Zahirnya Tenang, Dalamnya Bergelora..Isteri Susah Nak Tunjuk, Suami Cubalah Fahamlah!

Share

“Zahirnya tenang, dalamnya bergelora…”  Isteri ni, dia stress ke, dia tension ke, dia sakit hati ke, dia sedih ke, susah kita nak tengok emosi dan perasaan dia pada raut wajahnya. Jarang dia tunjuk selagi dia boleh pendam dan simpan.

Paling tidak pun, dia senyap…paling kurang pun, dia dingin…dia layan tetap layan, tapi tak macam biasa. Bagi yang selalu mendampingi isteri, bagi yang selalu berbual dan bercakap dengan isteri, perubahan sebegini kita dapat rasa. Kita tahu ada something yang tak kena kat dia.

Tapi bagi yang jarang mendekati isteri, bagi yang tidak selalu tumpu perhatian pada isteri, dia takkan perasan sikit pun yang isteri dia tu lain.

Bagi dia, hari-hari biasa pun macam tu la. Dia rasa sama ja, nothing abnormal. Isteri nak ditanya kenapa dia macam tu. Isteri nak suami perasan kenapa dia senyap, kenapa dia dingin, kenapa dia tak macam biasa. Bila kita tanya, dia akan mula bercerita, dia akan mula meluahkan, dia akan mula mengadu.

Pemikiran isteri tak macam suami. Suami ni, semua benda dia anggap kecil, tak ada apa-apa, remeh tapi isteri, dia orang lain. Anak tak lalu makan pun dia dah tension. Masak tak jadi pun dia stress.

Kalau dia simpan semua perasaan ni, kalau dia keep on pendam, maka lama-lama benda ni akan menjejaskan mental dan fizikal dia. Cara nak rawat isteri, nak hilangkan apa yang terbuku di dalam hati dia adalah dengan banyakkan berbual, bersembang, bergurau senda dengan dia.

Kita tahan telinga, dengar dan respon untuk setiap luahan dia. InsyaAllah, keadaan dia akan bertambah baik bila suami jadi pendengar yang setia.

Sumber : Firdaus Shakirin

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.

Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.

Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.

So apa yang anda kena buat untuk dapat HADIAH CABUTAN BERTUAH tu? Just daftar je kat sini https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-aku-tak-takut-beranak/

FREE je tau Webinar ni!!

Published by
Wan Amy