Hareez’, atau ‘Din’ dieja ‘Dean’.
ELAK NAMA DIEJEK
Pastikan nama yang diberikan tidak mengundang ejekan rakan sebaya nanti. Seperti apa selalu terjadi, ada sesetengah ibu bapa memberikan nama berunsur feminine kepada anak lelaki, dan begitu sebaliknya. Lebih baik berikan nama yang sesuai mengikut jantina.
JANGAN PANJANG SANGAT
Elakkan nama terlalu panjang. Sebabnya, memudahkan kita mengisi apa-apa borang, dan anak juga senang menulis namanya pada kertas soalan peperiksaan nanti. Tidaklah terkial-kial beberapa minit semata-mata mahu menulis nama. Sudahlah nama ayah panjang, nama anak pun panjang juga.
JANGAN HANYA IKUT TREND
Jangan ikut trend semata-mata. Pastikan nama sesuai dengan rupa anak, tarikh lahir dan jantina. Pastikan nama anak bermaksud baik dan mencerminkan personaliti anak.
Jarang-jarang berkongsi tentang kisah anak daranya di laman sosialnya, kemunculan puteri tunggal kesayangan penyanyi dan penyampai radio Zayan, Mawi mencuri perhatian ramai.
Siapa sangka puteri tunggal Mawi dan pelakon Ekin, Cahaya Malaika sudah meningkat remaja dan kini sudah pun berusia 12 tahun.
Menerusi satu video yang dimuat naik Mawi Bersama Cahaya, anak kecil itu kini sudah pandai merias wajah dan menjaga penampilan diri.
“Dah pandai berbedak,” tulis Mawi menerusi kapsyennya.
Cahaya yang ketika itu sedang memakai bedak kompak kelihatan tersipu malu apabila menyedari dirinya dirakam bapanya.
Wajah ayunya yang semakin membesar dilihat cukup cantik sempurna, mewarisi kecantikan daripada kedua-dua ibu dan bapanya.
Malah penampilan sopan, berhijab serta tutur katanya yang sopan tambah sejuk mata yang memandang.
Biarpun berstatus anak selebriti namun penampilan gadis kecil molek ini sederhana. Tak hairanlah dipuji ramai.
Meninjau diruangan komen rata-rata wargamaya memuji penampilan Cahaya yang saling tak tumpah seperti bapanya. Iras wajahnya cukup ayu dan cantik.
Tidak lagi berharap anak kedua
Baru-baru ini, kepada portal berita Mawi dan Ekin berkongsi bahawa masing-masing tidak lagi berharap kehadiran cahaya mata baharu atas faktor usia.
“Kami dah pasrah dan reda. Lagipun, Cahaya tidak mahu adik lagi.
“Dia okay sebab kembar saya Ain ada dua anak yang hampir sebaya dengannya. Jadi, hidup dia tidak sunyi,” katanya.
Ekin pernah mengalami keguguran sebanyak dua kali sebelum kelahiran Cahaya.
Terdahulu Mawi dan Ekin mendirikan rumah tangga pada 21 Oktober 2008. Pasangan ini menyambut kelahiran Cahaya Malaika pada Februari 2012.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pendakap gigi, berapa umur kanak-kanak sesuai pakai. Pendakap gigi, atau juga dikenali sebagai braces, adalah alat perubatan pergigian yang digunakan untuk memperbaiki susunan gigi yang tidak sekata, gigi yang berlapis, atau masalah gigitan (seperti overbite dan underbite).